Tag Archives: felda united

TM Piala Malaysia | Saingan Dalam Kumpulan B

Kumpulan B : Perak, Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur

Perak. Sebuah pasukan yang berada ditahap ‘ok’ setiap musim. Merancang untuk ‘play save’ dalam Liga Super bagi menjaga rekod sebagai pasukan yang tidak pernah jatuh ke liga bawahan. Bagaimana pun, musim 2017 seolah-olah bakal mencipta sesuatu yang luar biasa, tapi malangnya, ianya masih ‘biasa’. 12 perlawanan liga berjaya seri sebanyak 5 kali dan tewas 3 kali, sekadar di tangga ke 5 liga TETAPI, 17 mata bukanlah sesuatu yang mendukacitakan kerana hanya 4 mata membezakan Perak dengan penghuni tangga kedua liga iaitu Pahang.

Bercakap mengenai Piala Malaysia, Perak sudah lama tidak merasai nikmat sebenar Piala Malaysia. Felda United, PKNS dan Kuala Lumpur bukanlah lawan yang terhebat untuk ditumbangkan berbanding bintang-bintang yang ada dalam pasukan Perak. Kehadiran Mehmet Durakovic dalam pasukan masih belum mencetuskan apa-apa setakat ini, adakah Piala Malaysia menjadi sasaran beliau? 22 bolos dalam 12 perlawanan sudah memadai untuk ceritakan kerapuhan pertahanan Perak. Terlalu banyak ‘homework’ untuk Mehmet jika ingin menjulang piala kali ini bersama Perak. Kita nantikan hasilnya nanti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2015 | Perak vs Felda United (result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 8 Ogos 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 2Felda United

Lagi kekalahan buat Perak. Kali ini laman keramat menjadi saksi nasib malang Perak kesekian kalinya. Ternyata, Perak amat memerlukan khidmat pemain-pemain tertentu seperti Woong Namkung dan Chad Souza. Kegagalan merancang atau meramal apa yang bakal berlaku di lewat-lewat musim menyebabkan ini semua berlaku.

Perkara yang dimaksudkan adalah pelan tindakan menghadapi kecederaan pemain utama, dan kini Perak terpaksa menanggung akibat daripada kegagalan itu. Apa yang sepatutnya dibuat diawal musim adalah sistem ‘rotation’ pemain dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Dalam erti kata lain, semua pemain dalam pasukan akan mendapat peluang bermain dan selesa diturunkan dalam apa jua keadaan.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)

Liga Super 2015 | Felda United vs Perak (Result)

Liga-Super-logo

 

 

 

 

Sabtu, 4 April 2015
8.45 Malam
Stadium MPS, Selayang

Felda United 1 – 4 Perak

Perak berjaya memalukan tuan rumah dengan jaringan yang besar. Kesemua gol dijaringkan oleh pemain import yang menyaksikan penyerang yang dipertikaikan sebelum ini iaitu Chad Souza meledakkan hatrik dan satu gol oleh Woong Namkung.

Perak tidak menunggu lama untuk di depan setelah Chad Souza menolak mudah tandukan ke belakang Woong Namkung minit ke 5, berpunca daripada lontaran ke dalam dari kiri gol lawan terus ke depan gol . Selepas itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan sempurna.

Continue reading

Likes(18)Dislikes(2)

Liga Super 2013 | Felda United vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat , 3 Mei 2013
Stadium MBPJ, Petaling Jaya
4:45 Petang

Felda United 3 – 1 Perak 

‘Saya terkejut dengan persembahan yang dipamerkan’. Demikianlah komen Azraai Khor sejurus tamat perlawanan. Admin turut terkejut dengan persembahan ‘lemau’ seolah-olah tidak serius untuk berjuang. Berbeza ketika menundukkan Johor DT di Lumut tempohari.

VIDEO DI BAWAH

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)