Tag Archives: al nahda

Undian Suku Akhir AFC Cup 2008 | 24 Mei 2008

AFC Cup 2008

Sabtu 24 Mei 2008
AFC House
1:00 petang

Undian peringkat suku akhir timbal balik kalah mati Piala AFC 2008 akan diadakan pada hari ini, 24 Mei 2008 bertempat di Rumah AFC pada pukul 1 petang. Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 16 dan 23 September manakala peringkat separuh akhir pada 7 dan 21 Oktober.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 31 Oktober dan 7 November 2008. Menariknya pasukan yang menjadi juara dan naib juara Piala AFC 2008 ini berpeluang untuk bertanding secara “playoff” untuk menyertai AFC Champions League 2009.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Keputusan Undian AFC Cup 2008

AFC Cup 2008

Juara bertahan Piala AFC 2007 dari Jordan iaitu Shabab Al Ordun akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka kali ini dengan menentang pasukan dari Yemen, Shaab Hadramaout di tempat sendiri pada 11 Mac 2008.

Berdasarkan undian rasmi untuk kejohanan Piala AFC 2008 yang berlangsung di Pejabat Rasmi AFC di Kuala Lumpur hari ini, penyandang juara itu telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan dari Oman, Al Nahda dan Al Najma dari Bahrain.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)