Posted in TM Piala FA 2010 on February 16th, 2010 10 Comments »

Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM
T-Team 1 - 1 Perak
Pasukan Perak berjaya mengikat tuan rumah T-Team dengan keputusan 1 - 1 pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua TM Piala FA 2010 malam tadi. Perak memulakan permainan dengan berhati-hati dan sedikit perlahan.
Skuad seladang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 73 melalui pemain gantian, Azmeer Yusuf yang mudah menolak masuk bola muntah hasil sepakan percuma dari Shafuan Adli yang gagal ditangkap kemas oleh Syamsuri Mustafa.
Namun kegembiraan pemain Perak tidak kekal lama apabila penyerang T-Team, Haris Safwan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 79 hasil hantaran Azrul Hazran berpunca dari barisan pertahanan Perak yang agak longgar.
Selepas gol tersebut keadaan permainan menjadi lebih rancak dan pasukan tuan rumah lebih kerap membuat serangan ke… Continue reading
Posted in TM Piala FA 2010 on February 15th, 2010 No Comments »

Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM
Kempen TM Piala FA 2010 memasuki pusingan kedua dengan sejumlah 8 lagi perlawanan dilangsungkan malam esok antara lain melibatkan pasukan Perak yang bertandang ke Kuala Terengganu menentang pasukan T-Team pada perlawanan timbal balik pertama.
Perak pada perlawanan sebelum ini berjaya menewaskan Perlis dengan keputusan 2 - 1 di Stadium Perak setelah mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar manakala pasukan T-Team menang 4 - 0 secara aggregat ke atas Shahzan Muda dari Pahang.
Kemenangan bertemu Perlis tempohari tidak seindah yang disangka apabila skuad seladang kehilangan 3 orang pemain kerana memungut kad kuning kedua dan 4 orang lagi pemain turut tidak dapat dibawa ke Kuala Terengganu kerana pelbagai masalah.
3 pemain yang digantung perlawanan ialah ketua pasukan, K. Nanthakumar, Nazri Kamal dan… Continue reading
Posted in TM Piala FA 2010 on February 6th, 2010 18 Comments »

Sabtu 6 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 2 - 1 Perlis
Perak berjaya melangkahkan kaki ke pusingan kedua TM Piala FA 2010 apabila menewaskan pasukan Perlis dengan keputusan 2 - 1 pada perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri yang dicemari beberapa insiden pergaduhan dan layangan kad merah.
Tuan rumah memulakan permainan separuh masa pertama tanpa penjaga gol Khairul Izwan yang tercedera dan tempatnya digantikan oleh Megat Amir. Keadaan padang agak becak kerana hujan lebat turun pada sebelah petangnya di sekitar Ipoh.
Penonton dianggarkan sekitar 2000 orang dan gol pertama Perak hadir pada minit ke 6 melalui Saufi Sa’aidi yang bijak memperdayakan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang melakukan kesilapan sewaktu cuba menendang bola di luar kotak penalti pasukan Perlis.
Selepas gol tersebut Perak semakin meningkatkan serangan dan hasilnya pada Continue reading
Posted in TM Piala FA 2010 on February 4th, 2010 5 Comments »

Sabtu 6 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Selepas berjaya mengikat pasukan Perlis tanpa sebarang jaringan di Kangar selasa lalu, kini giliran pasukan Perak pula menyambut kedatangan skuad Singa Utara tersebut untuk perlawanan timbal balik kedua TM Piala FA musim 2010 di Stadium Perak sabtu ini.
Namun pertemuan kali ketiga untuk tahun ini mungkin berbeza berbanding ketika Perak tewas kepada pasukan yang sama sewaktu kempen Liga Super yang lalu dan ketika mencatatkan keputusan seri di Kangar bagi saingan Piala FA baru-baru ini.
Perbezaan yang paling nyata ialah Perak mungkin bakal kehilangan khidmat penjaga gol utama buat masa ini iaitu Khairul Izwan yang mengalami kecederaan yang agak serius sewaktu perlawanan menentang Perlis tempohari selepas berlaga dengan pemain lawan.
Penyerang harapan iaitu Razali Umar Continue reading