Tag Archives: 11 April

Perlawanan TM Liga Super 2009 – 11 April 2009

TM Liga Super

7 perlawanan TM Liga Super 2009 akan berlangsung malam ini dengan 4 perlawanan adalah di sekitar Lembah Klang. Pendahulu Liga Super, Perlis bakal berkunjung ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya untuk bertemu pasukan My Team manakala pasukan di tangga terbawah, PDRM akan melayani kunjungan pasukan Negeri Sembilan di Stadium MP Selayang.

Pasukan Kelantan yang sepatutnya bertemu Selangor di Kota Bahru terpaksa bermain di gelanggang berkecuali iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara tindakan penyokongnya yang merusuh tempohari justeru mengundang hukuman berat dari FAM apabila venue Stadium Sultan Mohd Ke-IV digantung sehingga penghujung Disember ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)