feed rss2

Guestbook

TM Piala Malaysia

Buku Tetamu ini dikhaskan untuk sebarang ucapan kepada Pihak Pengurusan dan Pemain Bolasepak Perak Darul Ridzuan.

This Guestbook is dedicated for any feedbacks to the Players and Management of Perak Football Association

94 Guestbook Entries

  1. on 24 Jul 2008 at 1:40 pmradzmie

    Arah tuju Perak FA???

    Kenapa ujud suasana yang tidak baik begini … maksud saya DUIT TAK ADA??
    apakah puncanya??
    perlukah ianya dijawab oleh peminat setia seperti kiter?
    ini lah yang dikatakan sebagai “KESILAPAN MANAGEMENT”
    Bila membaca artikal di surat khabar tempatan mengenai kantung PAFA dah kosong … rasa malu pun ada sebagai peminat Perak… namun satu tindakan yang sewajarnya (semua orang kata sedemikian) yang perlu diambil … tapi apakah yang dimaksudkan sebagai SEWAJARNYA?

    Bagi saya … tindakan yang sebaiknya adalah … memilih seorang peneraju yang mampu mencari punca kewangan serta bagaimana boleh memotivasi peminat untuk turun ke stadium seramai yang mungkin memberi sokongan kepada Perak … dan bukan mengharapkan SUBSIDI semata mata, serta bertambah malu apabila berhutang pulak dengan ORANG ASING, kerana mengunakan duitnya untuk menampung segala perbelanjaan game luar ipoh.

    Punca utama mengikut pendapat saya bermula apabila …..
    Keita Mandjou di gugurkan .. kemudian kemasukkan Coach terkemuka dari England … terkemuka kerana ulasan sahaja. bukan sebagai coach yang mampu membawa satu piala setiap tahun terhadap pasukan yang di pimpimnya …. selak lah sikit website pasukan yang pernah di pimpimnya .. tahulah kelibatnya …. berbeza dengan bekas coach perak sebelum ini … setidak tidaknya satu piala dalam genggaman pernah di rangkul.

    Apakah ciri seorang ketua sesuatu badan yang perlu ada?

    Dalam bola yang penting … punca kewangan , pengaliran kewangan , pendapatan dari penonton, sponsor, publisiti yang meluas.
    nak jimat …..
    Ambil lah coach tempatan. banyak bekas pemain perak yang mempunyai lesen CLASS A… bak kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok ketika di kedai minum. ” BELUM TRY BELUM TAU”

    Moh kite buat satu REFORMASI terhadap PAFA demi mutu bolasepak skuad seladang dan Peminat khususnya.

    TRIVIA ….

    Teringin kembali ker 1998…. stadium yang palling kurang 15 rbu penonton setiap game.

    Ikhlas……

    Matahari_terbit & Syidi_Black

    teman tetap sokong pandang miker berdua … moh kiter bersatu kearah satu REFORMASI / BENCHMARK / PERUBAHAN yang secepat mungkin demi TEAM yang kiter cintai ….

  2. on 10 Jul 2008 at 10:17 amsyidi_black

    Salam Semua…Bertemu lagi kita di Buku Tetamu. Saya amat-amat setuju dengan cadangan sahabat kita matahari_terbit. Itu adalah cara termudah untuk membantu Skuad Seladang kita. Untuk mereka-mereka yang berkesempatan dan tinggal berdekatan dengan Stadium atau di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, pergilah stadium dan sokonglah pasukan kita. Ini akan membantu pihak pengurusan untuk menambah pendapatan sekali gus dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi sekarang. Di samping itu, matahari_terbit ada mengutarakan pandangan untuk membuat kutipan derma ikhlas. Terdapat beberapa perkara perlu diteliti. Antaranya, jika kutipan derma adalah dikalangan kenalan atau sahabat dan diserahkan terus kepada pihak pengurusan, ianya tidak menampakkan masalah. Masalah akan timbul apabila, terdapat segelintir penangguk-penangguk yang gemar menangguk di air keroh akan menggunakan kesempatan atau menggunakan nama pengurusan bola sepak Perak untuk mengutip derma. Ini yang kita takut sebenarnya.

    Saya ada lagi saranan berkaitan dengan kewangan. Saya sarankan kepada berkemampuan atau mungkin anak jati Perak/ yang sudah jadi tauke, yang ikhlas untuk menyumbangkan sedikit sebanyak untuk membantu Skuad seladang kita.

    Itu untuk mereka-mereka yang berkemampuan. Kepada yang tidak berkemampuan, kita pakat-pakat la kutip derma jika benar ikhlas untuk membantu.

  3. on 09 Jul 2008 at 5:18 pmmatahari_terbit

    assalamualaikum, kepada penyokong penyokong skuad skor yob skor, kita semua telah ketahui kini kedudukan masalah kewangan pasukan masih lagi didalam keadaan yang teramat kritikal. sedangkan kini perjalanan pasukan untuk musim ini agak panjang lagi. sedangkan semua pasukan selesai perlawanan pada bulan ogos, tetapi hanya pasukan perak dan kedah yang masih lagi harus mengharungi perlawanan untuk kesuku akhir piala afc pada bulan september. kalau nak diharapkan duit dari fam, ianya masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan pasukan. diharapkan kepada penyokong penyokong perak akan sudi beramai ramai ke stadium ipoh setiap kali pasukan terlibat dengan perlawanan. dimana dalam masa yang sama kita akan mampu sedikit sebanyak perbelanjaan pasukan ketika menentang pasukan lawan di luar perak. kalau anda rasa pasukan perak masih lagi pasukan kesayangan anda bantulah mereka. mungkin kita masih boleh membuat kutipan derma ikhlas untuk mereka.ingatlah dengan bantuan kita semua yang tidaklah seberapa sangat tetapi allah swt nampak kebaikan yang kita lakukan. kalau boleh jangan terlalu mengharapkan tiket percuma pemain pemain. guna wang kita sendiri.

