feed rss2

Archive for the 'Umum' Category

Perak FA | Kekal Atau Singkir Import?

Kenyataan Dalam Sebuah Akhbar Tempatan hari ini menyatakan mengenai nasib Popovic (Serbia) dan Kubala (Slovakia) akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan bakal dilakukan sebelum tarikh tutup Pendaftaran Import yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Mesyuarat itu akan dipengerusi sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Dato Zainol Padzi). Mesyuarat Jawatankuasa bakal diadakan di atas rentetan dan keresahan penyokong penyokong setia skuad kejor yob kejor mengenai prestasi Popovic.

Beliau juga adalah bekas pemain remaja Serbia suatu ketika dahulu, masih gagal memberi sebarang impak yang berkesan dibahagian serangan pasukan dan gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang 5 perlawanan saingan Liga super 2012.

Prestasi Popovic bukan sahaja hangat diperkatakan di stadium, malah hangat disebarkan di laman blog dan laman laman Sosial yang lain. Persoalannya, adakah ketika sesi pemilihan diadakan oleh PAFA sebelum ini Popovic memberi persembahan yang… Continue reading

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Persaingan Liga Malaysia 2012 bakal sengit. Itulah yang dijangka akan berlaku. Bukan setakat Liga Super sahaja malah Liga Premier juga dilihat sengit dengan penghijarahan pemain-pemain, jurulatih dan pemain import bagi menghadapi musim baru yang bakal menjelma.

Adakah para penyokong Perak berpuashati dengan persembahan Perak setakat pra musim ini? Wajarkah kita menilai pasukan dengan prestasi semasa ketika ini?

Perlu diingat, pasukan kini berada ditahap terakhir persiapan sebelum menghadapi ‘peperangan’ sebenar semusim lamanya. Masa untuk mencari idea dan ‘try and error’ oleh jurulatih hampir ke penghujungnya. Bukan bermakna berhenti setakat itu, malah ianya bakal berterusan dalam situasi dan tekanan yang berbeza.

Para penyokong perlu lebih bijak menghadapi tekanan. Jadikan Silverstate Ultras sebagai panduan. Tidak kira apa jua keputusan tetap setia dari dulu hingga kini. Sebarang komen akan dibuat secara profesional Continue reading

Terima Kasih M.B.I

Stadium Perak Kini layak Untuk Beraksi Diwaktu Malam dalam semua Kejohanan FAM, setelah Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (M.B.I) segera menyelesaikan semua kemelut yang dihadapi, terutama masalah lampu limpah dan ukuran saiz garisan di atas padang.

Pihak kami telah menghubungi Setiausaha Kehormat PAFA iaitu En Aziz dan beliau bagi pihak  PAFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang berkenaan di atas keprihatinan pihak terbabit mengatasi semua masalah dan melayakkan Pasukan Perak beraksi di Stadium Ipoh pada waktu malam.

Beliau juga mengharapkan kepada semua penyokong setia skuad skor yob skor akan terus memberi sokongan kepada pasukan dan akan turun beramai-ramai menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Perak… Continue reading

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk semua Pasukan menghadapi Saingan Liga Malaysia Musim 2012. Oleh yang demikian, Skuad Seladang tidak ketinggalan untuk memperkenalkan barisan pemain bagi musim baru nanti.

Justeru itu, Pihak Persatuan Bola Sepak Perak(PAFA) akan mengadakan Sesi Pengenalan Pemain-Pemain Dan Pegawai Untuk Musim 2012, serta Merasmikan Jersi Pasukan Perak yang baru, butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tempat: Kediaman Menteri Besar Perak
Tarikh:   02 Januari 2012
Masa:      9.00 Pagi.

Difahamkan, para penyokong boleh turut serta untuk menyaksikan perasmian tersebut. Hebahan mengenainya juga boleh dibaca di laman-laman web/sosial dan akhbar serta boleh didengari di radio-radio terutama Perak FM.

Diharap para Penyokong Skor Yob Skor tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah ini dan boleh dikatakan sebagai tradisi Perak setiap tahun sebelum memulakan musim baru Liga Malaysia… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]