
02hb Jun 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm
Keputusan Penuh:
Perak 3 - 1 Pahang
Perak berjaya membenam cabaran pasukan Pahang di 10 minit akhir perlawanan walaupun keadaan terikat pada separuh masa pertama dengan keputusan satu gol sama. Gol pertama skuad seladang muncul seawal minit ke 5 melalui pemain sayap mereka Shahrul Nizam Mustapha.
Pahang juga turut bertindak garang dengan menyamakan kedudukan melalui bekas pemain Perak, V.Saravanan pada minit ke 33.
Ketika keputusan perlawanan di lihat seakan berakhir dengan keputusan seri, Keita Mandjou menceriakan penyokong skuad seladang pada minit ke 81 apabila menyumbat gol peribadinya yang ke 14 musim ini untuk Liga Super dan seterusnya menjadikan keputusan semasa 2 gol berbalas 1.
Pasukan Pahang yang kelihatan seperti tertekan, sekali lagi dihukum dengan gol ketiga pasukan Perak pada minit ke 84 oleh pemain muda Skor Yob Skor iaitu Ahmad Fakri Saarani.
Skuad Perak

02hb Jun 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm
Skuad Perak akan menanti kunjungan Pasukan Tok Gajah pada persaingan Liga Super yang menyaksikan pertemuan awal di Stadium Darul Makmur memihak kepada skuad Skor Yob Skor dengan keputusan 2 gol berbalas 1.
Pertemuan kali ini menjanjikan seribu harapan kepada penyokong Perak samada pasukan Skor Yob Skor masih lagi mampu menghambat pendahulu Liga Super, Kedah yang semakin mantap sejak akhir-akhir ini.
Dengan kembalinya 2 orang pemain iaitu K. Nanthakumar dan Shahrul Nizam Mustapa dari latihan skuad kebangsaan di Australia, ianya diharap dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada skuad Perak.
Untuk pasukan Pahang pula, kelibat Hairuddin Omar dan Norhafiz Zamani Misbah pasti mengisi semula impian penyokong mereka yang ketandusan aksi konsisten pasukan Tok Gajah sejak kebelakangan ini.
Turut dijangka akan menyarung jersi skuad Pahang kali ini ialah bekas penyerang
Posted in TM Liga Super 06/2007 on May 21st, 2007 Comments Off

19hb Mei 2007
Stadium Utama Kangar,
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perlis 0 - 1 Perak
“Menguasai tidak bermakna mampu memenangi” itulah ungkapan sesuai untuk pasukan Singa Utara apabila dikejutkan oleh Sang Seladang pada perlawanan yang secara keseluruhan dikuasai oleh pasukan Perlis.
Bermula pada minit pertama lagi pasukan Perlis mengasak hebat ke kubu Perak yang diterajui oleh Khairi Zainuddin,Vedran Kukoc dan S. Subramaniam.
Namun nasib nyata menyebelahi Perak apabila empat minit sebelum permainan berakhir, Keita Mandjou yang berseorangan diatas telah menerima hantaran kemas dari pemain muda Perak iaitu Ahmad Fakri Saarani yang seterusnya meluru pantas memintas kelibat pertahanan Perlis, Zami Mat Nor sebelum merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol Perlis pada malam itu Tay Sin Keat.
Perkara yang sama juga pernah terjadi kepada pasukan skuad seladang tempohari di Stadium Larkin apabila tewas mengejut dengan jaringan
Posted in TM Liga Super 06/2007 on May 18th, 2007 Comments Off

19hb Mei 2007
Stadium Utama Kangar,
8.45mlm.
Perlawanan yang dijangkakan sengit dan mendebarkan oleh skuad seladang setelah berjaya menumpaskan Perlis pada pertemuan pusingan pertama dengan dua gol jaringan Khalid Jamlus di Ipoh.
Perak sudah pasti kehilangan 2 orang pemain iaitu K.Nanthakumar dan Shahrul Nizam Mustafa manakala Perlis pula kehilangan khidmat Fauzi Nan yang mengikuti kem latihan kebangsaan di Australia.
Turut mengusarkan Steve Darby kali ini bilamana Perak turut kehilangan 2 lagi pemain iaitu Azlan Zainal yang mengutip kad kuning ketiga musim ini serta Khalid Jamlus sewaktu pertemuan dengan Selangor tempohari.
Sedikit kelegaan untuk kedua-dua pasukan apabila pemain pertahanan kiri Perak dan kapten pasukan Olimpik Malaysia iaitu S.Subramaniam dapat diturunkan manakala Azi Shahril untuk Perlis juga dapat beraksi kerana perlawanan pusingan terakhir kempen kelayakan Olimpik 2008 melawan Jepun adalah pada 6hb Jun
Posted in TM Liga Super 06/2007 on May 14th, 2007 Comments Off

12hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Keputusan Penuh:
Perak 2 - 0 Selangor
Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 ini agak merisaukan sebilangan penyokong pasukan Perak. Selangor yang rata-rata membariskan pemain muda berjaya membuatkan pertahanan Perak yang dikemudikan oleh Vedran Kukoc, Azlan Zainal dan Khairi Zainuddin pening kepala dengan serangan pantas mereka yang diterajui oleh Zaiza Zainal Abidin.
Walaupun tanpa 4 tonggak utama mereka iaitu Muhammad Shukor Adan, Akmal Rizal Rakhli, Mohd Safee Sali dan Mohd Fadzli Saari yang mengikuti kem latihan kebangsaan di Australia mereka masih mampu menghadirkan perasaan gementar para penyokong skuad Seladang pada malam itu.
Kesebelasan Perak pada malam itu ialah:
Nasril Nourdin
Azlan Zainal - Vedran Kukoc - Khairi Zainuddin
Danial Fadzly - T.Abdoulaye - Yusri Che Lah - Ahmad Shahrul - Chan Wing Hoong
Keita Mandjou - R. Surendran
Gol
Posted in TM Liga Super 06/2007 on May 12th, 2007 Comments Off

12hb Mei 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.
Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat seladang setelah kejayaan pertama di Stadium Shah Alam yang lalu. Walau bagaimana pun Perak kali ini akan turun tanpa 2 orang pemain iaitu K.Nanthakumar dan Shahrul Nizam Mustafa yang mengikuti kem latihan kebangsaan di Australia sempena kejohanan Asian Cup 2007 dimana Malaysia adalah tuan rumah bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Selangor juga turut mengalami kesukaran ketika ini kerana mereka juga akan kehilangan khidmat 4 tonggak utama mereka iaitu Muhammad Shukor Adan, Akmal Rizal Rakhli, Mohd Safee Sali dan Mohd Fadzli Saari yang turut berada dalam senarai skuad kebangsaan.
Mungkin sedikit kelegaan kepada Perak dimana 3 pemain skuad Olimpik iaitu Ahmad Azlan Zainal, S. Subramaniam dan Mohd Nasril Nourdin akan dilepaskan untuk bermain oleh jurulatiah Olimpik Malaysia, Sathianathan kerana perlawanan
Posted in TM Liga Super 06/2007 on May 3rd, 2007 Comments Off

02hb Mei 2007
Stadium Batu Kawan
8.45 PM.
Keputusan penuh
P.Pinang 1 - 4 Perak
Perak menurunkan kesebelasan pemain seperti berikut:
Nasril
Azlan - Kukoc - Nantha
S.Nizam - Yusri - Traore - A.Shahrul - Danial
Ahmad Fakri - Keita Mandjou
Perak memerlukan hanya 13 minit untuk memecah benteng lawan setelah Traore Abdoulaye menanduk masuk gol pertama hasil hantaran dari sebelah kiri gol lawan oleh Danial Fadzly.
Perlawanan banyak dikuasai oleh pemain Perak dengan P.Pinang sekali sekala membuat percubaan yang menggoyahkan pertahanan Perak mengakibatkan kad kuning pertama Perak pada malam itu dikutip oleh Azlan Zainal. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan kekal 1 gol berbalas 0.
Separuh masa kedua bermula dengan Kieta Mandjou berjaya menguis bola masuk pada minit ke 46 setelah dengan bijak berjaya memperdayakan penjaga gol P.Pinang selepas merampas bola dari kaki pertahanan lawan.
P.Pinang juga
Posted in TM Liga Super 06/2007 on April 18th, 2007 Comments Off

Stadium Ipoh, Perak
Perak finally got the better of Kedah in their fourth attempt this season with a 1-0 win in the battle between the two Super League heavyweights at the Perak Stadium in Ipoh last night.
After losing to the Canaries three times in Alor Star, dangerman Keita Mandjou turned hero for the home side, heading home the only goal of the match in the 61st minute and help Perak climb into second spot in the standings.
He timed his run perfectly to connect with a Ahmad Shahrul Azahar cross and end the visitors 21-match unbeaten streak.It was also Kedahs first defeat this year in all competitions.
The hard-earned win allowed the Seladang to end their four-game winless streak and, more importantly, reduce the gap between themselves and