Tag Archives: Batu Kawan

TM Liga Super – Pulau Pinang Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 6 Mac 2010
Stadium Batu Kawan
8:45PM

Pulau Pinang 1 – 1 Perak

Skuad seladang sekadar mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika bertandang ke Stadium Batu Kawan menentang Pulau Pinang pada perlawanan kelapan TM Liga Super 2010 malam tadi. Separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Pada separuh masa kedua, pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui tandukan Saufi Sa’aidi yang masuk menggantikan Shahrizal Saad beberapa minit sebelum itu hasil hantaran lintang dari Isma Alif pada minit ke 62 untuk Perak mendahului.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Pulau Pinang Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 6 Mac 2010
Stadium Batu Kawan
8:45PM

Tirai saingan Liga Super 2010 kembali dibuka malam esok dengan 7 lagi perlawanan di pelbagai lokasi dengan pasukan Perak bakal berkunjung ke Stadium Batu Kawan menentang pasukan Pulau Pinang untuk perlawanan kelapan musim ini.

Perak menduduki di tangga ke 12 liga manakala pasukan Pulau Pinang pula berada satu tangga di bawah skuad seladang. Perak akan kehilangan khidmat 2 orang pemain iaitu Saufi Sa’aidi dan Syazwan Roslan kerana layangan kad merah tempohari.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super | Pulau Pinang Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 31 Mac 2009
Stadium Negeri Batu Kawan
8:45PM

Perlawanan ke 10, TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam esok apabila skuad seladang akan bertandang ke Stadium Negeri Batu Kawan menentang pasukan Pulau Pinang setelah berjaya mengikat Perlis di Kangar dengan keputusan 0 – 0 tempohari.

Skuad Pulau Mutiara kendalian jurulatih S. Veloo setakat ini berjaya memungut 8 mata dari 9 perlawanan dan menduduki tangga ke 12 Liga Super setakat ini. Pasukan ini juga turut diwakili ramai pemain muda setelah majoriti pemain musim lalu berhijrah ke pasukan lain kerana mengalami masalah yang sama (kewangan) seperti pasukan Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)