
Sabtu 23 Ogos 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam
Kedah 3 - 2 Selangor
Kedah menepati ramalan awal apabila menjulang piala ketiga mereka musim ini apabila menewaskan pasukan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 3 - 2 pada kempen Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi.
Namun begitu mereka dikejutkan seawal minit ke 18 apabila Frank Seator mudah menyepak masuk bola yang muntah dari dakapan Helmi Eliza setelah tendangan percuma yang diambil oleh Indra Putra gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah itu
Penguasaan Selangor tidak bertahan lama apabila pada minit ke 31, Marlon Alex James berjaya meloloskan diri dari pertahanan Selangor untuk merembat bola melepasi penjaga gol Selangor, Suffian Rahman setelah menerima hantaran cantik dari Nelson San Martin.
Seminit kemudian, Nelson San Martin pula menyumbangkan gol kedua…

Sabtu 23 Ogos 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam
Esok akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara juara bertahan Kedah menentang juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8:45 malam. Kedah yang sebelum ini telah menggondol dua piala iaitu Liga Super dan Piala FA pastinya mahu mengekalkan pencapaian musim lalu menggapai 3 kejuaraan semusim.
Pasukan Selangor pula sudah tentu inginkan kemenangan ini untuk menambah jumlah kejuaraan mereka sebanyak 33 kali. Namun jika berdasarkan kepada beberapa rekod pertemuan yang lalu, peluang Selangor untuk menewaskan Kedah cukup tipis sekali.
7 perlawanan terakhir yang dilalui kedua-dua pasukan berdasarkan rekod di seladang.net:
Liga Super 06/2007
14 Feb 2007
Selangor 0 - 2 Kedah
Liga Super 06/2007
2 Jun 2007
Kedah 2 - 1 Selangor
Piala FA 06/2007
16 Jun 2007
Kedah 2 - 0 Selangor
Piala FA 06/2007
23 Jun…

Ahad 17 Ogos 2008
Terengganu (0) 2 vs 0 (3) Kedah
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 07/2008 walaupun tewas 2 gol tanpa balas kepada pasukan tuan rumah Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Terengganu membuka tirai jaringan pada minit ke 6 melalui Ashari Shamsuddin sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke 42 untuk menjadikan kedudukan Terengganu mendahului Kedah 2 - 0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk menambah jaringan dan apabila perlawanan tamat, pasukan Kedah layak ke perlawanan akhir bertemu Selangor berdasarkan keputusan aggregat 3 - 2…

Sabtu 16 Ogos 2008
Johor FC (0) 1 vs 0 (2) Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Johor FC gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 07/2008 apabila sekadar mencatatkan kemenangan 1 gol tanpa balas menewaskan Selangor pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Jcorp, Pasir Gudang sebentar tadi.
Johor FC membuka jaringan pada minit ke 37 melalui Walter Silva yang menyambut tandukan Gustavo Fuentes setelah menerima hantaran lintang dari Eddy Helmi Manan untuk Johor FC mendahului pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua permainan menjadi semakin rancak dengan banyak serangan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan namun beberapa peluang terbaik gagal disempunakan oleh barisan serangan hinggalah wisel penamat dibunyikan.
Dengan keputusan ini Selangor layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia berdasarkan kelebihan aggregat 2 - 1 untuk bertemu pemenang antara pasukan Kedah dan Terengganu…

Dua perlawanan peringkat separuh akhir kedua TM Piala Malaysia akan dilangsungkan secara berasingan malam esok dengan Selangor akan berkunjung ke Pasir Gudang menentang Johor FC pada hari Sabtu 16 Ogos 2008.
Selangor pada perlawanan pertama yang lalu telah berjaya menewaskan Johor FC dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Namun menentang pasukan Johor FC digelanggang mereka bukanlah satu tugas yang mudah.
Sementara itu juara bertahan, Kedah yang menewaskan Terengganu 3 - 0 pada perlawanan pertama di Stadium Darul Aman akan berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bertemu Terengganu.
Walaupun seperti sudah sebelah kaki ke final, mereka harus berhati-hati dengan kemampuan Terengganu membuat kejutan. Perlawanan ini dijangka akan dilangsungkan pada hari Ahad 17 Ogos 2008.
Sabtu 16 Ogos 2008
Johor FC (0) vs (2) Selangor
Stadium Jcorp…

Dua perlawanan peringkat separuh akhir pertama TM Piala Malaysia telah berakhir malam tadi dengan juara bertahan Kedah menewaskan Terengganu 3 -0 di Stadium Darul Aman manakala Selangor pula menumbangkan Johor FC 2 - 0 di Stadium Shah Alam.
Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke 25 dan Marlon Alex James pada minit ke 40. Gol terakhir disumbangkan oleh Khyril Muhymeen pada minit ke 77 untuk memastikan Kedah selesa sebelum bertandang ke tempat lawan Ahad ini.
Selangor turut menepati ramalan awal apabila Safee Sali memastikan Selangor mendahului pelawat pada minit ke 18 dan R. Surendren meledakkan gol kedua pasukan pada penghujung masa tambahan separuh masa kedua sebelum wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan timbal balik kedua antara pasukan Johor FC menentang Selangor akan dilangsungkan pada…

Dua perlawanan peringkat separuh akhir pertama TM Piala Malaysia akan dilangsungkan malam ini dengan juara bertahan Kedah menanti kunjungan Terengganu di Stadium Darul Aman manakala Selangor pula berhadapan dengan Johor FC di Stadium Shah Alam.
Selangor vs Johor FC
Stadium Shah Alam, Selangor
Kedah vs Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 8:45 malam…

Sabtu 9 Ogos 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perak 0 - 2 Kedah
Separuh Masa Pertama -
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Carlos Caceres - Fakri Saarani
Minit 6: Cubaan oleh Hardi Jaafar dari jarak 35 meter hasil hantaran K.Nanthakumar terus ke dakapan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza.
Minit 11: Danial Fadzly mendapat peluang menjaringkan gol tetapi berjaya dikekang oleh pertahanan Kedah.
Minit 19: Permainan lebih banyak berlegar di tengah padang dengan kedua-dua pasukan bermain dalam tempo berhati-hati.
Minit 25: Hardi Jaafar mendapat kad kuning setelah menjatuhkan pemain Kedah.
Minit 29: Gol pertama oleh Kedah dijaringkan Fadzly Baharom setelah berlaku pergelutan dan kelam kabut di depan pintu gol Perak.
Minit 35: Pasukan Kedah…