feed rss2

Archive for the 'TM Liga Super 06/2007' Category

TM Liga Super

04hb Ogos 2007
Stadium Kuching,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Sarawak 2 - 4 Perak

Seperti mana yang semua kita maklum, perlawanan ini telah disiarkan di rangkaian TV1 di mana Perak telah berjaya menumbangkan Sarawak dengan jaringan empat gol berbalas dua. Khalid Jamlus telah di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan jaringan hattrik manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Keita Mandjou.

Perlawanan dimulakan tanpa pemain tengah import iaitu Abdoulaye Traore yang masih mengalami kecederaan manakala Hamsani pula terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua juga akibat kecederaan.

Walaupun berjaya memenangi perlawanan ini Perak tidak berjaya merangkul kejuaraan Liga Super musim 06/2007 berikutan Kedah berjaya menumpaskan DPMM Brunei di gelanggang lawan dengan jaringan tunggal dari penyerang muda mereka K.Soley.

Kedah memungut 55 mata manakala Perak ditangga kedua dengan 53 mata. Dengan kejayaan ini Kedah telah berjaya merangkul Continue reading

TM Liga Super

04hb Ogos 2007
Stadium Kuching,
8.45mlm.

Perlawanan terakhir untuk persaingan Liga Super yang melibatkan semua pasukan serta hidup mati saingan merebut kejuaraan Liga Super antara skuad Perak dan Kedah.

Perak memerlukan kemenangan di tempat lawan manakala Kedah juga mengimpikan kejayaan yang serupa di Brunei. Yang membezakan antara kedua pasukan ini ialah Perak bakal ditemukan dengan pasukan kedua terbawah Liga Super iaitu Sarawak.

Sedikit gusar buat pasukan Kedah kerana mereka pasti berdepan sedikit masalah untuk menjinakkan DPMM Brunei yang kini menduduki tangga ketiga Liga Super. Yang lebih memeritkan lagi ialah mereka turut tewas pada perlawanan pertama yang terdahulu di Stadium Darul Aman dengan keputusan dua gol berbalas satu.

Jika keputusan nanti berakhir dengan Kedah seri di Seri Begawan dan Perak pula mencatatkan kemenangan di Sarawak maka perbezaan gol pasti menjadi kayu pengukur Continue reading

TM Liga Super

01hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 1 - 1 Terengganu

Perak memulakan persaingan liga super kali ini setelah berehat lebih sebulan kerana Piala Asia dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kekentalan Terengganu apabila kedua-dua pasukan seri satu gol sama di Stadium Ipoh malam tadi.

Pasukan Seladang mendahului pada separuh masa pertama pada minit ke 27 melalui Keita Mandjou manakala pasukan Terengganu pula menyamakan kedudukan pada minit ke 58 separuh masa kedua.

Pada masa yang sama pasukan Kedah berjaya membelasah pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 7 gol tanpa balas di Stadium Darul Aman. Dengan keputusan ini kedudukan Liga Super akan berubah dengan Pasukan Kenari kini mendahului carta dengan kelebihan dua mata.

Dengan berbaki satu perlawanan sahaja iaitu Perak akan bertandang ke Stadium Kuching menentang pasukan Sarawak pada 4 Ogos ini Continue reading

TM Liga Super

01hb Ogos 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Perlawanan yang dijangkakan sengit ini menemukan dua pasukan yang menduduki tangga pertama dan ketiga Liga Super. Perak semestinya mahukan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di persada Liga manakala Terengganu pula ingin mengekalkan cengkaman di tempat ketiga Liga untuk menjarakkan diri dari pasukan DPMM.

Perlawanan pertama di Kuala Terengganu lalu menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dengan banyak peluang gagal dimanafaatkan oleh pasukan Terengganu sebagai tuan rumah.

Kali ini perlawanan akan diadakan di Ipoh, gelanggang dimana Perak begitu ampuh dan mantap ketika bermain dihadapan penyokong sendiri. Dirasakan Steve Darby mampu merencanakan strategi untuk memerangkap pertahanan Terengganu di sambil merantai penyerang import handalan mereka iaitu Sharlei Miranda yang telah pun melakar 11 gol untuk saingan liga super kini.

Turut mencuri tumpuan ialah penyerang tempatan mereka yang mempunyai kepantasan dari Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]