feed rss2

Archive for the 'TM Piala Malaysia 07/2008' Category

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Ogos 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan pusingan kedua peringkat suku akhir ini menyaksikan pasukan Perak akan menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh. Skuad Perak pada perlawanan sebelum ini telah tewas di Stadium Darulaman, Alor Setar dengan jaringan 3 - 0.

Kesemua gol tersebut dijaringkan oleh penyerang import mereka iaitu Marlon Alex James pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua pasukan Perak mampu untuk bertahan dengan baik sekaligus menafikan peluang pasukan Kedah menambah jaringan.

Ketika pasukan Kedah sudah membayangkan langkah mereka ke peringkat separuh akhir, skuad kendalian “si bebal” sudah tentu tidak akan berbuat apa-apa untuk mengubah sebarang formasi mahupun senarai pemain melainkan mereka cedera ataupun menerima kad.

Pendek kata skuad Perak adalah skuad yang paling mudah untuk diteka siapakah yang bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama. Penulis berkata…

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Ogos 2008
Stadium Darul Aman
8.45mlm.

Kedah 3 - 0 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Carlos Caceres - Fakri Saarani

Minit 5: Perak dan Kedah bermula dengan berbalas serangan.

Minit 10: Carlos Caceres mendapat peluang merembat tetapi melayang keluar.

Minit 15:  Keadaan tegang antara Marlon Alex James dan Khairi Zainuddin. Mereka diberi teguran oleh pengadil.

Minit 20: Beberapa keadaan cemas di pintu gol Perak namum berjaya dikawal. Hardi Jaafar mendapat tendangan percuma di luar kotak penalti terkena benteng disambung oleh Danial Fadzly tetapi melewati palang gol.

Minit 25: Kedah cuba menembusi pertahanan Perak namun berjaya dikawal. Nanthakumar dan Nelson San Martin mendapat kad

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Ogos 2008
Stadium Darul Aman
8.45mlm.

Perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia adalah bertemu juara bertahan musim lalu, Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Perak pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah tewas kepada pasukan Kedah dengan jaringan 3 - 0.

Agak kurang bernasib baik kali ini apabila pasukan Perak terpaksa pula bertemu dengan pasukan Kedah pada peringkat yang lebih awal iaitu peringkat suku akhir gara-gara “kebijaksanaan” FAM membuat undian yang cukup pelik lagi membingungkan.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan pertemuan ini adalah seperti jalan penamat kepada pasukan Perak dalam kempen Piala Malaysia musim 2007/2008. Rekod pertemuan pasukan Perak menentang pasukan Kedah adalah yang terburuk musim ini.

Buktinya pada saingan Liga Super 12

TM Piala Malaysia

Sabtu 2 Ogos 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8.45mlm.

My Team 2 - 1 Perak

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios -Chan Wing Hong

Razali Umar - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Carlos Caceres - Fakri Saarani

Gol pertama dijaringkan oleh pasukan Perak seawal minit pertama oleh Carlos Caceres hasil hantaran dari sebelah kiri oleh Hardi Jaafar. Carlos Caceres yang berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol lawan mudah menyumbat masuk gol tersebut.

Permainan menarik dengankedua-dua pasukan berbalas serangan namun pada minit ke 38, Azamuddin Akil menjaringkan gol penyamaan buat pasukan My Team apabila mudah menewaskan Hamsani Ahmad yang berseorangan setelah benteng Perak agak leka.

Dua minit sebelum rehat separuh masa pertama berpunca dari sepakan sudut, Zamri Chin berjaya menjaringkan gol kedua

TM Piala Malaysia

Sabtu 2 Ogos 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8.45mlm.

Perlawanan terakhir bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia adalah bertemu pasukan My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perak sebelum ini telah mencatatkan kemenangan selesa 3 - 1 ketika bertemu pasukan My Team tempohari di Ipoh.

Perak yang telah mengumpul 18 mata setakat ini tidak perlu mencatatkan kemenangan mahupun keputusan seri kerana telah pun layak secara merit dengan jumlah mata tersebut.

Perak dijangka akan kehilangan khidmat Shahrulnizam Mustapa yang mengalami demam campak sejak beberapa hari lalu. Tempatnya bakal diganti oleh Razali Umar Kandasamy setelah gandingan penyerang Perak diterajui oleh Ahmad Fakri Saarani serta Carlos Caceres.

Khabarnya juga kelibat Khalid Jamlus akan turut kelihatan pada perlawanan tersebut sebagai pemain gantian setelah berehat agak lama di bangku simpanan kerana masalah kecederaan lutut yang

TM Piala Malaysia

Hanya 2 perlawanan telah dilangsungkan semalam bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Dalam kumpulan B, Johor FC mendahului kumpulan tersebut dengan 20 mata setelah meraih kemenangan 3 - 2 ke atas PDRM di Stadium Jcor, Pasir Gudang.

Sementara itu dalam kumpulan C pula, My Team yang bertandang ke Stadium Darul Makmur mencatatkan kemenangan 3 - 2 menewaskan pasukan Pahang. Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke 20 melalui K. Rajan sebelum pantas dibalas oleh pasukan My Team pada minit ke 23 oleh Haris Safwan.

Kaironnisam Sahabuddin menyumbatkan gol kedua My Team dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Bunyamin Umar turut menyumbangkan gol ketiga pasukan pada minit ke 57 dan pada minit ke 89, Redouane Barkaoui sempat menjaringkan gol kedua Pahang sebelum pengadil…

Semalam pasukan Perak telah berjaya menewaskan pasukan My Team dengan keputusan 3 gol berbalas 1 untuk meletakkan kedudukan Perak berada di tangga kedua kumpulan C dengan 18 mata dan masih berbaki 1 perlawanan lagi.

Perlawanan terakhir itu berlangsung sekitar awal bulan Ogos nanti menentang My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Sebenarnya jika mengikut kiraan matematik skuad seladang sudah pun layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah memungut 18 mata ketika ini.

Format pemilihan 8 pasukan untuk ke peringkat suku akhir adalah berdasarkan kepada 2 pasukan terbaik setiap kumpulan (johan dan naib johan) serta 2 pasukan yang memungut mata terbanyak dari 3 pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan.

Carta terkini kedudukan Piala Malaysia sehingga 18 Julai 2008.

Piala Malaysia 18 Julai

Secara…

TM Piala Malaysia

Jumaat 18 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perak 3 - 1 My Team

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios -Chan Wing Hong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Carlos Caceres - Fakri Saarani

Gol pertama dijaringkan oleh pasukan pelawat My Team pada minit ke 10 melalui satu tendangan percuma dari luar kotak penalti. Pada minit ke 28, My Team bermain dengan 10 orang pemain apabila penyerang mereka Andres Sebastian Romano dilayangkan kad merah akibat kekasaran yang dilakukan.

Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 45 melalui Ahmad Fakri yang menyudahkan dengan baik hantaran dari K. Nanthakumar di dalam kotak penalti My Team. Perlawanan tamat separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa kedua telah bermula 15 minit dengan Perak mengasak bertalu-talu ke…

« Prev - Next »

[Valid CCL]