feed rss2

Archive for the 'TM Piala FA 07/2008' Category

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 pusingan 2 timbal balik kedua akan dilangsungkan dengan 8 lagi perlawanan. Pertemuan pusingan kali ini memperlihatkan 2 pasukan yang hampir pasti ke peringkat suku akhir iaitu juara bertahan musim 06/2007, Kedah dan pasukan kelab dari liga premier, Felda United FC setelah menang selesa pada perlawanan pertama dahulu.

Pasukan Kedah telah menundukkan Sarawak di gelanggang sendiri dengan keputusan 3 gol tanpa balas manakala Felda United FC pula membenam cabaran skuad wargakota Kuala Lumpur dengan jaringan 5-2.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan

N.Sembilan (0) vs (1) Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Felda United FC (5) vs (2) Kuala Lumpur
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Melaka (2) vs (3) Proton FC
Stadium Hang Tuah, Melaka

Sarawak (0) vs (3) Kedah
Stadium Sarawak, Kuching

Plus FC (0)

TM Piala FA
Khamis 27 Mac 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan TM Piala FA musim 2007/2008 pusingan 2 timbal balik kedua sememangnya dinantikan oleh para peminat pasukan seladang apabila kita akan bertemu semula dengan pasukan penuh bersejarah iaitu Selangor.

Pada perlawanan lalu di Stadium Perak, Selangor yang berjaya mendahului dengan jaringan 4 gol berbalas 1, tiba-tiba dikejutkan oleh “amukan” Razali Umar yang meledakkan 3 gol dalam tempoh 6 minit sekaligus memaksa keputusan seri dicatatkan ketika itu.

Derita kekalahan besar 5-1 kepada pasukan Kedah dalam kempen TM Liga Super sebelum ini seharusnya dilupakan dan hanya kejayaan pada perlawanan ini yang akan memberikan keyakinan semula kepada para penyokong skuad seladang.

Berdasarkan rekod-rekod lalu, perlawanan yang menyaksikan pasukan Perak beraksi di Stadium Shah Alam tidaklah menghampakan. Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 69 ribu penonton ini

TM Piala FA

Perlawanan tunggal malam ini untuk TM Piala FA 2007/2008 ialah pertemuan antara Pulau Pinang menentang Kuala Muda di Stadium Bandaraya Pulau Pinang yang berkesudahan Pulau Pinang berjaya menewaskan Kuala Muda dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol tersebut telah dijaringkan oleh Rosli Azizan pada minit ke-20 dan seterusnya menjadi bekalan berharga ketika bertandang ke tempat lawan nanti.

Keputusan TM Piala FA 07/2008 pada 21 Mac dan 23 Mac 2008:

Kedah 3 - 0 Sarawak
Pahang 0 - 0 Plus FC
Perak 4 - 4 Selangor
PDRM 2 - 1 Sabah
Proton FC 3 - 2 Melaka
Terengganu 1 - 0 N.Sembilan
K. Lumpur 2 - 5 Felda United FC
P.Pinang 1 - 0 Kuala Muda

TM Piala FA

Perlawanan tunggal malam esok untuk TM Piala FA 2007/2008 ialah pertemuan antara Pulau Pinang menentang Kuala Muda di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada pukul 8:45 malam. Perlawanan ini akan mencukupkan bilangan 16 pasukan yang bakal menghadapi perlawanan pusingan kedua timbal balik kedua pada hari Khamis 27 Mac 2008.

Keputusan TM Piala FA 07/2008 pada 21 Mac 2008:

Kedah 3 - 0 Sarawak
Pahang 0 - 0 Plus FC
Perak 4 - 4 Selangor
PDRM 2 - 1 Sabah
Proton FC 3 - 2 Melaka
Terengganu 1 - 0 N.Sembilan
K. Lumpur 2 - 5 Felda United FC

TM Piala FA
Jumaat 21 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 4 - 4 Selangor

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Jorge Munoz

Danial Fadzly - Hardi Jaafar - Ahmad Shahrul - Nor Hazrul

Khalid Jamlus - Razali Umar

Separuh Masa Pertama

Minit 5: Permainan bermula dengan Selangor cuba mengasak awal melalui Safee Sali namun tidak berjaya. Perak mulai menggempur kubu Selangor melalui Khalid Jamlus namun telah pun offside.

Minit 10: Satu hantaran cantik dari Hardi Jaafar kepada Khalid Jamlus sia-sia apabila Khalid Jamlus gagal membaca hantaran itu dengan baik.

Minit 12: Safee Sali menjaringkan gol pertama hasil hantaran Elie Aiboy.

Minit 15: Elie Aiboy menjadi duri dalam daging pasukan Perak apabila larian pantas beliau kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Perak.

Minit 20: Selangor dilihat cuba

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 akan berlangsung malam esok dengan 7 lagi pertemuan. Pertemuan pusingan kedua timbal balik pertama ini menyaksikan 2 perlawanan yang dijangka cukup sengit iaitu Perak bakal menentang Selangor manakala Terengganu berhadapan pasukan Negeri Sembilan.

Turut dijalankan serentak pada malam esok ialah perlawanan tunggal TM Liga Premier antara pasukan Kelantan menentang PKNS FC di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam esok:

Terengganu vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah

Kuala Lumpur vs Felda United FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Proton FC vs Melaka
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kedah vs Sarawak
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pahang vs Plus FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perak vs Selangor
Stadium Perak, Ipoh

PDRM vs Sabah
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

TM Liga Premier

Kelantan vs PKNS FC
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul

TM Piala FA
Jumaat 21 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan TM Piala FA musim 2007/2008 kali ini menemukan pasukan Perak dengan musuh tradisinya Selangor. Kali terakhir Perak menentang pasukan Selangor adalah pada 12 Februari di Stadium Perak untuk kempen liga super.

Pada perlawanan itu Perak tumpas kepada Selangor dengan jaringan 4 gol berbalas 1, walaupun pada perlawanan pusingan pertama liga super di Stadium Shah Alam telah dimenangi oleh skuad seladang dengan keputusan 4-2.
Dengan luka kekalahan besar 1-6 kepada pasukan SAFFC dalam kempen AFC Cup 2008 belum lagi terubat, apakah strategi selanjutnya dari Steve Darby untuk mendapatkan semula keyakinan para penyokong skuad seladang yang pastinya cukup kecewa dengan keputusan malam tadi?

Pada penulis kekalahan tersebut tidaklah perlu difikirkan kerana pertemuan dengan Selangor malam esok jauh lebih penting kerana ia melibatkan peluang untuk

TM Piala FA
Selasa 4 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak (0) 3 - 0 (2) Johor FC

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Danial Fadzly - Hardi Jaafar - Ahmad Shahrul - Wan Abu Yazid

Razali Umar

Khalid Jamlus - Carlos Caceres

Minit 5: Perak membuat serangan awal melalui Khalid Jamlus namun hantaran beliau sedikit lambat kepada Ahmad Shahrul Azhar. Johor FC membuat serangan balas pantas namun Nasril Nourdin berjaya menangkap bola percubaan pemain Johor FC dengan baik.

Minit 10: Mario Berrios membuat rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya ditampan baik oleh penjaga gol Johor FC. Perak menggandakan asakan ketika ini dengan Johor FC lebih banyak bertahan.

Minit 15: K. Nanthakumar membuat hantaran baik kepada Carlos Caceres namun beliau telah pun dikawal ketat

« Prev - Next »

[Valid CCL]