  4. on 25 Jun 2008 at 2:14 pmmatahari_terbit

    saya amat bersetuju dengan syidi_black. masalah utama dalam negeri kita mahupun didalam negara kita ini, ada pihak tertentu diberi tanggungjawap untuk memilih pemuda yang berbakat untuk diketengahkan dan didik, diasuh supaya bakat yang mereka miliki dapat ditajamkan lagi. perkara ini telah lama wujud dimalaysia. masalahnya sekarang pemuda pemuda yang dipilih bukanlah kerana bakat mereka tapi kerana pemuda pemuda yang terpilih kerana saudara mara, kerana mereka dari golongan berpengaruh.satu dunia tahu tentang perkara ini. jadi apabila pemuda pemuda seperti ini dipilih untuk mewakili sesebuah pasukan maka pemuda pemuda yang benar benar berbakat akan terpaksa melupakan tentang bola sepak.hari ini satu dunia dapat lihat betapa lembabnya liga malaysia, kita tidak mempunyai pemain yang benar benar berkualiti. tidak mempunyai pemain pemain yang bertaraf profesional. tidak guna disetiap negeri mempunyai sekolah akademi sukan, kerana pemain pemain yang ada hanyalah bermain bukan kerana bakat 100 peratus.
    2. sememangnya mentaliti itu harus diasuh dari akar umbi. ini tidak apabila anak anak yang mengikut bapa mereka ke stadium tidak pernah anak tersebut diasuh atau dididik untuk menjaga kebersihan macam mana rakyat malaysia nak jadi rakyat yang bersih dan mempunyai minda gred 1

  5. on 12 Jun 2008 at 10:49 amsyidi_black

    Salam..Utk Semua termasuk Pengurusan, pemain dan Penyokong PERAK.

    Sudah lama kita kenal sukan bola sepak, tpi mengapa kurang menyerlah? Tidak seperti Senegal, Togo, Ghana atau lain-lain negara mundur yg maju dalam sukan berprestij ini. Adakah kerana saiz tubuh badan? adakah kerana ORANG MALAYSIA tak kuat?
    Saya ada pandangan tentang untuk memajukan bola Sepak PERAK seterusnya MALAYSIA yg kita cintai:

    1. Benchmark- Jika hendak menjadikn Perak seperti Chelsea contohnya, MUSTAHIL tapi sebenarnya boleh, mungkin ambil masa yang lama. Apa yg cuba saya katakan adalah, jadikan negara-negara yg mundur ekonomi ini sebagai benchmark. Pengurusan Perak adakan lawatan disamping memantau bagaimana MEREKA membentuk pemain, jika ada perkara positif yg boleh diambil kita ambil sebagai panduan. Saya yakin, kemajuan Negara mereka adalah bermula dari akar umbi.

    2. Akar Umbi- Saya adalah BUDAK KAMPUNG yg pernah bercita-cita utk bermain dgn utk pasukan Perak, tapi tak de rezeki. Namun begitu, saya gembira dpt lihat kawan-kawan ada yg tlah bjaya menyertai skuad Perak. Apa yg cuba saya katakan adalah, masih ramai lagi bakat baru yg ketinggalan utk menyerlahkan kebolehan mereka. Saya yakin, pada masa sekarang ramai lagi BUDAK KAMPUNG yg berbakat tinggi dan boleh pergi jauh sekiranya dididik secara profesional. Pihak pengurusan disemua peringkat dalam negeri bermula dari Kampung, Daerah dan negeri mestilah memainkan peranannya. Cadangan untuk mengadakan gelanggang Futsal di setiap pelosok negeri adalah satu langkah pro aktif yg bijak. Tapi ianya memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya digunakan sepenuhnya dan tidak menjadi RUMAH HANTU. Saya difahamkan ketika ini, orang kampung@luar tidak dibenarkan utk bermain bola dipadang sekolah. Mengapa? adakah hanya kerana utk mjaga rumput yang dikatakan akan rosak? Atau risaukan keselamatan sekolah yang mungkin akan terdedah dengan kecurian atau jenayah lain? Suatu ketika dulu, stiap kali balik ke kampng saya akan bermain bola di sekolah lama saya setiap ptg. Akan tetapi, sekarang ianya tidak lagi. Segalanya berubah dan membosankan. Ini menyekat anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka. Di sesetangah kawasan atau kampung, mereka memiliki padang sendiri tapi tidak semua, kebanyakannya terpaksa bermain di padang sekolah. Jadi pihak yg berkenaan harus memantau perkara ini.

    Pihak pengurusan perlu mengadakan Road Tour sepanjang tahun ke kampung-kampung untuk mencari bakat baru yang tersembunyi, supaya bakat mereka tidak hilang selepas tamat persekolahan. Saya mengatakan sedemikian kerana ramai rakan saya yg GANTUNG BOOt selepas tamat sekolah walhal mereka berbakat dan jika diasuh akan menjadi lebih baik.

    2. Mentaliti- PM malaysia selalu bercakap tentang MINDA KELAS PERTAMA. Ini kerana, kita sekarang berada di KELAS KETIGA. Mudah putus asa, rendah diri dan berfikiran negatif. Saya yakin, rakyat malaysia pada ketika ini memiliki moral yang tinggi untuk melakukan sesuatu kerana negara kita maju, segala-galanya ada, aman, damai dan bebas ke mana saja tanpa halangan. Oleh yg demikian, tiada alasan untuk kita memajukan diri sendiri dari masa ke semasa. Percaya atau tidak, sikap orang luar lebih baik dari kita. Saya bagi contoh. Rakyat JEPUN. Pernah sekali di Stadium Nasional S’pura, perlawanan Bola Sepak antara Jepun vs S’pura. Penyokong Jepun secara kasarnya kelihatan sama dengan penyokong di M’sia ni. Namun begitu, apa yg membezakannya adalah apabila wisel penamat ditiupkan, penyokong Jepun bergotong royong mengutip sampah sarap di tempat mereka sambil berjalan keluar daripada stadium. dan selepas itu, ruang tempat penyokong di stadium berkenaan bersih bagai tiada apa yang berlaku. Lihatlah, betapa mulianya sikap mereka dalam menjaga kebersihan, sedangkan agama mereka memang berbeza dengan rakyat kita. Cerita ini disampaikan oleh saudara saya yang berkerja di S’pura.

    Rakyat M’sia, bila lagi? Rasa-rasanya boleh tak kita buat macam tu, jika masing-masing ada kesedaran diri saya yakin kita boleh. Betulkan MENTALITI bermula dari Akar Umbi.

    Saya rasa setakat ini dulu cadangan atau pandangan saya tentang perkara yang dibincangkan tadi.

    AYUH YOB KITA SOKONG SKUAD SELADANG!!!

