feed rss2

Archive for the 'TM Liga Super 07/2008' Category

TM Liga Super

6 perlawanan malam ini untuk kempen TM Liga Super 07/2008 dengan pendahulu liga super, Kedah menanti kunjungan Pahang di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Sejurus selepas perlawanan tamat, Piala Liga Super akan diserahkan secara rasminya kepada pasukan Kedah sebagai pemenang musim 2007/2008.

Pasukan Selangor pula akan bertandang ke Stadium Jcorp untuk menentang pasukan Johor FC manakala Negeri Sembilan akan melayang kunjungan DPMM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jadual Perlawanan TM Liga Super Sabtu 26 April 2008:

Kedah vs Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Pulau Pinang vs PDRM
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Sarawak vs Terengganu
Stadium Sarawak, Kuching

Johor FC vs Selangor
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan vs DPMM FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Perak vs My Team FC
Stadium Perak, Ipoh

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium… Continue reading

TM Liga Super
Sabtu 26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan TM Liga Super yang ke-23 buat skuad seladang kali ini adalah bertemu dengan skuad My Team FC. Pada perlawanan pertama dahulu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 21 November 2007, Perak berjaya menewaskan My Team FC dengan jaringan tunggal ketua pasukan Ahmad Shahrul Azhar melalui satu tandukan cantik pada minit ke-87 permainan.

Skuad seladang ketika itu tanpa kelibat penyerang dari Chile, Carlos Caceres yang belum tiba dan jentera serangan disandarkan kepada Khalid Jamlus serta Razali Umar. Barisan penyerang My Team FC gagal mencuri kesempatan yang ada untuk mencatatkan kemenangan walaupun mempunyai deretan peluang terhidang.

Sekadar mengimbas kembali perlawanan pertama yang lalu, skuad Perak cukup bernasib baik untuk menang kerana secara keseluruhan perlawanan tersebut dikuasai oleh pasukan My Team FC dengan asakan… Continue reading

TM Liga Super

6 perlawanan telah dilangsungkan malam tadi dalam kempen TM Liga Super 07/2008 dengan juara liga super yang baru Kedah, tewas 2 gol berbalas 1 bertemu PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sementara itu Pulau Pinang yang terdesak di tangga terakhir liga membuat satu lagi kejutan apabila membenam Terengganu dengan 4 gol berbalas 2 selepas menewaskan Selangor tempohari dengan jumlah jaringan yang besar juga.

Keputusan Perlawanan TM Liga Super Sabtu 19 April 2008:

Pahang 1 - 0 Perlis
Stadium Darul Makmur, Kuantan

PDRM 2 - 1 Kedah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Terengganu 2 - 4 Pulau Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Selangor 4 - 1 Sarawak
Stadium Shah Alam

DPMM FC 0 - 2 Johor FC
Stadium Hasanal Bolkiah

My Team FC 0 - 2 Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Nota: Semua perlawanan berlangsung pada pukul… Continue reading

TM Liga Super

6 perlawanan akan dilangsungkan malam ini untuk kempen TM Liga Super 07/2008 dengan juara liga super yang baru dinobatkan, Kedah berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang pasukan PDRM.

Sementara itu perebutan tempat kedua antara pasukan Selangor dan Negeri Sembilan dijangka semakin sengit dengan pasukan Perak di tempat keempat tidak bermain pada malam nanti.

Jadual Perlawanan TM Liga Super Sabtu 19 April 2008:

Pahang vs Perlis
Stadium Darul Makmur, Kuantan

PDRM vs Kedah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Terengganu vs Pulau Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Selangor vs Sarawak
Stadium Shah Alam

DPMM FC vs Johor FC
Stadium Hasanal Bolkiah

My Team FC vs Negeri Sembilan
Stadium MBPJ, Kelana JayaNota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Hasanal Bolkiah iaitu 8:15mlm… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]