Tag Archives: alor setar

TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kedah Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Jumaat 17 September 2010
Stadium Darul Aman
8:45PM

Kedah 2 – 0 Perak

Perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2010 di Alor Setar menyaksikan Perak tumbang dengan jaringan 2 – 0 dalam saingan kumpulan C malam tadi. Baddrol Bakhtiar menjadi duri dalam daging kepada pasukan Perak apabila menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

Seawal minit ke 2, Kedah berada di depan apabila penjaga gol Perak, Kamarul Effendi sekadar “menampan angin” bola sepakan percuma Baddrol dari jarak 20 meter. Sepakan percuma tersebut berpunca dari kekasaran yang dilakukan oleh Syazwan ke atas Baddrol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kedah Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Jumaat 17 September 2010
Stadium Darul Aman
8:45PM

Perlawanan kedua Perak untuk saingan TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C adalah bertandang ke Alor Setar menentang Kedah esok. 2 perlawanan terdahulu Liga Super, Perak mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika di Darul Aman dan menang tipis 1 – 0 di Ipoh.

Kedah pada perlawanan sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika menentang Johor FC di Pasir Gudang. Walaupun rekod perlawanan liga sebelum ini agak baik, ini tidak bermakna Perak akan mendapat laluan mudah ke atas bekas juara treble dua kali itu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Januari 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45PM

Kedah 1 – 1 Perak

Skuad seladang nyaris memalukan pasukan Kedah untuk kali ketiga dihadapan ribuan penyokong mereka di Stadium Darul Aman apabila mereka mencatatkan keputusan seri 1 – 1 pada perlawanan kelima TM Liga Super 2010 malam tadi.

Permainan yang secara keseluruhannya dikuasai oleh pasukan tuan rumah sememangnya mendebarkan segelintir penyokong Perak yang hadir apabila banyak percubaan bahaya yang dilakukan barisan serangan Kedah nyaris-nyaris menghasilkan gol awal.

Kedah vs Perak | 23 Januari 2010

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Januari 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45PM

Perlawanan kelima untuk pasukan Perak dalam kempen Liga Super 2010 adalah berkunjung ke Alor Setar menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam esok. Pada perlawanan sebelum ini Perak tewas tipis kepada pasukan Perlis dengan jaringan 0 – 1 di Ipoh.

Kali terakhir skuad seladang bertemu dengan sang kenari ialah pada perlawanan persahabatan pra musim – 22 Disember 2009 di Stadium Perak yang berakhir dengan pasukan tuan rumah ditewaskan oleh pasukan pelawat dengan keputusan 1- 3.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)