  6. on 29 May 2008 at 12:24 ammatahari_terbit

    diharapkan pihak pengurusan harus peka sikit terhadap jurulatih, pasal beliau hanya pandai bermain kata kata tetapi beliau sebenarnya tidak tahu mengenai strategi yang bagus seperti yang ditunjukkan oleh jurulatih sebelum ini. posisi pasukan juga tidak sesuai corak permainan yang diterapkan oleh jurulatih terhadap pasukan tidak sesuai dengan kemampuan pemain pemain. maka terjadilah satu kumpulan yang boleh dianggap lemah dan tidak mapu berdaya saing walaupun dengan pasukan yang lemah. kalau boleh bagilah sedikit imbuhan kepada setiap kali perlawanan yang diharungi menang. secara automatik pemain dapat bermain dengan gembira dan bersemangat untuk terus menang. sekarang zaman duit masuk tandas pun kena bayar. sekarang era profesional, so fikir fikirkanlah,ramai orang diseluruh malaysia tidak menyangka macam mana perak boleh ditewaskan sehingga 3-0 di peringkat akhir piala malaysia pada tahun lepas, apabila dikaji dan diselidik dengan rapi maka terjawaplah ini semua salah pengurusan pafa sendiri, so diharapkan tahun ini jangan ulangi kesilapan yang sama, kalau diulangi juga maka jawap sendirilah di akhirat nanti. ingatlah kita hanya sementara didunia ini, maka tunaikanlah tanggungjawap yang telah diamanahkan kerana semua kebaikan dan keburukan akan terbalas di alam kekal selepas kita meninggal nanti.

    teman amat kecewa dengan pengurusan pafa akhir akhir ini, kerana apa nak tau, kerana pihak pengurusan pafa telah membuat satu perubahan yang amat luar biasa. contohnya, sebelum in i perak dikenali sebagai pasukan yang gemar memiliki sesuatu yang baru seperti piala f.a. memenangi piala ketika bertanding di stadium yang baru, memiliki piala di era yang baru. tapi sayang sejak akhir akhir ini piala f.a yang baru ketika menentang dengan pasukan selangor kita tewas. tapi apa yang dilihat perak menjadi sebuah pasukan yang suka ditewaskan di era yang baru

  7. on 27 May 2008 at 10:34 amyeop_tempoyak

    harap mngement perak meneliti smule masalah spt serangan,pertahanan dan sbgnye utk mhdpi msia cup pertngahan jun nanti…

  8. on 25 May 2008 at 10:44 pmmatahari_terbit

    bagi teman kalo pengurusan perak x dibubarkan dan dirombak semula maka pasukan perak xkan dapat pergi dgn lebih jauh. mana tidaknya apa guna anggota dalam pafa x pandai cari penaja supaya mendapat lebih banyak wang lagi untuk ditaja. nak bagi gaji lebih sikit pun dah x mampu. mana tidaknya teman adalah dengar rungutan salah seorang player perak bila game menang x dapat imbuhan yang setimpal. so bila nak main mcm x semangatlah kan. teman pun dapat tau dari sedara player nie dia dapat gaji dgn perak 6k. dalam masa yg sama dia nie ada dapat ofer dari team lain dgn tawaran gaji 12k. mungkin ada orang cakap player nie dah jadi mata duitan tp bila dikaji semula time dema tgh baguslah nak dapat gaji yg lumayan bkanke skarang nie era profesional. time nie gakla dema nak kumpul harta takut2 bila tiba waktu dema nie sakit dah x mampu nak main bola lagi dema dah ada satu sumber yang lain untuk teruskan kehidupan. cuba kita tgk di eropah tahap profesional dah mampu bayar gaji minggu dgn beratus ribu. macam maner perak nak maju kalo dah ada pemain yg bertaraf tinggi tp dihantar untuk bermain dalam skuad sukma. tujuan sukma diadakan untuk mencungkil dan mengasah bakat baru. cuba kita perhatikan Razali Umar. kena dihantar bermain didalam skuad sukma sedangkan beliau adalah pemain dalam skuad utama perak selamat azlan zainal, nasril nordin dan subramaniam terlibat dalam skuad kebangsaan kalo tidak dema pun kena join sukma. cuba we all kaji la, budak yang sudah mempunyai diploma terpaksa teruskan pelajaran dalam sekolah rendah apa akan jadikat pemikiran budak tuer tul x

  9. on 10 Apr 2008 at 9:04 pmmim

    teman sokong kate sedare miez3……kte patot serapkan player2 presiden kite…depa ak pe….skang pon depa top dalam liga presiden….tp kelemahan depa 2 cume serangan je sedikit tumpul n agak tergopoh2 kat dalam kotak penalti…
    tp midfield n defend agak mantap…mereke juga bermain bersungguh sungguh walaupon tengah leading lawan… lagipon mereka ni kan anak jati perak…..so spirit kenegerian mereka kuat….kalo team utame kite sdah kritikal sangat elok lah kalo player2 presiden ini diserap keskuad senior sambil kekalkan beberape player2 senior yang bgos untuk bergandingan dengan player2 mude 2….macam arul, lan, n razali…..dan bole digabongkan dengan player2 impot….confirm mantap……
    tetapi ia mungkin tidak dapat setanding dengan negeri2 lain sbb dpa sume x de pengalaman….n mungkin dapat dibentuk menjadi skuad yang mantap mungkin selepas setahun bersama…pasti dapat gengam semule piale yang sudah lame kite idamkan…..

    kejor yob kejor….
    die hard fan perak…..

  10. on 05 Apr 2008 at 4:46 pmmiez3

    Pengurusan Perak…cuba tanya FAM kut2 kalau boleh player2 Piala Presiden kita turut serta dalam CYC Youth Cup….tak pun apa2 international tournament utk club2…cuba le bagi exposure skit utk player2 muda ni…..diaorg boleh jadi reserve team kalau2 Perak ada 2 ke 3 saingan dlm sesuatu masa dan boleh dijadikan pengganti kalau ada player yg injured atau berpindah ke team lain musim akan datang…Tima Kasih…

  11. on 02 Apr 2008 at 4:58 pmsylvershop

    salam semua, mesej ini ditujukan kepada pengurusan perak. adalah diharapkan anda semua lebih profesional dan lebih menumpukan aspek pembangunan dan tajaan. setiap perkara yang dibuat perlu ada kejujuran dan tanggungjawab. setiap tahun isu sama dicanang kantung kosong. mungkin sudah tiba pengkopratan dalam aspek pengurusan bagi memperbaiki kelemahan. perlu ada ketelusan dalam aspek ini. kepada pemain berusahalah untuk memajukan diri sendiri. kami hanya mampu melihat walaupun kadang kala sakit hati ini melihat gelagat ala primadona anda. semoga perak terus berjaya

