Tag Archives:

Lampu Limpah Stadium Perak Belum Lepasi Syarat Minimum FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan hanya lima stadium yang bakal digunakan di dalam saingan Liga Malaysia 2012 sudah melepasi had minimum kecerahan lampu limpah 800 lux yang disyaratkan. Stadium-stadium berkenaan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium USM Pulau Pinang, Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Darul Aman Alor Setar dan Stadium Temerloh Pahang.

FAM memaklumkan semua Stadium yang masih belum melepasi had minimum berkenaan, termasuk Stadium Perak di Ipoh sedang di dalam proses menaiktaraf sistem lampu masing-masing dan satu ujian kecerahan akan dijalankan pada 22 Disember 2011 (Khamis) untuk memastikan had yang ditetapkan berjaya dicapai.

Dalam kenyataan itu juga FAM memaklumkan semua stadium perlu melepas had minimum 800 lux selewat-lewatnya tujuh hari sebelum saingan Liga Malaysia 2011 bermula. (10 Januari 2012 untuk Liga Super dan 13 Januari 2012 untuk Liga Perdana).

Tindakan termasuk pertukaran venue pertandingan bakal dikenakan jika peraturan ini gagal dipatuhi.

Likes(0)Dislikes(0)