feed rss2

Archive for the 'TM Liga Super 2010' Category

TM Liga Super 2009

Rabu 28 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 1 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1 gol pada perlawanan ke 24 TM Liga Super 2010 menentang tuan rumah Perak di Ipoh malam tadi. Walaupun tewas, penyokong skuad seladang tidak sewajarnya bersedih kerana masih ada khabar gembira menanti.

Terima kasih kepada pasukan Johor FC atas kemenangan menewaskan tetangga mereka Johor dengan keputusan 5 - 0. Dengan keputusan tersebut, pasukan Johor tidak mampu lagi memintas pasukan Perak walau apa jua keputusan yang dicatatkan kelak.

Berita ini juga menandakan bahawa pasukan Perak akan layak secara merit untuk perlawanan Piala Malaysia yang dijangkakan selepas Hari Raya Aidilfitri termasuk kekal di dalam Liga Super 2011 jika tiada sebarang perubahan format pertandingan oleh FAM.

Perlawanan pada separuh masa pertama… Continue reading

TM Liga Super 2009

Rabu 28 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan TM Liga Super 2010 ke 24 bagi pasukan Perak adalah menentang pasukan Kuala Lumpur di Ipoh malam esok. Pertemuan pertama di Cheras pada 24 April 2010 berakhir dengan Perak tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 2 - 1.

Gol tunggal Perak pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Nazri Kamal pada lewat permainan. Pada perlawanan ini juga Shahrizal Saad telah dimasukkan sebagai pemain gantian namun keluar beberapa minit kemudian kerana mengalami kecederaan.

Perak pada 3 perlawanan terakhir telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan bermula dengan menewaskan Selangor di Ipoh selain mencatatkan keputusan seri sewaktu di tempat lawan menentang pasukan T-Team dan Negeri Sembilan.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi cukup optimis tentang peluang skuad kendaliannya menewaskan pasukan Kuala Lumpur malam… Continue reading

TM Liga Super 2009

Sabtu 17 Julai 2010
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Negeri Sembilan 0 - 0 Perak

Perak berjaya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan ke 23 TM Liga Super 2010 menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi malam tadi. Permainan separuh masa pertama agak hambar tanpa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan meningkatkan jentera serangan mereka dengan asakan bertali arus namun masih tiada percubaan-percubaan yang boleh membahayakan. Perak hanya sekali sekala sahaja menyerang balas ke kubu tuan rumah.

Dengan keputusan seri ini meletakkan Perak masih di tangga ke 12 Liga dengan 24 mata berbanding pasukan Johor yang tewas kepada pasukan Terengganu di tangga ke 13 dengan 16 mata dan Pulau Pinang di tempat terakhir dengan 9 mata.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
Arif Ismail
Thevaggaran
Syazwan
Wan… Continue reading

TM Liga Super 2009

Sabtu 17 Julai 2010
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8:45PM

Perlawanan ke 23 bagi pasukan Perak dalam saingan TM Liga Super 2010 ialah menentang pasukan Negeri Sembilan di Paroi sabtu ini. Pertemuan pertama di Ipoh pada 20 April 2010 menyaksikan Perak berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 2 - 1.

Pada perlawanan tersebut juga jurulatih Raja Azlan meletakkan penjaga gol muda, Khairul Amri beraksi buat pertama kali dalam barisan utama Perak. Untuk perlawanan kali ini, Kamarul Effandi dijangka akan diturunkan berdasarkan aksi konsisten sebelum ini.

Perak bakal menerima kembali khidmat ketua pasukan K. Nanthakumar dan Nazri Kamal yang bebas dari penggantungan perlawanan. Namun kelibat Razali Umar sudah boleh dilupakan apabila mengalamai kecederaan sewaktu menentang pasukan T-Team tempohari.

Difahamkan menurut sumber, Razali yang baru sahaja selesai menjalani… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]