  12. on 01 Apr 2008 at 11:58 pmrazlan

    salam,

    pertama kali nulis kat guesbook ni… hhhmmmm…. teman bebeno sedih dgn apa yg berlaku kpd tim perak skang nih..

    rindu bebeno nak julang piala Liga Super… rindu bebeno nak julang Piala FA… rindu bebeno nak julang Piala Malaysia… namun apa kan daya…

    harap tuanku presiden dan MB dapat lakukan sesuatu… contohi Kedah jika perlu, tak perlu malu meniru jika ia mendatangkan kebaikkan.

    mungkin perlu ditubuhkan pasukan Perak reserve. pemain2 di dalam tim ini, walaupun tak dapat main Liga Super pada minggu tertentu, tapi mereka masih diberi peluang bermain perlawanan persahabatan dgn tim2 local pada minggu tersebut. ini bermakna, mereka tetap dapat ‘tendang bola’ walaupun tidak diturunkan utk Liga Super.

    antara kegunaan lain tim reserve:
    1) pemain tim utama, jika injured, akan bermain di tim reserve dahulu supaya mereka dapat mengembalikan tahap kecergasan secara perlahan2. Jika tahap kecergasan sudah pada tahap Liga super, baru diserapkan balik ke tim utama
    2) sebagai batu loncatan kepada pemain2 skuad presiden/pemain baru untuk mencapai keserasian dgn skuad utama.

    setiap pasukan epl ada tim reserve… mungkin perak boleh menjadi pasukan pertama ada tim reserve.

  13. on 01 Apr 2008 at 8:58 pmmiez3

    Musim 2007/2008 dah masuk musim kedua dan akan melabuhkan tirainya tak lama lagi….Percaturan dlm Piala FA pun dah tamat….yang tinggal lepas ni Piala M’sia saja….utk persediaan dlm liga domestik musim baru diharap pihak pengurusan dapat membuat perancangan dari sekarang….
    Teman dengor Baichung Buthia dah jadi kapten pasukan India sekarang…..boleh le try sambar…
    Pada hemat teman elok le pihak pengurusan cari player2 di sekitar rantau Asia je….cari la yg berbaloi yakni yg berpatutan dan seeloknya player2 dari pasukan yg ranking negaranya dibawah ranking pasukan M’sia cthnya seperti Maldives,India & lain2…pasti kosnya lebih rendah…..lagipun diaorg ni pasti dah serasi dengan corak permainan dirantau ini….Dari aspek jurulatih pula tak perlulah lagi kita berbelanja besar mengambil org luar yg susah nak kita bagi pendapat dek kerana mereka ini terlalu susah utk ditegur…..
    Utk player tempatan…cuba le panggil & pujuk balik anak2 kelahiran Perak di perantauan…teman rasa dgn offer yg bagus tentunya mereka tertarik utk bermain di negeri sendiri…tak lupa juga player2 muda…adik2 yg berada di dlm saingan Piala Presiden…cungkil bakat mereka & serapkan dlm skuad senior seperti yg berlaku pd Razali,Fakri,Wan Yazid,Hazrul,Kamarul & lain2…merekalah pelapis player senior yg akan bersara bila2 masa kelak…buatlah satu team kedua atau back up sekiranya ada player senior yg injured…berilah mereka peluang utk menonjolkan bakat mereka….contohilah pasukan2 lain seperti Kedah & Negri Sembilan yg mempertaruhkan bakat2 muda mereka dlm saingan liga domestik…
    Itu aje pesan teman…harap komen & pandangan teman dpt dibaca oleh pihak pengurusan…tolonglah buat sesuatu ye…Adios Amigos…

  14. on 01 Apr 2008 at 4:01 pmHazam

    Teman tujukan msg ni kt Steve Derby Coach kita tu..

    udah deme tau yg defend kita ni tk kuat, npe deme masih letak percaturan 3 orang defender je… Bahagian tgh kita dah ckup baguih dah nak gempor mane2 team lawan, tkyhla deme letak ramai2 kat tgh tu… hish..

    tapi teman harap pasukan kita akan dpt pengajaran dari semua kekalahan yg lalu, pasukan kita kena yakin dan buat sesuatu untuk teruskan perjuangan pasukan dalam sukan bolasepak Malaysia ni… Jangan bimbang n jangan gentar!!! Penyokong Tok Seladang takkan beredar!!!

    Hidup PERAK!!!

    Salam

  15. on 27 Mar 2008 at 1:36 pmhambali

    Komen saya tentang Player perak tak banyak cuma kalau boleh dapatkan penjaga gol yang lebih baik. striker ok, midfiled ok corak permainan ok. jika bermain dengan team selain kedah, khalid boleh diletakkan sebagai top striker jika dengan kedah razali lebih sesuai, kalid backup striker.

  16. on 27 Mar 2008 at 1:31 pmhambali

    Malam tadi RTM1 menayangkan ulangan perlawana perak Vs kedah. perak memang bermain dengan baik, tetapi saya rasa jika bermain dengan kedah, perak kena tukar corak permainan sikit. Perak menguasai tengah tapi perak selalu hilang bola di tengah dan bahagian pertahanan. Ini disebabkan perak bermain corak ala-ala samba iaitu bertukar-tukar hantaran dan banyak bain satu dua. cara sebegini membuatkan setiap game perak memang menguasai tengah dan keseluruhan permainan. Tapi bila bermain dgn kedah cara sebegini selalu gagal. Ini kerana setiap pemain perak diikat pemain kedah. kedah bermain secara marking. Bila ada sahaja hantaran pasti pemain kedah marking dan melakukan counter attack. selalunya perak kena rampas bola dibahagian tengah dan kena counter attack. saya mencadangkan pemain perak bila berjumpa kedah agar melakukan gerakan solo. tidak perlu banyak membuat hantaran kerana bila banyak hantaran selalu hantaran tersekat. kalau nak ikutkan pada perlawana semalam sebenarnya kedah memang tak bermain tengah sangat. Ahmad shahrul sebenarnya boleh rapat ke kotak penalti solo sebab tengah kedah kosong. kalau tak ada cabaran buat apa nak buat hantaran. tak ada sebab. di situ yang perak selalu tersangkut. kalau tersangkut di tengah memang senang la kena counter attack. kedah banyak bermain pertahanan, marking dan forward. Tengah digunakan untuk mencuri bola. Saya harap pihak yang berkaitan boleh check semola perlawan tempoh hari. cuba tengok semula dimana perak banyak kehilangan bola. check semula setiap hantaran pendek dan 1 2 yang banyak tersangkut. Sebenarnya perak ada banyak ruang di tengah untuk membuat gerakan solo. Banyak hantaran yang tak sepatutnya dilakukan. Kena paham yang kedah adalah pasukan counter attack. Dia tak membuat gerakan. dia tak merancang serangan. Dia cuma bertahan dan counter attack. Jika ada lagi pertemuan perak dan kedah harap perak boleh pertimbangkan cadangan saya ini. Kurangkan bermain hantaran 1 2, kurangkan bermain One touch, kurangkan bermain bergantian hantaran dan banyakkan bermain gerakan solo. sekian.

