feed rss2

Archive for the 'TM Liga Super 07/2008' Category

TM Liga Super

Isnin 24 Mac 2008
Stadium Darul Aman
Alor Setar
8:45mlm

Kedah 5 - 1 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

K. Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Azlan Zainal - S. Subramaniam

Noor Hazrul - Ahmad Shahrul - Hardi Jaafar

Razali Umar - Khalid Jamlus

Minit 5: Kedah memulakan permainan dengan serangan pantas melalui Khyril Muhymeen namun pantas dikeluarkan oleh pemain Perak. Sepakan sudut dari Fauzi Shaari gagal diambil kesempatan oleh Marlon Alex James.

Minit 10: Perak lebih banyak bertahan sambil membuat serangan balas ketika ini. Hardi Jaafar mendapat peluang merembat tetapi percubaan beliau tersasar.

Minit 12: Kedah menjaringkan gol pertama melalui sepakan awal Khyril Muhymeen yang cuba dikeluarkan oleh S. Subramaniam namun bola masuk ke gawang.

Minit 15: Sepakan percuma Ahmad Shahrul dari jarak 25

Bersama Yong Ayu

Saya ingin membawa ingatan para peminat setia skuad Seladang kepada apa yang berlaku pada tahun 2007. Pada tahun tersebut, tiga hari sebelum perlawanan antara Kedah bertemu dengan Perak di Stadium Darul Aman iaitu pada hari Sabtu, 24 Mac 2007, Perak telah mengalahkan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super dengan jaringan 5 gol berbalas 1.

Dalam perlawanan tersebut, Ahmad Fakri Saarani menjadi wira Perak apabila berjaya melakukan hattrik dengan menjaringkan 3 gol daripada 5 gol tersebut. Selepas perlawanan itu, Perak bertandang ke Alor Setar untuk bertemu dengan Kedah dalam Piala FA pada hari Selasa, 27 Mac 2007.

Pada ketika itu rata-rata para penyokong Perak beranggapan bahawa Ahmad Fakri akan mengulangi hattriknya itu dalam perlawanan tersebut. Namun begitu, entahkan disebabkan kawalan ketat yang diberikan oleh pertahanan

TM Liga Super
Isnin 24 Mac 2008
Stadium Darul Aman
Alor Setar
8:45PM

Perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada 8 Mac 2008 yang lalu ini terpaksa ditunda oleh kerana Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 dan jadual padat dari kedua-dua pasukan yang menghadapi kempen AFC Cup 2008.

Sebagaimana yang umum ketahui, perlawanan pertama di Stadium Perak pada 12 Januari 2008 yang lalu berakhir dengan tragedi apabila pasukan Perak dibelasah dengan jaringan 5 gol berbalas 2 dengan Khalid Jamlus menerima kad merah akibat terjahan keras ke atas Nelson Sam Martin.Kali ini kedua-dua pasukan sebenarnya agak kepenatan kerana jadual yang cukup padat dan meletihkan sehingga tarikh pindaan perlawanan ini sepatutnya diadakan pada hari Ahad 23 Mac telah ditukar sekali lagi pada hari Isnin 24 Mac 2008.

Perak hampir pasti kehilangan dua pemain utamanya iaitu Carlos Caceres dan Shahrulnizam

TM Liga Super
Sabtu 15 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 3 - 1 P. Pinang

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar - Mario Berrios - Jorge Munoz - Chan Wing Hoong

Danial Fadzly - Ahmad Shahrul - Mohd Nor Hazrul - Shahrulnizam

Carlos Caceres - Khalid Jamlus

Minit 5: Perak memulakan permainan, Gol pertama tandukan Carlos Caceres hasil hantaran lambung oleh Shahrulnizam dari sebelah kiri gol P.Pinang pada minit ke-4.

Minit 10: Pulau Pinang banyak membuat serangan balas namun dapat dihalang oleh pertahanan Perak. Perak mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti tetapi sepakan Carlos Caceres terkena benteng.

Minit 15: Tiada serangan bahaya dari kedua-dua pasukan, bola hanya berlegar-legar di tengah padang.

Minit 20: Scott Lawson dilayangkan kad kuning setelah

TM Liga Super

6 perlawanan akan diadakan malam ini untuk kempen TM Liga Super 07/2008 dengan pendahulu liga super, Kedah berkunjung ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya menentang pasukan My Team FC. Pasukan Selangor yang menduduki tangga kedua liga super ketika ini akan menanti kehadiran skuad Pahang di Stadium Shah Alam, Selangor.

Jadual Perlawanan TM Liga Super Selasa 15 Mac 2008:

My Team FC vs Kedah
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

DPMM FC vs Perlis
Stadium Hasanal Bolkiah

Selangor vs Pahang
Stadium Shah Alam

Terengganu vs PDRM
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah

N.Sembilan vs Sarawak
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Perak vs P.Pinang
Stadium Perak, Ipoh

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Hasanal Bolkiah iaitu 8:15mlm

TM Liga Super
Sabtu 15 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas berjaya menang bergaya menewaskan pasukan New Radiant di gelanggang lawan dengan jaringan 3 gol berbalas 1 pada kempen AFC Cup 2008 selasa lalu, skuad seladang akan berdepan pula pasukan Pulau Pinang di Stadium Perak kelak.

Pertemuan pertama menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan pada 5 Januari lalu dimenangi oleh skuad Perak dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Gol disumbangkan oleh Khalid Jamlus serta Carlos Caceres menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Namun kemenangan yang lalu tidak boleh dijadikan panduan untuk meraih 3 lagi mata mudah di gelanggang sendiri kerana skuad Pulau Pinang sekarang telah pun berubah wajah apabila menerima suntikan tenaga import yang baru.

Dengan menggunakan 2 orang penyerang import iaitu Scott Wadell (Jamaica) dan Pedro Gonzalez (Argentina) serta dibantu

« Prev - Next »

[Valid CCL]