FAQ

Apakah dia seladang.net ?
Seladang.net adalah satu platform untuk peminat, penyokong bolasepak Perak memberikan ulasan, teguran, kritikan dan pendapat yang membina demi kemajuan sukan bolasepak negeri Perak disamping bertindak sebagai jambatan penghubung antara peminat, pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.

Adakah jika saya mendaftar di laman web ini bermakna saya adalah ahli Kelab Seladang FC ?
Tidak, kerana Kelab Seladang FC adalah satu badan persatuan lain yang bernaung di bawah Perak FA (PAFA).

Bagaimana saya hendak mendaftarkan diri sebagai user di laman web ini ?
Anda boleh berbuat demikian DISINI. Sila gunakan email anda yang sah kerana password anda akan dihantar ke email tersebut.

Kenapakah saya masih tidak boleh login walaupun sudah berdaftar ?
Terdapat dua kemungkinan perkara ini berlaku :
1) Sudahkah anda menerima email dari kami untuk proses verifikasi ?
2) Kesilapan memasukkan nama anda di ruangan login. Sila rujuk DISINI.

Apakah yang saya boleh lakukan jika berdaftar sebagai user ?
Anda dapat membuat ulasan atau komen tentang sesuatu artikel yang tersiar di laman web ini serta kemudahan untuk mengakses ruangan MEDIA yang memuatkan klip video edisi khas untuk ahli sahaja.

Kenapa saya tidak boleh menonton rakaman video di ruangan MEDIA?
Banyak sebab kenapa anda tidak dapat menonton video tersebut, antaranya:
1) Adakah anda berada dibelakang Firewall atau Proxy? sebagai contoh kebanyakkan Universiti, Kolej, Pejabat Kerajaan serta beberapa syarikat swasta tidak membenarkan flash video dimainkan di komputer mereka.
2) Sudahkah anda memasang perisian flash terkini? jika belum sila berbuat demikian disini. Flash Player Version 9

Video perlawanan yang saya cari di ruangan MEDIA tidak ada, mengapa?
Jika anda tidak berjumpa dengan video perlawanan yang anda mahukan itu bermakna pihak kami telah memindahkan ianya ke You Tube untuk mengurangkan bebanan server seladang.net. Sila terus ke channel ini seladangdotnet

Mengapa saya tidak boleh memberikan komen, ulasan pada mana-mana artikel jika tidak mendaftar ?
Ini adalah untuk mengelakkan Advertising Bot dan Spam Bot dari mencemarkan ruangan komen dengan posting yang berunsurkan periklanan.

Apakah syarat-syarat khusus sebelum membuat komen atau posting ?
Berikut adalah perkara yang di larang semasa membuat komen atau posting.
1) Provokasi
2) Perkauman.
3) Bahasa lucah.
4) Iklan atau link laman web lain.
5) Meninggalkan nombor telefon atau email.
6) Komen atau posting yang tidak berfaedah.

Apakah yang berlaku jika saya melanggar syarat-syarat di atas ?
Komen atau posting anda akan melalui proses verifikasi terlebih dahulu dan jika didapati tidak sesuai untuk disiarkan ianya akan dipadamkan serta merta dan mungkin keahlian anda juga akan ditamatkan tanpa sebarang notis.

Pihak pengurusan seladang.net berhak meminda, menukar atau menguatkuasakan mana-mana perkara lain yang tidak termaktub tanpa perlu memberikan sebarang notis.

Mengapa polisi dan syarat-syarat yang terkandung di dalam laman web seladang.net ini agak ketat dan tegas ?
Setiap laman web mempunyai polisi mereka yang tersendiri. Kami di seladang.net amat mementingkan kualiti berbanding kuantiti user itu sendiri. Oleh itu kami tidak teragak-agak untuk menghukum mana-mana user yang didapati melanggar etika di laman web ini. Berforumlah secara berinformasi dengan memberikan ulasan serta fakta yang baik. Jangan membuang masa anda dan pengguna yang lain dengan bertelagah sesama sendiri dengan posting atau komen yang tidak berfaedah.

Bagaimana saya boleh menyumbang kepada seladang.net ?
Pihak kami mengalu-alukan ahli yang memberikan sumbangan dalam bentuk berita, artikel, ulasan atau foto perlawanan yang membabitkan pasukan bolasepak Perak atau lain-lain yang berkaitan.

Bagaimana kalau saya menyumbang dalam bentuk wang ringgit ?
Terima kasih, kami tidak memerlukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kerana pihak pengurusan seladang.net sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk pengendalian laman web setakat ini.

Jika saya menyumbangkan berita atau foto adakah saya akan dibayar ?
Pihak kami tidak menyediakan dana khas untuk pembayaran sebarang bentuk berita, artikel atau foto kepada ahli-ahli yang menyumbang tetapi individu yang terpilih akan diberikan jawatan yang bersesuaian dengan sumbangan mereka.

Salah seorang ahli yang telah mendapat Residen Writer adalah saudara Yong Ayu yang selalu menyumbangkan artikel beliau untuk tatapan kita semua di sini.

Saya berminat untuk memberikan sumbangan berita, artikel kepada seladang.net, bagaimanakah caranya ?
Anda perlu berdaftar sebagai user di laman web ini terlebih dahulu dan emailkan sumbangan anda dengan tajuk yang bersesuaian ke Email Admin

Apakah syarat-syarat yang harus di patuhi untuk sebarang berita atau artikel yang hendak di sumbangkan ?
1) Menggunakan dua jenis bahasa sahaja iaitu Bahasa Malaysia atau Inggeris.
2) Karya asli karangan sendiri dan tidak di salin semula dari sumber lain.
3) Tidak pernah disiarkan di mana-mana tempat lain sebelum ini.
4) Tidak boleh menghantar berita atau artikel yang sama ke tempat lain
5) Menggunakan penulisan yang formal tanpa sebarang loghat daerah atau negeri.
6) Tiada unsur provokasi, perkauman, lucah, iklan dan lain-lain yang berkaitan.
7) Harus melalui proses verifikasi dari pihak pengurusan seladang.net.

seladang.net mengamalkan polisi unbias – free from bias or prejudice dalam setiap artikel anda. Oleh itu pihak kami tidak akan mengubah mana-mana artikel yang di hantar kepada kami tanpa memberitahu kepada penulis asalnya. Setiap artikel itu adalah di atas tanggungan penulis itu sendiri. Pihak pengurusan seladang.net tidak akan bertanggungjawab atas setiap artikel yang disiarkan.

Bagaimana saya ingin membuat pertanyaan tambahan yang tidak terdapat di sini?
Anda dikehendaki berdaftar terlebih dahulu dan hantarkan email ke Email Admin atau layari tajuk ini.

Likes(2)Dislikes(1)