Tag Archives: 2008

Sukma 2010 | Perlis Vs Perak

Sukma 13 | Melaka

Isnin 7 Jun 2010
Stadium Tun Fatimah
4:45ptg | Kumpulan A

Perlawanan pertama skuad bolasepak Sukma Perak adalah menentang pasukan Perlis di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serendit. Untuk layak ke peringkat suku akhir, pasukan Perak perlu menang sekurang-kurangnya 2 perlawanan dan 1 seri kerana di dalam kumpulan A terdapat 4 pasukan iaitu Perak, Perlis, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Sukma 2008 | Perak Vs Pulau Pinang (result)

Sukma 12 | Terengganu

Selasa 3 Jun 2008
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg

Perak 2 - 3 Pulau Pinang

Harapan pasukan Perak untuk layak ke peringkat separuh akhir ranap apabila jaringan pada minit ke 22 masa tambahan oleh Muhammad Safran memastikan skuad Pulau Mutiara pulang gembira ke perkampungan sukan petang tadi.

Perlawanan itu juga menyaksikan ketua pasukan Mohd Fauzi Ariffin dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain lawan pada minit ke 80 permainan.

Pasukan Perak membuka tirai jaringan pada minit ke 5 melalui Abdullah Mat Kassim sebelum pasukan Pulau Pinang menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit melalui Mohd Hafiz, minit ke 41 dan Mohd Failee pada minit ke 43.

Kedua-dua gol itu berpunca dari perangkap outside yang tidak menjadi oleh barisan pertahanan Perak. Gol penyamaan pasukan Perak dijaringkan oleh K. Thinagaran pada minit ke 56 separuh masa kedua.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Sukma 2008 | Perak Vs Pahang (result)

Sukma 12 | Terengganu

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A

Perak 1 – 0 Pahang

Peluang pasukan Sukma Perak untuk layak ke peringkat seterusnya kembali cerah apabila berjaya memenangi perlawanan terakhirnya pada petang tadi menentang pasukan Pahang dengan keputusan 1 gol tanpa balas.

Wira pasukan Perak pada petang itu ialah pemain tengah skuad senior Perak, Mohd Noor Hazrul yang menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma yang cantik dari jarak 25 meter pada minit ke 13 separuh masa pertama permainan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Sukma 2008 | Perak Vs Pahang

Sukma 12 | Terengganu

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A

Perlawanan kedua dan terakhir skuad bolasepak Sukma Perak ialah menentang pasukan Pahang. Selepas tewas kepada tuan rumah tempohari, skuad Perak tidak mempunyai pilihan lain kecuali menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan yang selesa.

Kemenangan pada perlawanan itu nanti akan membuka peluang untuk berada sebagai naib johan kumpulan A itu pun jika pasukan Terengganu berjaya menewaskan pasukan Pahang pada perlawanan terakhir mereka.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)