
TM Piala Malaysia FINAL
Sabtu 8 Sept 2007
Perak Vs Kedah
Stadium Nasional Bukit Jalil,
8.45 PM
Keputusan Penuh:
Perak 0 - 3 Kedah
Kedah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik di dalam TM Liga Malaysia apabila berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 3 gol tanpa balas pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia malam tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Khyril Muhymeen membuka tirai jaringan pada minit ke 25 setelah menerima hantaran dari Marlon Alex James dan memperdayakan Azlan Zainal sebelum merembat masuk gol pertama Kedah.
Seminit selepas itu, Marlon Alex James pula merembat masuk gol kedua pasukan Kedah dari luar kotak penalti setelah menerima hantaran pendek dari Hasmawi Hassan untuk menceriakan ribuan penyokong pasukan hijau kuning yang hadir pada malam itu.
Pada minit ke 29, Khalid Jamlus terpaksa dikeluarkan

04hb Sept 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perak 2 - 1 Sabah
Aggregat Penuh:
Perak 3 - 2 Sabah
Perlawanan pusingan kedua separuh akhir TM Liga Malaysia yang menemukan pasukan Perak dan Sabah akan dilaporkan oleh koresponden bertugas dari masa kesemasa hanya di seladang.net bermula pada pukul 8.45 malam untuk info peminat yang tidak berpeluang ke Stadium Ipoh hari ini.
Lineup Perak:
Nasril Nourdin
Azlan Zainal - V. Kukoc - Chan Wing Hoong
Shahrul Nizam Mustapa - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Yusri Che Lah (Fakri Shaarani) - Danial Fadzly
Khalid Jamlus (Wong Sai Kong) - Kieta Mandjou (R. Surendran)
——————————————————————————————
Keadaan padang agak basah dan skuad seladang ketika ini masih lagi menguasai permainan dengan serangan yang bertali arus. - minit ke 10
Gol pertama dari Khalid Jamlus pada minit ke 11 perlawanan hasil hantaran Yusri Che Lah.
Satu

15hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perak 5 - 1 Perlis
Aggregat Penuh:
Perak 5 - 3 Perlis
Perlis akhirnya akur dengan kehebatan pasukan seladang apabila mereka telah dibenam dengan jaringan yang besar di Stadium Ipoh dengan keputusan 5 gol berbalas 1. Ini menjadikan aggregat penuh perlawanan ialah 5 gol berbalas 3.
Gol pertama Perak tiba pada minit ke - 26 dari Ahmad Shahrul Azhar hasil umpanan Kieta Mandjou, dan sebelum itu Perak dan Perlis terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Khairi Zainuddin dan Zacharia Simukonda dilayangkan kad merah pada minit ke - 14 kerana bergaduh sesama mereka.
Khalid Jamlus menjaringkan gol kedua pasukan Perak pada minit ke - 52 separuh masa kedua hasil hantaran cantik dari Danial Fazly. Perak mendapat penalti pada minit ke - 58 setelah salah seorang pemain

15hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Perlawanan pusingan kedua TM Piala Malaysia kali ini akan berlangsung di Stadium Ipoh, Perak dimana peluang terakhir untuk pasukan seladang melayakkan diri kepusingan seterusnya setelah tewas ditempat lawan dengan jaringan dua gol tanpa balas.
Perak tidak boleh lagi melepaskan sebarang gol ketika ini kerana perubahan undang-undang baru dari FAM yang mensyaratkan gol ditempat lawan sebagai pemutus kemenangan tatkala keputusan berakhir dengan seri untuk 90 minit permainan.
Perak perlu untuk sekurang-kurangnya menjaringkan 3 gol tanpa dibolosi untuk terus melangkah keperingkat separuh akhir. Dengan Perlis selesa di depan bersama kelebihan 2 gol di tempat sendiri, mereka pasti akan mengamalkan strategi bertahan sambil membuat serangan balas.
Apa yang penulis bimbangkan ialah bagaimana strategi Steve Darby dalam menghadapi lawan seperti Perlis yang terbukti mempunyai 2 penyerang import yang cukup
Posted in TM Piala Malaysia 06/2007 on August 8th, 2007 Comments Off

