
21 Jun 2008
Stadium Shah Alam
8:45 malam
Kedah 3 - 2 Selangor
Kedah mempertahankan kejuaraan musim lalu apabila menewaskan pasukan Selangor di Stadium Shah Alam bagi menjulang Piala FA musim 2007/2008. Kedah membuka tirai jaringan seawal minit pertama apabila hantaran lintang Baddrol Bakhtiar disudahkan dengan baik oleh Mohd Fadzly Baharom.
Selangor tidak berputus asa apabila pada minit ke 13, Amirulhadi Zainal menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan Selangor melalui satu rembatan leret berpunca dari keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Kedah.
Pada minit ke 33 permainan, gol kedua Kedah menyusul melalui Khyril Muhymeen hasil hantaran satu dua antara beliau dan Nelson San Martin. Permainan separuh masa pertama tamat dengan pasukan Kedah mendahului Selangor 2 gol berbalas 1.
Ketika permainan separuh masa kedua baru bermula 5 minit, Mohd Shafiq Jamal menjaringkan gol…

Selangor vs Kedah
21 Jun 2008
Stadium Shah Alam
8:45 malam
Juara bertahan musim lalu, Kedah akan berhadapan dengan pasukan Selangor di Stadium Shah Alam sabtu ini bagi menentukan juara Piala FA musim 2007/2008. Kedah pada perlawanan separuh akhir yang lalu telah menumbangkan pasukan Pahang dengan aggregat 6 gol berbalas 1 manakala pasukan Selangor pula menang ke atas Terengganu dengan jumlah aggregat yang lebih tipis iaitu 3 - 2.
Kedah tidak menurunkan dua pemain importnya iaitu Bernard Hugging dan Marlon Alex James kerana mewakili negara mereka St. Vincent & Grenadine untuk kelayakan Piala Dunia. Tiket menyaksikan perlawanan ini berharga RM 40 untuk tempat duduk grandstand dan RM 20 untuk tempat duduk teres.
Sementara itu pada malam nanti akan berlangsung perlawanan Piala Malaysia kumpulan A antara pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan di…

Kedah menepati ramalan awal pada peringkat separuh akhir kedua apabila menumpaskan pasukan Pahang dengan jaringan 2 gol tanpa balas di Stadium Darul Makmur. Ini menjadikan aggregat 6 - 1 buat mereka melangkah ke perlawanan akhir sabtu nanti.
Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Khyril Muhymeen pada minit ke 8 separuh masa pertama sebelum Baddrol Bakhtiar menyumbat gol kedua pada minit ke 50. Sementara itu pasukan Selangor mencatatkan keputusan seri satu sama ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Selangor yang menang 2 gol berbalas 1 ke atas Terengganu tempohari menyaksikan gol pertama mereka hadir pada minit ke 48 melalui R. Surendren sebelum Mohd Ashari Samsudin menyamakan kedudukan pada minit ke 70.
Pasukan Selangor layak dengan kelebihan aggregat 3 - 2 untuk ke perlawanan akhir menentang pasukan Kedah…
Posted in TM Piala FA 07/2008 on June 17th, 2008 Comments Off

TM Piala FA 2007/2008 peringkat separuh akhir timbal balik kedua akan berlangsung malam nanti dengan juara bertahan musim lalu, Kedah berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang pasukan Pahang dengan kelebihan jaringan 3 gol.
Terengganu yang tewas tipis 1 - 2 kepada Selangor tempohari pasti akan mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri malam ini untuk membenam cabaran skuad Red Giant dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Jadual perlawanan hari ini:
Pahang vs Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Terengganu vs Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam…

