Tag Archives: akhir

Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (result)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor 1 – 0 Perak

Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke 41 permainan melalui satu tandukan hasil hantaran lintang sudah cukup untuk pasukan Selangor menjuarai Piala Presiden musim 2008 di Stadium Shah Alam menewaskan juara bertahan musim lalu Perak dengan 1 – 0.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (review)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Shah Alam malam ini untuk menentang pasukan tuan rumah Selangor. Perak dijangka tidak menurunkan Ahmad Fakri Saarani yang menyertai skuad senior pada perlawanan terakhir kumpulan C, Sabtu ini menentang My Team di Kelana Jaya.

Dua pemain dari skuad senior yang akan diturunkan malam nanti ialah Noor Hazrul dan Wan Abu Yazid. Beliau (Wan Abu Yazid) turut diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan selepas ketiadaan Arif Fazlie yang menjalani penggantungan dua kad kuning.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden 2008 | Info Terkini Perlawanan Akhir

Selangor vs Perak
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Untuk makluman semua, perlawanan akhir Piala Presiden antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak yang dijadualkan pada hari Khamis 31 Julai 2008 telah ditunda pada hari Jumaat 1 Ogos 2008 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan melalui faksimili kepada Perak FA tengahari tadi.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Presiden | Road To The Final 2007/2008

Skuad Presiden Perak musim ini berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir untuk bertemu Selangor dan mungkin mengulangi pencapaian musim 2006/2007 di mana Perak muncul sebagai juara apabila menewaskan Kelantan di perlawanan akhir.

Persoalannya mampukah skuad yang dipimpin oleh ketua jurulatih Chong Yee Fat bersama pembantunya Abu Bakar Fadzim mengulangi kejuaraan sulung musim 2006/2007 sewaktu skuad Presiden Perak dibawah kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib?.

Pihak kami berkeyakinan tinggi Perak mampu mempertahankan kejuaraannya musim lalu kerana kebanyakan pemain yang menyarung jersi skuad Presiden Perak kini adalah pemain yang sama sewaktu Raja Azlan Shah Raja So’ib menjadi ketua jurulatih.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)