
Sabtu 2 Ogos 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8.45mlm.
Perlawanan terakhir bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia adalah bertemu pasukan My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perak sebelum ini telah mencatatkan kemenangan selesa 3 - 1 ketika bertemu pasukan My Team tempohari di Ipoh.
Perak yang telah mengumpul 18 mata setakat ini tidak perlu mencatatkan kemenangan mahupun keputusan seri kerana telah pun layak secara merit dengan jumlah mata tersebut.
Perak dijangka akan kehilangan khidmat Shahrulnizam Mustapa yang mengalami demam campak sejak beberapa hari lalu. Tempatnya bakal diganti oleh Razali Umar Kandasamy setelah gandingan penyerang Perak diterajui oleh Ahmad Fakri Saarani serta Carlos Caceres.
Khabarnya juga kelibat Khalid Jamlus akan turut kelihatan pada perlawanan tersebut sebagai pemain gantian setelah berehat agak lama di bangku simpanan kerana masalah kecederaan lutut yang

Hanya 2 perlawanan telah dilangsungkan semalam bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Dalam kumpulan B, Johor FC mendahului kumpulan tersebut dengan 20 mata setelah meraih kemenangan 3 - 2 ke atas PDRM di Stadium Jcor, Pasir Gudang.
Sementara itu dalam kumpulan C pula, My Team yang bertandang ke Stadium Darul Makmur mencatatkan kemenangan 3 - 2 menewaskan pasukan Pahang. Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke 20 melalui K. Rajan sebelum pantas dibalas oleh pasukan My Team pada minit ke 23 oleh Haris Safwan.
Kaironnisam Sahabuddin menyumbatkan gol kedua My Team dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Bunyamin Umar turut menyumbangkan gol ketiga pasukan pada minit ke 57 dan pada minit ke 89, Redouane Barkaoui sempat menjaringkan gol kedua Pahang sebelum pengadil…
Semalam pasukan Perak telah berjaya menewaskan pasukan My Team dengan keputusan 3 gol berbalas 1 untuk meletakkan kedudukan Perak berada di tangga kedua kumpulan C dengan 18 mata dan masih berbaki 1 perlawanan lagi.
Perlawanan terakhir itu berlangsung sekitar awal bulan Ogos nanti menentang My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Sebenarnya jika mengikut kiraan matematik skuad seladang sudah pun layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah memungut 18 mata ketika ini.
Format pemilihan 8 pasukan untuk ke peringkat suku akhir adalah berdasarkan kepada 2 pasukan terbaik setiap kumpulan (johan dan naib johan) serta 2 pasukan yang memungut mata terbanyak dari 3 pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan.
Carta terkini kedudukan Piala Malaysia sehingga 18 Julai 2008.

Secara…

Jumaat 18 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perak 3 - 1 My Team
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios -Chan Wing Hong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Carlos Caceres - Fakri Saarani
Gol pertama dijaringkan oleh pasukan pelawat My Team pada minit ke 10 melalui satu tendangan percuma dari luar kotak penalti. Pada minit ke 28, My Team bermain dengan 10 orang pemain apabila penyerang mereka Andres Sebastian Romano dilayangkan kad merah akibat kekasaran yang dilakukan.
Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 45 melalui Ahmad Fakri yang menyudahkan dengan baik hantaran dari K. Nanthakumar di dalam kotak penalti My Team. Perlawanan tamat separuh masa pertama.
Perlawanan separuh masa kedua telah bermula 15 minit dengan Perak mengasak bertalu-talu ke…

Jumaat 18 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perlawanan kesembilan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia ialah bertemu pasukan My Team di Stadium Perak. Skuad seladang sebelum ini telah mencatatkan kemenangan tipis 1 - 0 ketika bertemu pasukan Johor tempohari.
Perak yang telah mengumpul 15 mata setakat ini wajar meneruskan rentak kemenangan untuk memastikan peluang ke separuh akhir tidak terlepas. Setakat ini My Team masih mendahului kumpulan C dengan 18 mata diikuti oleh pasukan Perlis dengan 16 mata.
Untuk rekod tatapan bersama, pasukan Perak telah bertemu dengan My Team sebanyak 2 kali pada persaingan TM Liga Super yang lalu. Perlawanan pertama pada 21 November 2007 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pasukan Perak telah menang 1 gol tanpa balas.
Manakala pada perlawanan pusingan kedua Liga Super yang dilangsungkan pada 26 April…

Selasa 15 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perak 1 - 0 Johor
Separuh Masa Pertama
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios -Chan Wing Hong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Carlos Caceres - Fakri Saarani
Minit 5: Johor mendapat peluang menjaring dari jarak jauh.
Minit 10: Ahmad Shahrul mendapat peluang dari luar kotak penalti namun dapat diselamatkan oleh penjaga gol.
Minit 15: Mario Berrios membuat tendangan percuma terus kedakapan penjaga gol. Peluang sekali lagi bagi Ahmad Fakri namun rembatan dapat dihalang.
Minit 20: Serangan balas Perak, Gol oleh Carlos Caceres melepasi perangkap offside, hanya berdepan penjaga gol setelah di umpan oleh Ahmad Shahrul.
Minit 25: Ahmad Fakri mendapat peluang…