feed rss2

Archive for the 'TM Piala FA 2010' Category

TM Piala FA

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlis 0 - 0 Perak

Skuad Perak berjaya mengikat pasukan tuan rumah Perlis dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan pada perlawanan timbal balik pertama TM Piala FA 2010 di Stadium Utama Negeri, Kangar yang disaksikan hampir kira-kira 2 ribu orang penonton.

Perak memulakan permainan pada separuh masa pertama tanpa penyerang harapan, Razali Umar yang disahkan kurang cergas kerana mengalami kecederaan lutut sewaktu menentang pasukan Johor FC dalam saingan liga super di Ipoh tempohari.

Dengan harapan pada barisan serangan disandarkan kepada Saufi Sa’aidi dan juga Shahrizal Saad, skuad seladang beraksi cukup baik untuk berbalas serangan sambil beberapa percubaan bahaya dari pasukan Perlis turut berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak.

Selepas tamat separuh masa pertama, pasukan Perlis mulai menguasai permainan pada babak kedua dengan melakukan banyak Continue reading

TM Piala FA

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Tirai saingan TM Piala FA musim 2010 akan bermula esok dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama saingan kali ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima baru-baru ini, pasukan Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang turut mara ke pusingan kedua setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).

Prestasi pasukan Perak musim lalu agak baik apabila mampu sampai ke pusingan suku akhir namun tewas kepada Selangor dengan aggregat 4 - 1. Pada perlawanan pertama, Perak tewas 1 - 2 di Ipoh sebelum tewas 2 - 0 ketika di Continue reading

« Prev

UA-2755250-1[Valid CCL]