  17. on 24 Mar 2008 at 11:23 pmmiez3

    Pihak pengurusan PerakFA….dah sampai masanya cari player utk musim depan…..cungkil bakat2 baru..ketengahkan…contohilah KedahFA…..tolonglah…dah byk kali tegur….bukan player tak baguih musim ni…tapi kena gilap lg dan mantapkan lg….

  18. on 22 Mar 2008 at 9:52 pmayop

    askum….trlbih dhulu teman nk ucpkn thniah coz seri ngn sel smlm….teman kat srwk ni, dah lh ssh nk nengok perak main…ni pn dok contact2 si apat (kwn teman yg dok kt ipoh) mse dlm stdium…dgor2 dh kna 2-0..rase nk nangis teman..tp mujor le seri…ni pesn teman kt kome2,yop,yong, yg duk kt smnjung tu..trun lh kedah sat,nykong tim kite..tmn nengok dri pmrhtian tmn,perak ni cayor benor klu xde owg nyokg deme…negeri kite kome…bruk cm ner pun ngeri kite…. kome pegi ok…idup perak…idup kalid

  19. on 04 Mar 2008 at 12:38 pmshiman07

    mlm ni yob mesti buktikan yang kita bolehhhh.
    misi tumpaskan JFC…..

    GO PERAK GOOOOO…
    SCORE YOB SCOREEEEEE

  20. on 28 Feb 2008 at 3:22 pmfiqtie

    mana nak upload lagu score yop score

  21. on 10 Feb 2008 at 1:17 pmbasheer

    teman rasa perak terus dan terus melakar kecemerlangan utk menundukkan semua team dalam liga super…andai kata savanan masuk perak SD ada pilihan dbarisan depan..cuma persefahaman penting dan barisan pertahanan mantap lagi..bila ada subramaniam… 2S ni mampu mantap buat pasukan perak. pemain import kena cergas dipadang jgn tunggu bola..lebih2 lagi CC

  22. on 09 Feb 2008 at 12:50 pmputra8878

    Teman harap sgt pas ni pebgurusan kite lebih pantas dan cekap dlm meyambor pemain2 terutama ank2 jati perak yg main dgn team lain skrg ni.Teman rase kalu semua bintang2 perak tu kembali ke perak,Perak tak perlu buang duit amik import pun xpa..kita ada indra.r.surendren,liew kit kong,v saravanan antaranya..Semoga perak maju jaya tahun ni dan mst pegang salah 1 piala utama thn ni..Piala FA yg berwajah baru adalah piala yg blum kita dpt lg..harap tahun ni dapat la julang ye..

  23. on 09 Feb 2008 at 12:03 pmmohdazrul85

    kiter tgk selasa ni perak akan belasah selangor 5-0

  24. on 07 Feb 2008 at 3:04 pmblackbendi

    harapan agar setiap pemain dan pengurusan Perak FA dapat mengekalkan kecemerlangan seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan menentang Selangor tempoh hari..

  25. on 04 Feb 2008 at 10:06 pmAxlrose037

    Sebenornye satu cara je nk menang lawan kedah, kene marking nelson sam martin. kome tle le bgtau kat steve darby ye.
    skor yeop skor!!!

  26. on 04 Feb 2008 at 12:46 pmfiqtie

    teman bangga betul dengan pasukan perak mlm sabtu lalu puas teman tengaok game mlm 2 mcm nie lah main bola sepak teman harap perak teruskan prestasi sebegini mudah-mudahan kita dapat tewaskan kedah pula lepas nie.

    score yop score

  27. on 19 Jan 2008 at 5:40 pmdinobranco

    apsal ler Dato Don pun tknak dgr cakap fan dah???
    apa yg SD ni mandrem dia?
    lantak ler…tunggu ler sampai ke liga primear…baru sedor

  28. on 18 Jan 2008 at 9:03 pmYob Utara

    Siapa yang tak sayang pasukan sendiri, tapi tolonglah jangan sambil lewa bila ada masalah timbul. Bolasepak sukan yang sensitif bagi fans Perak. Kalau pengurusan ambil sikap acuh tak acuh mesti fans marah. Selesaikan masalah yang ada dan jangan sampai jadi episod lama.

  29. on 17 Jan 2008 at 5:22 pmshiman07

    terus sokong perak walaupun kadang2 sakit hati dengan pesembahan anak buah steve darby

  30. on 17 Jan 2008 at 12:42 amayie

    ADAKAH PASUKAN PERAK BERKEADAAN KRITIKAL SEKARANG?…..JAWABNYA TIDAK…

    MASIH BANYAK PILIHAN YG ADA KETIKA PASUKAN BERKEADAAN BEGINI….TENANG..YANG LEPAS JANGAN DIKENANG….KESILAPAN JADIKAN PEGAJARAN..

    MORAL PEMAIN SEKARANG TURUN…ADALAH MENJADI PENGURUS MENAIIKAN MORAL PASUKAN

    PEMAIN SIMPANAN KENAPA TIDAK DICUBA DI POSISI TERTENTU..

    TUKARKAN TAKTIKAL IKUT KESUAIAN PEMAIN….

    SUDAH TIBA MASANYA PIHAK PENGURUSAN MEMIKIRKAN PEMAIN IMPORT YG BERKESAN KHUSUSNYA PENYERANG…

    PASUKAN PASUKAN LAIN TELAH MENINGKAT PEMAINAN MEREKA..PERAK PERLU MELIHAT INI SEMUA….

