Tag Archives: cadangan

Perak FA | ???

Tempohari saya menonton perlawanan pasukan Real Madrid yang kini menduduki tahta liga sepanyol. Apa yang ingin saya kongsikan bersama teman-teman di dalam seladang.net adalah cara pengurusan pasukan Real Madrid.

Saya rasa semua pasukan eropah pun berbuat begitu namun sebagai contoh saya memilih pasukan Real Madrid. Di sebalik kekecewaan pasukan Perak yang tewas kepada pasukan Negeri Sembilan minggu lalu, saya terfikir sejenak alangkah bagusnya jika pengurusan pasukan Perak seperti pengurusan Real Madrid.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Dilema Peminat Perak | Skuad Seladang

Saya terpanggil untuk mencoretkan artikel kali ini apabila duduk berseorangan sambil memikirkan kata-kata seorang sahabat kita di sini iaitu Dato yang pernah mengirimkan artikel beliau tentang kemelut bolasepak tempatan khasnya pasukan Perak dan isu pengkorporatan badan itu sendiri.

Pada saya inilah waktu yang sesuai untuk kita merangka sesuatu yang lebih positif berdasarkan input semasa seperti pandangan dari peminat, masalah jurulatih, masalah kewangan dan percampuran antara politik dan persatuan bolasepak amnya.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)

Bolasepak Perak & Malaysia | Ke Arah Imej Korporat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua teman-teman dalam seladang.net. Semalam di dalam akhbar ada menyebut Persatuan Bolasepak Selangor akan diswastakan. Menteri Besar Selangor yang baru ada menyebut untuk menjadikan bolasepak sebagai satu perniagaan.

Inilah cadangan serta pandangan saya yang pernah dimuatkan di dalam salah satu artikel di seladang.net pada masa yang lalu. Satu tindakan yang bijak dari Menteri Besar Selangor yang dahulunya mantan pengerusi PNB. (Permodalan Nasional Berhad).

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Info | Pertanyaan & Cadangan

Artikel ini dibuka untuk memudahkan pengguna berdaftar bertanya pelbagai soalan yang berkaitan serta memberikan cadangan memajukan halaman ini kepada pihak kami. Anda boleh berbuat demikian pada ruangan komen dibawah.

Pihak kami juga perlukan kerjasama pengguna berdaftar yang lain untuk membantu ahli-ahli baru lain yang bertanya jika anda merasakan perlu berbuat demikian. Artikel ini juga akan diletakkan pada ruangan Notice Board (sidebar kanan) untuk memudahkan pengguna melayarinya.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)