TM Piala FA 2007/2008 peringkat separuh akhir timbal balik pertama telah berakhir semalam dengan juara bertahan musim 06/2007 Kedah, menepati ramalan awal apabila membenam Pahang dengan jaringan 4 gol berbalas 1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pasukan Selangor pula kembali dari ketinggalan 1 gol kepada Terengganu apabila berjaya menewaskan skuad Penyu dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Gol pasukan Selangor dijaringkan oleh Shukor Adan pada minit ke 68 dan 2 minit sebelum tamat oleh Safee Sali. Gol tunggal pasukan Terengganu dijaringkan oleh Ashari Samsuddin pada minit ke 25.
Sementara itu Kedah yang turun tanpa 3 tonggak import masih mampu untuk menewaskan Pahang dengan kejutan jaringan seawal minit pertama perlawanan apabila Shafiq Jamal menolak masuk hantaran silang Baddrol Bakhtiar.
Khyril Muhymeen pula berjaya menyumbat gol kedua pasukan pada…
Posted in TM Piala FA 07/2008 on April 22nd, 2008 3 Comments »

TM Piala FA 2007/2008 pusingan suku akhir timbal balik kedua telah berakhir sebentar tadi dengan juara bertahan musim 06/2007, Kedah menepati ramalan awal apabila membaham Melaka dengan jaringan 6 gol berbalas 2 di tempat sendiri. Ini menjadikan pasukan mereka meraih keseluruhan aggregat terbesar iaitu 10 gol berbalas 3.
Pasukan Selangor pula kembali dari kekalahan tipis kepada Kuala Muda tempohari apabila berjaya menewaskan wakil kelab dari Kedah tersebut dengan keputusan 4 gol berbalas 1. Mereka turut melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan aggregat 4-2.
Keputusan perlawanan yang berlangsung tadi:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan
Felda United FC (1) 1 - 1 (3) Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Selangor (0) 4 - 1 (1) Kuala Muda
Stadium Shah Alam, Selangor
Sabah (1) 0 - 1 (3) Pahang
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Kedah (4) 6…
Posted in TM Piala FA 07/2008 on April 22nd, 2008 6 Comments »

TM Piala FA 2007/2008 pusingan suku akhir timbal balik kedua akan berlangsung malam nanti dengan 4 lagi perlawanan. Juara bertahan musim 06/2007, Kedah hampir pasti melangkahkan kaki ke peringkat separuh akhir apabila bertemu pasukan Melaka di tempat sendiri.
Terdahulu mereka telah menewaskan Melaka di tempat lawan dengan jaringan besar 4 gol berbalas 1. Setelah merehatkan ramai pemain utama ketika tumpas kepada PDRM tempohari dalam saingan TM Liga Super, Kedah mungkin menurunkan barisan terbaiknya untuk memastikan langkah mereka tidak terhenti separuh jalan.
Perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:
Keputusan perlawanan pertama di dalam kotak kurungan
Felda United FC (1) vs (3) Terengganu
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Selangor (0) vs (1) Kuala Muda
Stadium Shah Alam, Selangor
Sabah (1) vs (3) Pahang
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Kedah (4) vs (1) Melaka
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Semua perlawanan akan…

Khamis 27 Mac 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Selangor 2 - 1 Perak
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
K. Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Jorge Munoz
Shahrulnizam - Hardi Jaafar - Ahmad Shahrul - Nor Hazrul
Khalid Jamlus - Razali Umar
Separuh Masa Pertama
Minit 1: Permainan dimulakan dengan Selangor membuat sepak mula dan satu serangan pantas dari hantaran Elie Aiboy hasil kesilapan Mario Berrios nyaris menghasilkan gol apabila sepakan Frank Seator yang hanya berhadapan dengan Hamsani terkena kaki penjaga gol Perak tersebut.
Minit 5: Selangor ketika ini lebih banyak menyerang namun berjaya diserap dengan baik oleh pertahanan Perak.
Minit 10: Perak mempunyai peluang terbaiknya apabila hantaran Hardi Jaafar cantik kepada Razali Umar yang seterusnya melorongkan bola tersebut kepada Khalid Jamlus diluar kotak penalti Selangor namun bola tersebut