    MASIH ADA MASA UNTUK MELAKUKAN DEMI BOLA SEPAK DAN NEGERI KESAYANGAN KITA…

  31. on 16 Jan 2008 at 10:11 pmme 109

    Team yg bermasaalah ni perkara biasa.Cuma cara Perak FA menangani masaalah yg penting.Ambil lah tindakan yg wajar demi masa depan dan kebaikan pasukan,bukan demi ego dan kepentingan peribadi.Bagi teman memang sukar utk mengejar gelaran juara Liga.Tumpukan perhatian pada Piala M`sia dan FA.Masih belum terlambat,yop.Kenal pasti sebab2 timbulnye masaalah ni.Akui kesilapan masing2.Mungkin ada masaalah yang terselindung disebalik kesilapan pilihan pemain import,coaching,taktik dsb.Walau apa pun selesailah dgn secepat mungkin sebelum PERAK jadi pasukan belasahan Liga M`sia tahun ni.Pilihan pemain import Chilea nyata kesilapan besar pihak pengurusan Perak FA.Perak bukan takde pemain tempatan yg berkaliber.latih deme buat persiapan Piala M`sia.Kalau ada duit lebih sikit tu cari le pemain import yang boleh membantu Perak meraih kejayaan.Sabtu ni Perak bertemu Pahang.Teman yakin Pahang menanti2kan perlawanan dgn Perak dan sudah bersedia utk merai kemenangan Pahang di Ipoh,memandangkan prestasi Perak skrg ni.
    KEJOR YOP SKOR…HIDUP PERAK!!!!

  32. on 16 Jan 2008 at 1:43 pmfiqtie

    salam semua
    teman betul2 kecewa dengan persembahan perak akhir-akhir ini apa masalahnya nie sebab bagi teman klu kita ada semangat yang kental main 10 ker 9 orang ker kita boleh menang punya.Apa apa pun teman tetap penyokong setia pasukan perak dan harapan teman agar pasukan perak dapat membetul keadaan dan mengejar kembali mata-mata yang telah hilang

  33. on 14 Jan 2008 at 5:23 pmmika

    kekalahan yang amat memalukan…..dari ape yg mika tgk team kite memang bole tumpaskan kedah… separuh masa pertama memang nampak kedah bole tumpas dengan hanya penyerang tempatan, bila tiba separuh masa kedua bila tanpa penyerang kj, penyerang import kita rabun tak nampak gawang gol banyak peluang disia-siakan lembek macam tak reti main bola… nampaknye udah ler peluang yang diberi, kami penyokong dah tak nak penyerang import yg gitu…. harap PENGURUSAN PERAK DAPAT CARI IMPORT BARU ATAU PUN KALAU NAK JIMAT PUN GUNA JER PENYERANG TEMPATAN YG ADE…….

  34. on 14 Jan 2008 at 2:42 pmYob Utara

    DATO’ MUHIYUDIN,

    Sudah tiba masanya Dato masuk campur sebelum semuanya terlambat. Kembalikan semula pasukan Perak pada landasan yang sesuai.

    Tolonglah Dato’

  35. on 14 Jan 2008 at 2:29 amkundang

    aper cerite team kesayangan kite semua nie,main home live tv klh ajer…game ngan kdh 12hb aritu ckup mmbuktikn,striker import ceceras mmg xleh main ngan perak..xder lgsg killer insting..silap razali kandasamy lg bgs…pd SD,pikior2 kan idea n kritikn fan perak ni…wat degil die ajer,team ngope hawo jugak..berubah la sblum terlmbt…

  36. on 11 Jan 2008 at 5:15 pmanas

    esok lawan kedah,perak blh mng punya..
    perak3 kedah 0

  37. on 07 Jan 2008 at 10:42 pmilorian

    salam untuk semua…
    teman nyokong kome dari jauh jer…
    …moge2 badi lwn ngan kedah tak menjadi malam sabtu ni

  38. on 06 Jan 2008 at 5:23 pmayie

    TAHNIAH KPD PASUKAN PERAK KERANA MENANG MLM TADI…..TERSKAN SEMANGAT KEMENANGAN INI….BERTEMU NGAN KEDAH NANTI ADA BEBERAPA PERUBAHAN TAKTIKAL PERLU DI BUAT YANG PENTING MENGENGKANG MARLON AND FREINZ….KITA PERLU BALAS DENDAM DI ATAS KEKALAHAN DULU….DEMI MARUAH KAMI AKAN TURUN KE STADIUM….SKOR YOB SKOR….

  39. on 06 Jan 2008 at 3:46 pmmzainh

    nice website.. i just got to know..
    go perak.. all the best for the team..

  40. on 06 Jan 2008 at 2:30 pmfiv_zal

    player perak makin mantap…. go.. go… go….
    kejor yop kejor… skor yop skor…..

  41. on 05 Jan 2008 at 4:31 pmasraf

    Iye yob utara..jgn pandang belakang!!!..balun kome balun sampai deme tumpor..sekor yob sekor…go go go go PERAK!!!

  42. on 04 Jan 2008 at 12:29 pmYob Utara

    Hah..betul kata yob asraf…JANGAN PANDANG BELAKANG YOB!!! balun team deme sampai tumpor

  43. on 02 Jan 2008 at 3:09 pmasraf

    perkembangan positif dah ada…jgn pandang belakang yob….go perak go…sekor yob sekor

  44. on 02 Jan 2008 at 11:42 ampenangMai

    Salam…

    Tahniah Yob kerana meratah serawak , keep it up.. next game mai ramai-ramai bagi penuh penuh stadium batu kawan lak…..

  45. on 30 Dec 2007 at 7:10 pmanakin

    perak smlm kalah…borink betui…..bile perak nk mennang….xpelah baru dua kali klh…trskn perjuangan tim perak….lepaih nie maen betui2….

  46. on 26 Dec 2007 at 11:58 pmzach_atie

    sedey larr…pasal klah,tu..tapi tak,pe..nnt ngan johor..kasik mnang,ek?best of luck!!!

  47. on 26 Dec 2007 at 1:11 pmpenangMai

    next game skor banyak sikit gol….wajib menang dengan pakar seri he..he.. Johor FC

  48. on 25 Dec 2007 at 9:35 pmseraimerah

    relaks le…. maseh awei lagi

  49. on 24 Dec 2007 at 3:08 pmanakin

    mlm td perak maen bdk skolah ish2..teruk bebeno perak maen smlm…mungkin xde keserasian laei kot….

  50. on 24 Dec 2007 at 11:21 ammika

    Yob….. kite kena malam tadi…. ape dah jadi ni yob??…kite rgase kan… cili kite tak cukup pedas kan??…. ahhhh…rgasenye pedulikan itu…. cili kite mentah lagi kot….tapi ape2 pun kite terus berikan sokongan padu pada team kite….. skor yob skor… bior kite ade player ke-12 baru kuat….. tapi mlam tadi tak ade gong…!!! mana pegi!!! …..

    rgase2 letih gak mlam tadi p stadium… kalau ade bas ok gak pengurusan tak nak adekan rombongan bas ke dari kl ke ipoh kalau ade info le kat mike…. ok..

