feed rss2

Archive for the 'Umum' Category

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan hanya lima stadium yang bakal digunakan di dalam saingan Liga Malaysia 2012 sudah melepasi had minimum kecerahan lampu limpah 800 lux yang disyaratkan. Stadium-stadium berkenaan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium USM Pulau Pinang, Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Darul Aman Alor Setar dan Stadium Temerloh Pahang.

FAM memaklumkan semua Stadium yang masih belum melepasi had minimum berkenaan, termasuk Stadium Perak di Ipoh sedang di dalam proses menaiktaraf sistem lampu masing-masing dan satu ujian kecerahan akan dijalankan pada 22 Disember 2011 (Khamis) untuk memastikan had yang ditetapkan berjaya dicapai.

Dalam kenyataan itu juga FAM memaklumkan semua stadium perlu melepas had minimum 800 lux selewat-lewatnya tujuh hari sebelum saingan Liga Malaysia 2011 bermula. (10 Januari 2012 untuk Liga Super dan 13 Januari 2012 untuk… Continue reading

Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ) menganjurkan pertandingan mencipta logo, slogan, lagu rasmi dan gelaran baru skuad Seladang musim 2012. hadiah wang tunai berjumlah RM8,500 bagi pertandingan

Bagi kategori penciptaan lagu rasmi skuad Seladang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Pemenang tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 bagi pemenang tempat ketiga.

Manakala untuk kategori penciptaan logo skuad Seladang, rekaan terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 manakala tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM700 dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM400.

Selain itu, Pafa menyediakan lima hadiah bagi kategori mencipta slogan skuad Seladang yang mana pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM500, tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai RM300, tempat ketiga menerima RM200 dan RM150 bagi tempat keempat dan RM100 tempat kelima.

Pafa turut meminta… Continue reading

Pasukan Perak berjaya membenam Sime Darby 3-0 dalam aksi perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Stadium TLDM, Lumut, Perak malam tadi. Gol-gol pasukan Perak dijaringkan oleh penyerang import dari Serbia, Lazar Popovic, Mohd Rafiuddin Roddin dan Mohd Fazrul Hazli Kadri.

Persembahan yang meyakinkan ini memberikan suntikan semangat kepada skuad Seladang untuk mengharungi musim Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi dengan lebih cemerlang… Continue reading

Terdapat dakwaan sesetengah pihak yang mempertikaikan pengambilan pemain import dari Serbia, Lazar Popovic untuk menyarung jersi skuad Kejor Yob Kejor bagi perlawanan musim depan.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi isu berkenaan tidak wajar ditimbulkan kerana jelas ianya bermotif politik berbanding isu sukan bola sepak itu sendiri.

Pihak terbabit mendakwa pihak PAFA tidak sensitif dalam isu pengambilan pemain import kerana mengambil khidmat pemain yang berasal dari negara Serbia yang dahulunya lebih dikenali dengan nama ‘pengganas Serb’.

Menurut Zainol. perkara itu telah berlalu hampir 20 tahun lalu dan Lazar Popivic telah berusia 28 tahun pada hari ini.

“Selain itu, kita perlu fikir, Pafa memilih Popovic ketika dia masih bermain dalam Liga Premier di Bosnia. Liga berkenaan secara majoritinya disertai oleh masyarakat Islam dan Popovic sendiri… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]