08hb Ogos 2007
Stadium Utama Kangar,
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perlis 2 - 0 Perak
Perak memulakan langkah sumbang di dalam kempen TM Piala Malaysia apabila tewas kepada Perlis dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Gol pertama Perlis tiba seawal minit ke 2 melalui Philimon Chipeta dan gol kedua mereka pula disumbangkan oleh Zacharia Simokunda pada minit ke 20.
Ketiadaan dua penjaga gol utama Perak iaitu Nasril Nourdin yang bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan serta Hamsani Ahmad yang masih tercedera menyebabkan Perak terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga mereka iaitu Kamarul Effandy.
Turut tidak berada di dalam senarai kesebelasan utama Perak ialah pemain import tengah iaitu Abdoulaye Traore. Perlis pula diperkuatkan oleh pemain yang dipinjam dari Kuala Muda Naza iaitu Manzoor Azwira untuk kempen TM Piala Malaysia.
Separuh masa pertama memperlihatkan Perlis lebih

Perlis Vs Perak
Stadium Utama Negeri, Kangar
8.45mlm
Setelah menamatkan persaingan TM Liga Super ditempat kedua, Perak sekali lagi berhadapan dengan tugas getir berkunjung ke Stadium Utama untuk menentang pasukan Perlis dalam kempen TM Piala Malaysia pula.
Perlawanan secara timbal balik kalah mati ini menyaksikan kualiti sebenar jurulatih untuk merencanakan strategi menghadapi lawan masing-masing. Steve Darby perlu merencanakan sesuatu terhadap apa jua kemungkinan yang cuba diterapkan oleh jurulatih Perlis, Abdul Rahman Ibrahim bagi menghadapi Perak esok.
Walaupun dua perlawanan awal didalam persaingan TM Liga Super ini dimenangi oleh Perak namun ianya tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dengan kelibat pasukan Perlis yang begitu mantap sejak akhir-akhir apabila membelasah lawan - lawan mereka dengan jaringan yang besar.
Perlawanan pertama Perak bertemu Perlis adalah ditempat sendiri pada 7 Mac 2007 dengan Mohd Khalid
Posted in TM Piala Malaysia 06/2007 on June 26th, 2007 Comments Off

Saya tidak berapa pasti sama ada jadual yang ditetapkan oleh pihak FAM seperti yang tertera dalam laman webnya adalah muktamad. Cuba kita perhatikan petikan jadual tersebut seperti berikut:

Untuk makluman bersama, 8 Ogos 2007 jatuh pada hari Rabu, 9 Ogos 2007 pula pada hari Khamis dan akhir sekali 15 Ogos 2007 (pusingan kedua suku akhir) ialah pada Rabu.
Jika butiran jadual di atas adalah kekal, maka agak malang kerana perlawanan sepenting itu diadakan di pertengahan minggu dan bukannya pada hari cuti hujung minggu. Bermakna ia dijangka akan gagal menarik ramai peminat berkunjung ke stadium. Hanya mereka yang berada di kawasan sekitar sahaja yang akan berkunjung.
Saya juga tidak berapa pasti kenapa FAM menjadualkannya sedemikian rupa. Kenapa tidak diadakan pada hari Sabtu
Posted in TM Piala Malaysia 06/2007 on May 28th, 2007 Comments Off

26hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perak 2 - 1 Kedah
Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 agak sedikit hambar dimana skuad Kedah hanya menurunkan barisan simpanan mereka dan merehatkan beberapa tonggak utama.
Banyak serangan dilakukan oleh pasukan Perak pada malam itu namun kelihatan skuad Kedah lebih minat bertahan dan ini menyukarkan barisan hadapan Perak mencipta jaringan.
2 gol Perak disumbangkan oleh Traore Abdoulaye pada minit ke 60 serta Keita Mandjou pada minit ke 79. Gol tunggal Kedah pula diperolehi daripada sepakan penalti pada minit ke 88 oleh Mohd Bunyamin Omar.
Kekalahan pasukan Kedah tidak menjejaskan tempat mereka selaku pendahulu kumpulan C, manakala Perak pula dapat mempertahankan tempat kedua disertai oleh Sabah di tangga ketiga.
Melalui susunan undian awal yang telah dibuat oleh FAM, Perak akan bertemu dengan pasukan Perlis