  51. on 23 Dec 2007 at 10:56 amanakin

    harap2 perak taun nie dptlah menang liga super……kpd SD dihrp gunelah taktik 3 5 2 ktk menetang pasukan tertentu…kalo lwn team carok pakeilah 4 4 2…..

  52. on 06 Dec 2007 at 1:12 pmachoy

    saya sokong perak dulu, kini & selamanye. skor yob skor..
    semoga perak berjaya bolot tiga kejuaraan musim ni(liga super, piala fa dan piala malaysia).good luck

  53. on 27 Nov 2007 at 4:54 pmayie

    AKUM SEMUA SKOR YOB SKOR…..AKU HARAP TAHUN NIE PERAK BAWA BALIK PIALA MALAYSIA….UDAH LAME ASENYE X DAPAT MENATAP….INGATKAN TAHUN LEPAS SINGGAH KAT SINI UPENYER….AI X PER CITER LAMER…UTK SD UTK FORMASI 3-5-2 JIKA BERTEMU PASUKAN TERTENTU ELOKLA…TAPI JIKA PENYERANG MEREKA BERBISA FORMASI ITU PERLU DI TUKAKAN KEPDA 4-4-2…..AMACAM OK X?

  54. on 26 Nov 2007 at 2:57 pmYob Utara

    Harap tahun ni kita boleh jadi juara liga super pulak sebab inilah piala yang kita tak pernah menang lagi.

  55. on 26 Nov 2007 at 2:46 pmnajib

    salam semua warga yop semoga tahun nie kita juara

  56. on 26 Nov 2007 at 12:13 pmfaz_lampard

    perak perak …
    cuti2 ni xda friendly ke???
    nak gak teman tgk ..
    walaupon teman ni jauh merantau kat KL …
    tp teman ttp perakian …
    teman mesti blk kalo ada game ..
    insyaallah kalo budget ada …
    huhu…

  57. on 23 Nov 2007 at 2:47 pmzach_atie

    bru kat sni..buat team perak..best of luck..rehat sebulan jgn enjoy sgt smpi tak knl bola..rmi yg menaruh hrpn..all the best..teruskan kmajuan smpi leh join piala donia..huhuhu..anyway..skor yob skor!!!!

  58. on 23 Nov 2007 at 11:05 ampenangMai

    Salam sejahtera utk smue .seladang.net e fan club , syk sungguh 2 game dah menang….. macamana next game
    ngan n9 win again???????, bahagian tengah kenan perbetui sikit kalu nak menang next game…. apa komen teman2 sekalian….

  59. on 23 Nov 2007 at 8:59 amAbang Eddy Tapah

    Ngan DPMM FC kite menang 2-0….ngan My Team pun menang 0-1…ish…nampak cam bahaye gak kite ni yop…!! Harap jentere tengah tu perbetuikan persembahan…takmau lepeh sebulan rehat, pastu jumpe plak ngan N Sembilan sok tumpor kite….khalid jamluih, jangan main banyak…..

  60. on 20 Nov 2007 at 9:05 pmAbang Eddy Tapah

    Salam…walopun aku jauh keroje kat Penang tapi musim lepeh aku tak peghonah pun miss game kat Ipoh. Harap musim baru ni same gak. Cayalah aku…ni aku nak cadang kat pihak pengurusan Perak FA, kepade semue penjaje yg meniage jersi, sticker atau ape-ape je le yang ade kaitan ngan team Perak, dicadangkan agar dikutip cukai dari deme semue. Secare tak langsung dapat gak le persatuan menambahkan duit simpanan. Tapi kalo udah buat, teghuihkan le. Banyak leh gune duit tu yob…!!!

  61. on 18 Nov 2007 at 1:24 pmmim

    caya la adiosdas….walaupon bkn dok perak tp sokong perak….blh teman tau adiosdas asal dari mane????
    teruskan sokongan ada….
    kejor yob kejor

  62. on 18 Nov 2007 at 7:58 amadiosdas

    malaysia tewas 0-1 kepada maldives.nak kata apa lagi nih…wa tetap berdoa agar team kita akan menunjukkan sesuatu yg terhebat dlm persembahan selepas ini

  63. on 17 Nov 2007 at 8:48 pmadiosdas

    all da best.wa bukan org perak.tapi awek wa org perak.ok la tu.orait

  64. on 12 Nov 2007 at 11:52 amasraf

    Teman harap bebenor yang pihak pengurusan bior le betoi milih pemain…jgn le aci tangkap muat…letih tgk berios tu main.

  65. on 11 Oct 2007 at 11:43 ampadiltaiping_81

    Salam..teman nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pemain2 skaud perak yg beragama islam,kepada pihak pengurusan PAFA,yob asraf dan kepada semua rakan2 yg join & melayari e-fan seladang ini..maaf, zahir & batin….

  66. on 10 Oct 2007 at 8:02 pmasraf

    selamat datang Hardi jaafar dan Mohd nor ismail ke dalam team Perak. harap kome bagilah sumbangan yang baik pada pasukan.

    skor yob skor

  67. on 12 Sep 2007 at 5:59 pmaravin

    kalah tak pe!,janji ada semangat untuk dapatkan 3 piala musim hadapan daripada kedah! .skor yob skor. burung kenari jangan terbang tinggi ,seladang akan mengamuk pada musim hadapan .perak boleh. Yob Boleh

  68. on 10 Sep 2007 at 12:05 pmasraf

    buat post mortem team kome weh…standby dari sekarang…jangan tunggu sampe start musim baru nak kemkabut…

  69. on 09 Sep 2007 at 8:45 pmsaher

    Tahniah pasukan Perak kerana menjadi naib juara Piala Malaysia musim 2006-2007. Contohi pasukan Kedah yang berani menampilkan pemain muda dan bertenaga. Perak mempunyai ramai pemain muda yang bagus. Jangan sia-siakan bakat mereka untuk kemajuan bolasepak Perak.Panggil semula anak2 Perak seperti Hardi Jaafar , Safee Ali, Indraputra dan lain2 yang berada di luar untuk memantapkan lagi pasukan Perak musim depan.Paling utama dapatkan pemain import yang berkualiti seperti Marlon Alex James.

