Posted in TM Liga Super 2009 on August 2nd, 2009 5 Comments »

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perak 1 - 1 My Team
Skuad seladang mengakhiri kempen TM Liga Super 2009 ini dengan mengikat pasukan kelab My Team dengan jaringan 1 - 1 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan disaksikan tidak sampai 200 orang penyokong setianya.
Perak memulakan aksi dengan baik apabila beberapa percubaan mereka nyaris menghasilkan jaringan terutama melalui Saufi Sa’aidi yang terlepas peluang walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan pada minit ke 24.
Percubaan Nazri Kamal pada minit ke 34 juga sedikit tersasar dari pintu gol dan permainan ditamatkan pada separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.
Tidak sampai 5 minit separuh masa kedua dimulakan, My Team mendahului pasukan tuan rumah melalui satu sepakan percuma yang cantik dari Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on August 1st, 2009 No Comments »

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Sabtu 1 Ogos 2009:
Kedah vs Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Negeri Sembilan vs Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Johor FC vs Kelantan
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Perlis vs PDRM
Stadium Utama Negeri, Kangar
Plus FC vs Kuala Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Perak vs My Team
Stadium Perak, Ipoh
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on July 31st, 2009 1 Comment »

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perlawanan ke 26 dan terakhir dalam kempen TM Liga Super 2009 buat pasukan Perak adalah menentang pasukan My Team di Ipoh. Pada perlawanan pertama 5 Mei di Kelana Jaya, Perak tewas kepada My Team dengan jaringan 2 - 1.
Kemenangan boleh dianggap penting untuk memastikan pasukan Perak kekal di tangga ke 10 atau sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri bagi mengelak dipintas oleh pasukan My Team yang berkedudukan ke 11 ketika ini.
Ketiadaan Syazwan Roslan di bahagian pertahanan kiri kerana kecederaan lutut yang berulang serta Mohd Hafiszuan yang masih menjalani penggantungan perlawanan bakal menyaksikan Perak menurunkan Benedict Martin di sebelah kiri.
Barisan tengah pula dikemudi oleh Nazri Kamal bersama Arif Fazlie sambil sayap kiri hampir pasti menjadi milik Isma Alif manakala di… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on July 22nd, 2009 3 Comments »

Selasa 21 Julai 2009
Stadium Darul Makmur
8:45PM
Pahang 2 - 1 Perak
Skuad seladang tumbang 2 - 1 kepada pasukan tuan rumah Pahang dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan malam tadi di Stadium Darul Makmur dengan disaksikan tidak sampai 100 orang penyokong sahaja.
Penyokong pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama dari Perak pada minit ke 9 melalui Khairul Izzat dan kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat ditiup pada separuh masa pertama.
Aksi separuh separuh masa kedua bermula dengan pasukan Pahang mula mengasak hebat kubu pasukan Perak dan hasilnya pada minit ke 83 gol penyamaan dijaringkan oleh tuan rumah melalui Azamuddin Akil.
Gol kemenangan pasukan tuan rumah diperolehi pada minit ke 90 melalui Mohd Hafiz Kamal sebelum pengadil meniup wisel penamat untuk keputusan muktamad Pahang… Continue reading

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 21 Julai 2009:
Plus FC vs Perlis
Stadium Utama Negeri, Kangar
My Team vs Johor FC
Stadium MBPJ, Kelena Jaya
Kuala Muda vs Negeri Sembilan
Stadium Darul Aman, Alor Setar
PDRM vs Selangor
Stadium MP, Selayang
Kelantan vs Kedah
Stadium Sultan Mohd Ke-IV
Pahang vs Perak
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam… Continue reading