Tag Archives: bolasepak perak

Sesi Latihan Perak Musim 2010 | 17 November 2009

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Sesi latihan bolasepak skuad seladang pada 17 November 2009 telah dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh dengan beberapa lagi muka baru menyertai latihan petang semalam.

Dijangka Perak akan membuat perlawanan ujian menentang pasukan PCRC (Perak Chinese Recreation Club) bertempat di Padang PCRC pada pukul 5 petang hari ini (Rabu 18 Nov).

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Sesi Latihan Perak Musim 2010 | 16 November 2009

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Bertempat di Padang Kompleks Sukan MBI (Ipoh) telah berlangsung sesi latihan bolasepak untuk skuad seladang yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Perak yang baru dilantik iaitu Raja Azlan Shah bersama pembantu beliau Abu Bakar Fadzim.

Sebanyak 2 sesi latihan diadakan iaitu pada sebelah pagi dan petang yang melibatkan beberapa pemain yang dikekalkan dari musim lalu kerana masih mempunyai kontrak serta pemain-pemain baru yang ingin mencuba nasib bersama pasukan Perak musim hadapan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

In Person | Benedict Martin

Tarikh: 22 Januari 2009
Waktu: 8.00mlm – 9.30mlm
Lokasi: Bukit Jalil

Tetamu penulis untuk ruangan In Person kali ini ialah pemain muda kelahiran Bumi Kenyalang, Sarawak iaitu Benedict Martin. Beliau yang kini menyarung jersi nombor 4 Perak dan bermain sebagai pertahanan kiri adalah bekas pemain Piala Presiden Selangor musim lalu.

Benedict juga seorang yang bersifat ‘happy go lucky’, peramah dan sentiasa berlawak sewaktu berbual dengan penulis. Walaupun baru lepas menjalani rawatan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, beliau tidak menghampakan penulis untuk ditemubual.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Steve Darby | Blind Or Deaf?

Semalam jurulatih Perak ada mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak akhbar berkenaan masalah rasuah yang kini telah melanda semula Liga Malaysia. Dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut, beliau menyarankan supaya pihak yang berwajib memberikan lesen kepada perjudian bolasepak untuk mengekang masalah pemain menerima rasuah.

Beliau memberi contoh negara jiran Singapura yang turut membenarkan perjudian bolasepak dapat menghindarkan rasuah. Persoalannya disini adakah liga domestik di Singapura sudah bebas dari rasuah?

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)