  70. on 08 Sep 2007 at 8:01 pmEZAM

    doa dan sokongan saja yang akan mengiringi perak ke podium menjulang piala malaysia…skor yob skor

  71. on 07 Sep 2007 at 8:09 amanas

    Y - Yob
    2 - Orang striker import/local terbaik liga.
    K - Khalid/Kieta

    kita musnahkan impian kedah esok yob

  72. on 05 Sep 2007 at 5:27 pmasraf

    badi2 yang ada kita cairkan,sabah & perlis kita dah hapuskan

    sampai masanya kita halang treable untuk kedah.

    harap player jangan main2,jangan le hampakan peminat semua dengan tangan kosong untuk tahun ni.

    skor yob skor, skor sampei deme tumpor

  73. on 05 Sep 2007 at 2:02 pmanas

    Kita udah masuk final….harap player mainlah bersungguh2.

  74. on 05 Sep 2007 at 5:22 amsEcoNd heARtbEAt

    perak dh hapuskan badi!!!
    bgos!!
    moge2 kali niy kite blasah kedah yg liat!!!
    balon sampe tumpor!!
    kejor yop kejor!!!
    hahaha

  75. on 04 Sep 2007 at 4:49 pmEZAM

    Diharapkan pemain perak berusaha habis-habisan dalam menentukan ke peringkat akhir… harap kita sama-sama ke stadium untuk membakar semangat pemain….kejob yob kejor….

  76. on 04 Sep 2007 at 2:03 pmrizalman

    peminat mahukan Piala Malaysia,kejor yob kejor,balun sabah sampai tumpor

  77. on 04 Sep 2007 at 12:52 pmsaher

    Perak kena bermain malam ini sepertimana perlawanan dengan Perlis di peringkat suku alhir yang lalu…itu adalah permainan sebenar pasukan Perak..Jangan lepaskan peluang Perak untuk mara kali ini!

  78. on 22 Aug 2007 at 5:03 pmEZAM

    insyaAllah harap kite menang piala malaysia tahun ni selepas kempunan pial fa dan liga super….. kepada semua penyokong perak teruskan beri sokongan padu pada pasukan kite…. skor yob skor jangan x kejor…..

  79. on 22 Aug 2007 at 2:40 pmYob Utara

    yob2 semua usah susah hati

    kita akan menang piala malaysia tahun nie

    percayalah….

  80. on 21 Aug 2007 at 3:32 pmasraf

    Yaaa..!!!!!! badi kali ni kita akan cairkan,cukup 2 kali,tidak untuk kali ke 3.

    sampai masanya sabah kita tunjukkan jalan keluar.

    harap player jangan leka lagi,kome semua boleh buat kalau kome betul2 nak.

    jangan le hampakan peminat semua dengan tangan kosong untuk tahun ni.

    skor yob skor, skor sampei deme tumpor

  81. on 21 Aug 2007 at 2:12 pmEZAM

    perak perlu menunjukkan bahawa perak adalah pasukan liga super….corak permainan yang kemas diperlukan..sabah adalah pasukan yang liat walaupun sabah merupakan pasukan liga perdana.. badi tetap perlu dicairkan…

  82. on 20 Aug 2007 at 10:11 pmrizalman

    betoi cakap mike ezam,badi dengan sabah harus kita lupuskan kali ni,perlis dah kita atasi,sabah pulak kita ketepi

  83. on 20 Aug 2007 at 9:23 pmEZAM

    diharap dapat menumpaskan sabah pula selepas ini sebab sabah adalah team kedua yang sukar untuk perak layak ke akhir piala malaysia…..team perak perlu skor dan skor…. teruskan rentak permainan sebelum ini…

  84. on 20 Aug 2007 at 9:16 pmEZAM

    Assalammualaikum terima kasih kepada pemain perak kerana telah berusaha untuk menamatkan badi kekalahan kepada perlis selama ini…. ‘perak teruskan perjuangan’…….

  85. on 17 Aug 2007 at 11:28 amayie_amir2000

    kejor yob kejor….walau pun diri ku jauh di perantauan…PERAK tetap dihati…

  86. on 16 Aug 2007 at 3:52 amasraf

    Mekasihhhhh bebanyak kat player dan coach yang memberikan peminat semua harapan dan nafas baru.

    harap sangat sekurang2nya ada satu piala kite musim nih…

    skor yob skor…hambat piala malaysia…

  87. on 15 Aug 2007 at 2:21 pmasraf

    Harap player kite main le sungguh2…jgn kome hampekan harapan peminat sampai 3x

    skor yob skor, skor sampei deme tumpor

  88. on 05 Aug 2007 at 12:36 amYob Utara

    Walaupun kite tak berjaye menang liga super tapi perjuangan blum selesai.Masih ada lagi game piala malaysia dan harap yob2 semua usah susah hati

    kita akan menang piala malaysia tahun nie

  89. on 01 Aug 2007 at 1:42 pmwebmaster

    Suka di ingatkan disini bahawa sebarang pertanyaan hendaklah melalui ruangan “Contact Us” dan pihak kami hanya akan membalas email kepada mereka yang sudah berdaftar dengan komuniti seladang.net sahaja.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

  90. on 26 Jul 2007 at 9:22 pmanas

    Tahniah pada webmaster sebab kita akan masuk TV tak lama lagi..reformasi FAM

  91. on 14 Jul 2007 at 1:47 amzickeys

    all the best for seladang.net. kumpulkan manusia yg lebih terbuka mindanya disini…

  92. on 11 Jun 2007 at 12:32 pmlensahijau

    betoi tu yob asraf…

  93. on 07 Jun 2007 at 1:58 amRaul hashim

    Tahniah menang semalam 9-0. keita power 5 biji sumbat. Teruskan perjuangan mu. Tahniah darby, player kt,pengurusan anda semua memang layak pimpin perak. 2 piala kt cuba dapatkan. Usaha anda amat ditagih bg memenuhi hasrat penyokong perak.

  94. on 06 Jun 2007 at 2:40 pmasraf

    Teman tujukan msg nie pada player kite semoge kome semua main le sungguh2…..jgn kome hampekan harapan peminat kali nie,

    Ini le mase untuk kite menang liga super lepaih piala fa kite dah terlepaih.

    Piala malaysia target kedua kite…yang mustahak liga super dulu pasey kite tak peronah merasa lagi.

    skor yob skor, skor sampei deme tumpor

Sign My Guestbook

You must be logged in to post a comment.

[Valid CCL]