Posted in Sukma 2010 on June 12th, 2010 No Comments »

Sukma yang ke 13 telah dilancarkan dengan rasminya pada 12 Jun 2010 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil bin Yaakob di hadapan lebih 35 ribu penonton di Stadium Hang Jebat malam tadi. Turut sama berada pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Perak yang menduduki tangga ketujuh pada Sukma 2008 telah menghantar kontinjen sebanyak 450 orang atlet termasuk jurulatih dan pegawai-pegawai sukan. Sebanyak 36 acara sukan dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan 1410 pingat menjadi rebutan.
Sebahagian atlet negeri Perak pada Sukma 2010.
Posted in Sukma 2010 on June 11th, 2010 1 Comment »

Jumaat 11 Jun 2010
Stadium Tun Fatimah
4:45ptg | Kumpulan A
Selepas seri menentang Wilayah Persekutuan tempohari, perlawanan terakhir untuk kumpulan A ialah bertemu Kedah di Stadium Tun Fatimah. Pasukan yang menang pada perlawanan ini akan layak berdasarkan kutipan mata.

Jadual perlawanan bolasepak hari ini:
Wilayah Persekutuan vs Perlis
Stadium Hang Tuah
4:45 petang | Kumpulan A
Pahang vs Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Seri Kota
8:00 pagi | Kumpulan B
Pulau Pinang vs Terengganu
Sekolah Menengah Seri Kota
4:45 petang | Kumpulan C
Sabah vs Sarawak
Kompleks Sukan UTeM
8:45 malam | Kumpulan D
Melaka vs Selangor
Stadium Hang Tuah
8:45 malam | Kumpulan D… Continue reading
Posted in Sukma 2010 on June 10th, 2010 7 Comments »

Pihak SDN telah menerima berita melalui sistem pesanan ringkas dari Pengurus Pasukan Bolasepak Perak di Sukma Melaka iaitu Encik Abdul Aziz Bin Yeop Jamaludin berkenaan kemelut yang melanda pasukan bolasepak ketika ini.
Berikut adalah pesanan sebenar yang telah dikirim kepada pihak SDN. Tiada sebarang tambahan / pengurangan kepada berita tersebut. Pihak SDN hanya menukarkan ‘ringkasan sms’ kepada patah perkataan sebenar sahaja.
Abdul Aziz Bin Yeop Jamaludin – Pengurus Pasukan Bolasepak Perak
“Salam, saya mohon maaf kepada semua rakan-rakan sekiranya Perak tidak akan meneruskan perlawanan ataupun tewas di perlawanan akhir esok. Walaupun Perak dilihat mampu untuk pergi lebih jauh ianya akan terbantut disebabkan oleh mainan politik pihak tertentu.”
“Walaupun kami telah berada di sini hampir seminggu, pembayaran elaun kepada pemain dan apa jua elaun yang sepatutnya Continue reading
Posted in Sukma 2010 on June 9th, 2010 1 Comment »

Rabu 9 Jun 2010
Stadium Tun Fatimah
4:45ptg | Kumpulan A
Selepas menang menentang Perlis isnin lalu, perlawanan kedua menyusul petang ini iaitu menentang pasukan Wilayah Persekutuan di Stadium Tun Fatimah. Wilayah Persekutuan pada perlawanan tempohari mencatat keputusan seri 2 - 2 menentang Kedah.

Jadual perlawanan bolasepak hari ini:
Kedah vs Perlis
Stadium Tun Fatimah, Bukit Serendit
8:00 pagi | Kumpulan A
Johor vs Pahang
Sekolah Menengah Seri Kota
4:45 petang | Kumpulan B
Kelantan vs Pulau Pinang
Sekolah Menengah Seri Kota
8:00 pagi | Kumpulan C
Sarawak vs Selangor
Stadium Hang Tuah
4:45 petang | Kumpulan D
Sabah vs Melaka
Stadium Hang Tuah
8:45 malam | Kumpulan D… Continue reading