Posted in TM Piala Malaysia 06/2007 on May 25th, 2007 Comments Off

26hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Perlawanan terakhir bagi kumpulan C ini menyaksikan pertembungan dua pasukan di mana Skuad Kedah sudah pun layak kepusingan seterusnya manakala Skuad Perak perlu untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.
Penulis sebenarnya tidak terlalu risau dengan perlawanan ini kerana sekalipun Skuad Seladang tumpas pada perlawanan ini, pasukan Skor Yob Skor masih berpeluang untuk layak kepusingan seterusnya berdasarkan slot tempat ketiga terbaik kumpulan.
Sila rujuk semula artikel “Piala Malaysia - Menyusur Strategi”
Berdasarkan keadaan ini ada kemungkinan bahawa Skuad Kedah akan merehatkan beberapa pemain utama mereka yang bakal beraksi untuk saingan Piala Malaysia kerana keadaan jadual mereka yang agak padat untuk seminggu ini.
Selepas perlawanan dengan Skuad Seladang esok, Skuad Kedah akan melayan kunjungan UPB-MyTeam pada 29hb Mei untuk kempen Piala FA dan Skuad Selangor pada 2hb Jun

05 May 2007
Stadium Negeri Kuching
Keputusan penuh:
Full result
Sarawak 2 - 2 Perak
Robert Eshun m17 - Traore Abdoulaye m88
Robert Eshun m86 - Keita Mandjou m90
Dua jaringan pada lewat babak kedua menyelamatkan pasukan Perak dari tewas mengejut dengan pasukan Sarawak dalam kempen Piala Malaysia. Strategi pasukan Sarawak yang bermain secara bertahan sambil membuat serangan balas menerusi pemain berbisa mereka Robert Eshun ternyata berhasil membuahkan 2 gol.
Sewaktu permainan tinggal beberapa minit lagi pasukan Perak berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam masa 2 minit hasil dari kelekaan pemain Sarawak. Ini telah membuatkan rasa tidak puashati di kalangan penonton Sarawak sehingga berlaku sedikit insiden kekecohan di mana penyokong yang tidak berpuas hati telah membaling pelbagai objek kearah pemain Perak yang sedang masuk ke bilik persalinan.
sumber dari rakan di Kuching.
Perlawanan Akan Datang:
Next
Posted in TM Piala Malaysia 06/2007 on April 29th, 2007 Comments Off

28hb April 2007
Stadium Darul Makmur
Keputusan penuh:
Full result:
Pahang 2 - 2 Perak
Jalaluddin Jaafar (m-4) - Ahmad Shahrul Azhar (m-18)
Hairuddin Omar (m-43) - Yusri Che Lah (m-83)
Perlawanan Akan Datang:
Next Game:
5/5/2007
Sarawak Vs Perak
8:15:00 PM
Stadium Sarawak
Kuching
26/5/2007
Perak Vs Kedah
8:45:00 PM
Stadium Perak
Ipoh
Posted in TM Piala Malaysia 06/2007 on April 21st, 2007 Comments Off

Stadium Ipoh, Ipoh
Di Stadium Perak, Keita Mandjou mengemudi kemenangan bergaya Perak menewaskan Polis 3-1 sekali gus menduduki tangga kedua di belakang Kedah selaku pendahulu.
Tuan rumah membuka jaringan awal menerusi tandukan Keita Mandjou pada minit ke-35 tetapi Polis berjaya mengikat kedudukan 1-1 sepakan lambung Amir Shahrin Mubin empat minit selepas itu.
Kesilapan pemain Polis, Gasili Pengalot menjatuhkan Mandjou di kawasan penalti pelawat membawa padah apabila Perak dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-57 dan disempurnakan oleh Mandjou.
Perak menambah gol ketiga menerusi Shahrul Nizam Mustafa minit ke-79