feed rss2

Archive for the 'TM Piala FA 2010' Category

TM Piala FA

Sabtu 20 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak (1) 0 - 2 (1) T-Team

Skuad Perak menutup tirai perjuangan dalam saingan TM Piala FA 2010 malam tadi apabila tewas kepada pasukan kelab dari Terengganu, T-Team dengan jaringan 0 - 2. Secara keseluruhan pasukan T-Team layak ke peringkat suku akhir dengan aggregat 3 - 1.

Pasukan tuan rumah dikejutkan seawal minit ke 8 melalui jaringan Ismail Faruqi untuk pasukan pelawat mendahului. Permainan pada babak pertama agak seimbang untuk kedua-dua pasukan yang berbalas serangan namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.

Bermula pada babak kedua, pasukan Perak mulai mengasak hebat ke kubu pasukan pelawat dan kemasukkan Razali Umar pada minit ke 53 permainan menggantikan Saufi Sa’aidi sememangnya memberikan lebih impak kepada barisan serangan Perak.

Namun hampir 2 ribu penyokong Perak dikejutkan dengan jaringan kedua pasukan Continue reading

TM Piala FA

Sabtu 20 Februari 2010
Stadium Perak
8:45PM

Pasukan Perak yang mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ketika bertandang ke Kuala Terengganu menentang T-Team tempohari akan menanti kunjungan skuad kendalian Che Ku Marzuki pada perlawanan timbal balik kedua TM Piala FA 2010 di Stadium Perak, Ipoh.

Secara matematik skuad bimbingan Raja Azlan Shah ini hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir kerana jumlah jaringan di tempat lawan akan menjadi penentu berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh F.A.M.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi oleh wakil SDN mempunyai visi yang tersendiri dengan kehadiran semula 3 pemain yang digantung perlawanan sebelum ini kerana memungut 2 kad kuning iaitu ketua pasukan, K. Nanthakumar, Nazri Kamal dan Hafiz Abdul Rahman.

Razali Umar dan Saufi Sa’aid turut dijangka dapat beraksi pada perlawanan kali… Continue reading

TM Piala FA

TM Piala FA musim 2010 telah bermula pada 2 Februari yang lalu dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama.

Belum pun perlawanan bermula, satu lagi pasukan mara ke pusingan kedua secara automatik iaitu Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).

Hanya 16 pasukan berentap pada pusingan kedua ini untuk merebut 8 lagi slot ke pusingan suku akhir yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 20 Mac 2010 nanti.

TM Piala FA | Pusingan Kedua

TM Piala FA

Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

T-Team 1 - 1 Perak

Pasukan Perak berjaya mengikat tuan rumah T-Team dengan keputusan 1 - 1 pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua TM Piala FA 2010 malam tadi. Perak memulakan permainan dengan berhati-hati dan sedikit perlahan.

Skuad seladang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 73 melalui pemain gantian, Azmeer Yusuf yang mudah menolak masuk bola muntah hasil sepakan percuma dari Shafuan Adli yang gagal ditangkap kemas oleh Syamsuri Mustafa.

Namun kegembiraan pemain Perak tidak kekal lama apabila penyerang T-Team, Haris Safwan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 79 hasil hantaran Azrul Hazran berpunca dari barisan pertahanan Perak yang agak longgar.

Selepas gol tersebut keadaan permainan menjadi lebih rancak dan pasukan tuan rumah lebih kerap membuat serangan ke… Continue reading

TM Piala FA

Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Kempen TM Piala FA 2010 memasuki pusingan kedua dengan sejumlah 8 lagi perlawanan dilangsungkan malam esok antara lain melibatkan pasukan Perak yang bertandang ke Kuala Terengganu menentang pasukan T-Team pada perlawanan timbal balik pertama.

Perak pada perlawanan sebelum ini berjaya menewaskan Perlis dengan keputusan 2 - 1 di Stadium Perak setelah mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar manakala pasukan T-Team menang 4 - 0 secara aggregat ke atas Shahzan Muda dari Pahang.

Kemenangan bertemu Perlis tempohari tidak seindah yang disangka apabila skuad seladang kehilangan 3 orang pemain kerana memungut kad kuning kedua dan 4 orang lagi pemain turut tidak dapat dibawa ke Kuala Terengganu kerana pelbagai masalah.

3 pemain yang digantung perlawanan ialah ketua pasukan, K. Nanthakumar, Nazri Kamal dan… Continue reading

« Prev - Next »

[Valid CCL]