feed rss2

Archive for the 'TM Piala Malaysia 2010' Category

TM Piala Malaysia

Selasa 12 Oktober 2010

Keputusan Muktamad:

Negeri Sembilan 1 - 0 Perlis
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Terengganu 2 - 2 Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC 1 - 0 Pahang
Stadium JCORP, Pasir Gudang

Selangor 0 - 0 Kelantan
Stadium Shah Alam… Continue reading

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 0 - 1 Johor FC

Perak mengakhiri kempen TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C malam tadi apabila tumbang kepada pasukan Johor FC dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol minit ke 47 itu dijaringkan oleh Azizan Baba yang menyepak masuk bola hasil sepakan sudut.

Skuad seladang yang menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melakukan banyak serangan dan percubaan namun masih gagal mendapatkan gol. Kehadiran penonton agak membanggakan dan dianggarkan lebih 8000 orang menyaksikan perlawanan tersebut.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Kedah berjaya menewaskan ATM di Alor Setar dengan jaringan 4 - 0. Dengan kemenangan itu, Kedah layak ke peringkat suku akhir bertemu Terengganu manakala pasukan Johor FC yang menjadi juara kumpulan pula akan bertemu dengan pasukan Pahang yang dijadualkan… Continue reading

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perjuangan ‘hidup atau mati’ adalah gambaran sesuai untuk perlawanan terakhir dalam kumpulan C pada kempen TM Piala Malaysia 2010 yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Perak akan berhadapan dengan pasukan Johor FC di Stadium Perak malam esok.

Pertemuan pertama pada 20 September 2010 di Pasir Gudang, pasukan Perak tumbang dengan jaringan 2 - 0 kepada Johor FC. Khairul Ismail dan ketua pasukan mereka, Hamzani Ahmad mencatatkan nama sebagai penjaring gol pada malam tersebut.

Hanya kemenangan yang bakal memastikan anak buah Raja Azlan Shah untuk ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan manakala jika tewas atau seri maka perlawanan antara Kedah menentang ATM di Alor Setar bakal menjadi penentu kepada Perak.

Jurulatih Perak ketika dihubungi berkata, kemampuan Razali Umar untuk menghasilkan jaringan pada perlawanan Continue reading

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Oktober 2010
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 - 0 Kedah

Perak mencatatkan kemenangan tipis 1 gol tanpa balas di Ipoh malam tadi pada perlawanan kelima TM Piala Malaysia 2010 dalam kumpulan C. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang yang baru kembali ke dalam pasukan iaitu Razali Umar Kandasamy.

Tuan rumah bermula garang seawal 10 minit pertama permainan apabila kerap mengasak ke kubu Kedah namun tidak berhasil menjaringkan gol. Selepas itu penguasaan permainan lebih memihak kepada pasukan pelawat dihadapan kira-kira 2000 orang penonton di Ipoh.

Kedah turut mempunyai beberapa peluang yang sewajarnya mampu menghasilkan gol namun aksi menarik dari Megat Amir menyelamatkan gawang pasukan Perak dari dibolosi lawan. Tamat separuh masa pertama kedudukan masih terikat tanpa sebarang jaringan.

Separuh masa kedua, Megat Amir terus diuji oleh barisan serangan… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]