Tag Archives: Black Edition

Jersi SDN 2009 | Maklumbalas Pembeli

Logo | seladang.net

Penghantaran jersi SDN 2009 telah dilaksanakan tempohari dan jersi-jersi tersebut sepatutnya tiba kepada pembeli selewat-lewatnyaa hari Jumaat lalu. Artikel ini dibuka untuk pembeli memberikan maklumbalas sewajarnya terhadap jersi yang dibeli.

Semua komen, aduan atau masalah berkenaan jersi tersebut bolehlah dibuat pada ruangan komen dibawah. Sebarang permasalahan samada biasa mahupun kritikal akan diselesaikan secara rundingan antara pembekal (saudara SAN) bersama pembeli.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

Jersi SDN 2009 | Penghantaran Black Edition / Gold Edition

Logo | seladang.net

Penghantaran jersi SDN 2009 – Black Edition dan Gold Edition telah dilaksanakan awal pagi tadi menggunakan perkhidmatan penghantaran cepat Kanggaro Express. Jersi-jersi tersebut dijangka tiba kepada pembeli seawal-awalnya esok (Khamis) atau pada hari Jumaat ini.

3 helai jersi tidak dapat dihantar kerana masalah Nama Penuh yang tidak disertakan sewaktu tempahan tempohari. Diminta username AZWANALI, ACAP dan FADLY untuk menghantar semula keterangan peribadi anda dengan kadar segera mengikut format dibawah.

(Semua penama di atas telah memberikan keterangan yang diminta. Pihak SDN telah mengirimkan email tersebut kepada pembekal jersi untuk tindakan lanjut)

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

Jersi SDN 2009 | Perhatian Kepada Pembeli !!!

Logo | seladang.net

Kepada yang telah menempah jersi SDN 2009 – Black Edition dan Gold Edition, dukacita dimaklumkan bahawa jersi-jersi tersebut tidak dapat diserahkan dalam masa terdekat ini kerana penghantarannya telah dibatalkan rentetan masalah kualiti pembuatan jersi tersebut yang tidak menepati piawai yang dikehendaki oleh pihak pengurusan SDN.

Pihak pengurusan SDN dan wakilnya telah berbincang dengan pihak pengeluar tentang penyelesaian kepada permasalahan ini. Justeru itu kerjasama dari pembeli juga amat diperlukan dalam memberikan maklum balas berhubung masalah tersebut berdasarkan pilihan yang telah dipersetujui oleh pengurusan SDN serta pengeluar jersi.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Jersi SDN 2009 | Pembayaran

Logo | seladang.net

Kepada ahli-ahli SDN yang telah menempah jersi Black Edition atau Gold Edition dan belum membuat sebarang pembayaran diminta untuk melunaskan bayaran tersebut selewat-lewatnya sehingga hari Ahad ini, 26 April 2009.

Penangguhan tarikh akhir ini adalah dari perbincangan antara pihak pengurusan SDN bersama pembekal baju tersebut. Semua jersi-jersi sudah pun hampir siap dengan penghantaran pertama dijangka akan dilakukan pada hari Selasa 28 April 2009.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)