Posted in TM Liga Super 2010 on August 4th, 2010 11 Comments »

Selasa 3 Ogos 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 4 - 0 Pulau Pinang
Perak menutup tirai TM Liga Super 2010 dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 4 - 0 di Ipoh malam tadi. Shahrizal Saad menjadi pemain pertama di dalam pasukan Perak tahun ini melakar kejayaan sebagai penjaring hattrik.
Kemenangan ini juga adalah yang terbesar pernah dicatatkan setakat ini oleh pasukan Perak sepanjang tahun ini untuk Liga Malaysia. Permainan pada separuh masa pertama lebih dikuasai tuan rumah namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan.
Pada separuh masa kedua, Nurridzuan Hassan telah diganti oleh Shahrizal dan hasilnya pada minit ke 60 beliau berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan Perak dan gol pertama buat dirinya musim ini hasil rembatan leret dari luar kotak penalti Pulau Pinang.
Selepas… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2010 on August 3rd, 2010 1 Comment »

Selasa 3 Ogos 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perlawanan ke 26 dan terakhir sebelum kempen TM Liga Super 2010 melabuhkan tirainya ialah antara pasukan Perak menentang Pulau Pinang di Ipoh selasa ini. Perlawanan pertama di Batu Kawan pada 6 Mac 2010 berakhir dengan dengan keputusan seri 1 - 1.
Seperti kebiasaannya pasukan Perak mendahului lawan melalui tandukan Saufi Sa’aidi namun pada penghujung permainan Pulau Pinang mendapat sepakan penalti yang berjaya disudahkan dengan baik oleh S. Veenod untuk tuan rumah berkongsi mata dengan pelawat.
Pasukan Perak ketika ini dalam ‘mood’ yang cukup baik selepas mencatatkan kemenangan ke atas Kedah di Ipoh sabtu lalu. Perubahan strategi yang dipamerkan oleh jurulatih Perak untuk lebih menyerang akhirnya membuahkan hasil pada perlawanan itu.
Manakala Pulau Pinang pula sekadar beraksi untuk melengkapkan jadual… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2010 on July 31st, 2010 4 Comments »

Sabtu 31 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 1 - 0 Kedah
Perak mengharungi perlawanan ke 25 TM Liga Super 2010 dengan bergaya apabila menewaskan Kedah dengan jaringan 1 gol tanpa balas malam tadi. Kemenangan ini cukup bermakna buat penyokong Perak selepas tewas kepada Kuala Lumpur sebelum ini.
Permainan dimulakan agak rancak dengan Perak lebih banyak mengatur serangan ke kubu pasukan lawan namun faktor padang yang becak kerana hujan lebat sedikit sebanyak merencatkan pergerakan bola dan mutu permainan kedua-dua pasukan.
Kehadiran penyerang muda dari skuad Presiden, Nurridzuan Hassan sedikit sebanyak merancakkan jentera serangan Perak dengan larian-larian deras ke pertahanan lawan sambil dibantu Benedict Martin, Nazri Kamal dan Isma Alif di bahagian sayap.
Tamat separuh masa pertama kedudukan masih kekal tanpa sebarang jaringan. Separuh masa kedua bermula, kedua-dua… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2010 on July 29th, 2010 4 Comments »

Sabtu 31 Julai 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Saingan TM Liga Super 2010 telah masuk perlawanan ke 25 dengan pasukan Perak akan melayan kunjugan pasukan Kedah di Ipoh sabtu ini. Pertemuan pusingan pertama di Alor Setar pada 23 Januari 2010 berakhir dengan dengan keputusan seri 1 - 1.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Razali Umar pada lewat babak pertama permainan. Dua pemain menerima kad merah pada perlawanan tersebut ialah Saufi Sa’aidi (Perak) dan Shafizan Hashim (Kedah) selepas terbabit dalam insiden pergaduhan.
Kedah bakal hadir dengan moral yang tinggi ke Ipoh setelah berjaya menundukkan Pahang di halaman sendiri dengan jaringan 3 gol tanpa balas manakala nasib tidak menyebelahi skuad seladang apabila tumpas tipis kepada Kuala Lumpur pada perlawanan tempohari.
Walaupun tewas jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika diajukan Continue reading