feed rss2

Archive for the 'Sukma 2008' Category

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu 5 - 1 Perlis
Ahad 8 Jun 2008
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
8:45 malam

Terengganu telah dinobatkan sebagai juara bolasepak Sukma yang ke 12 apabila membenam cabaran Perlis dengan jaringan besar 5 gol berbalas 1. Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu menyaksikan stadium dipenuhi dengan penyokong tuan rumah seawal pukul 8 malam lagi.

Terengganu vs Perlis

Terengganu mendahului pasukan Perlis seawal mionit ke 20 melalui Wan Mohd Aliff sebelum gol kedua menyusul melalui Ashaari Shamsuddin pada minit ke 24. Ismail Faruqi memastikan Terengganu selesa di hadapan dengan 3 gol pada minit ke 44 sebelum permainan berhenti untuk separuh masa pertama.

Abdul Manaf Mamat meledakkan gol pada minit ke…

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu vs Perlis
Ahad 8 Jun 2008
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
8:45 malam

Perlawanan bolasepak peringkat akhir Sukma yang ke 12 hari ini menemukan juara bertahan edisi lalu, Terengganu dengan pasukan Perlis di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada pukul 8:45 malam ini. Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 50 ribu orang penonton ini bakal menyaksikan pemenang perlawanan ini dikalungkan pingat emas manakala pasukan yang tewas mendapat pingat perak.

 Pingat Gangsa Sukma 12 - Kedah vs Pulau Pinang

Terdahulu semalam, pasukan Kedah berjaya merangkul pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Pulau Pinang dengan keputusan 3 gol tanpa balas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar seawal minit pertama, Mohd…

Sukma 12 | Terengganu

Perlawanan bolasepak peringkat separuh akhir Sukma yang ke 12 hari ini menemukan juara bertahan edisi lalu, Terengganu dengan pasukan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 4 petang ini. Sementara itu pasukan Perlis yang menumbangkan Selangor tempohari akan berhadapan dengan Pulau Pinang di Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Pulau Pinang pada perlawanan suku akhir telah menewaskan pasukan Perak dengan jaringan 3 gol berbalas 2 dan kemenangan tersebut diperolehi pada waktu tambahan yang menyaksikan skuad seladang bermain 10 orang pemain pada lewat babak kedua permainan.

Senarai Pelawanan Hari Ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu vs Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:00 petang

Perlis vs Pulau Pinang
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:00 petang…

Sukma 12 | Terengganu

Selasa 3 Jun 2008
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:45 ptg

Perak 2 - 3 Pulau Pinang

Harapan pasukan Perak untuk layak ke peringkat separuh akhir ranap apabila jaringan pada minit ke 22 masa tambahan oleh Muhammad Safran memastikan skuad Pulau Mutiara pulang gembira ke perkampungan sukan petang tadi. Perlawanan itu juga menyaksikan ketua pasukan Mohd Fauzi Ariffin dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain lawan pada minit ke 80 permainan.

Pasukan Perak membuka tirai jaringan pada minit ke 5 melalui Abdullah Mat Kassim sebelum pasukan Pulau Pinang menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit melalui Mohd Hafiz, minit ke 41 dan Mohd Failee pada minit ke 43. Kedua-dua gol itu berpunca dari perangkap outside yang tidak menjadi oleh barisan pertahanan Perak. Gol penyamaan pasukan Perak dijaringkan oleh K. Thinagaran pada minit…

Sukma XII Terengganu 2008 | Peringkat Suku Akhir

Sukma 12 | Terengganu

Perlawanan bolasepak peringkat suku akhir Sukma yang ke 12 petang ini menemukan pasukan Perak dengan pasukan Pulau Pinang yang juga naib johan kumpulan D pada pukul 4 petang ini di Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak. Peluang pasukan Perak untuk mara ke peringkat separuh akhir agak cerah namun cabaran Pulau Pinang tidak harus diperkecil.

Sementara itu juara bertahan Terengganu akan berentap dengan pasukan Johor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada waktu yang sama manakala Selangor dan Perlis akan bertemu pada pukul 8:45 malam nanti. Keputusan penuh pasukan Perak menentang Pulau Pinang dan ulasan jurulatih akan kita bawakan sekitar pukul 7 petang nanti.

Senarai Pelawanan Hari Ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu vs Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:00 petang

Wilayah Persekutuan vs Kedah
Padang A…

Sukma 12 | Terengganu

Perlawanan bolasepak peringkat kumpulan Sukma yang ke 12 telah menamatkan acaranya semalam dengan Perak layak ke peringkat seterusnya setelah tuan rumah Terengganu berjaya menewaskan pasukan Pahang dengan keputusan 2 gol tanpa balas.

Selangor turut mencatatkan keputusan memberangsangkan apabila menundukkan pasukan Kedah dalam kumpulan B dengan jaringan tunggal Wan Mohd Hoesni pada minit ke 70. Perlawanan yang berlangsung cukup rancak ini memperlihatkan ketangkasan kedua-dua pasukan beraksi untuk merebut tangga pertama kumpulan.

Perlawanan peringkat suku akhir kalah mati seterusnya dijangka akan berlangsung pada 3 Jun 2008 namun undian pasukan belum dikeluarkan setakat ini. Mungkin pasukan Perak akan bertemu dengan johan kumpulan C ialah W. Persekutuan untuk perlawanan seterusnya.

Senarai Keputusan Penuh Kumpulan:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Kumpulan A

Team
P
W
D
L
G
A
Pt

Terengganu
2
2
0
0
5
2
6

Perak
2
1
0
1
3
3
3

Pahang
2
0
0
1
0
3
0

Kumpulan B

Team
P
W
D
L
G
A
Pt

Selangor
3
3
0
0
6
0
9

Kedah
3
2
0
1
5
4
6

Kelantan
3
1
0
2
6
5
3

Sabah
3
0
0
3
2
10
0…

Sukma 12 | Terengganu

Sukma yang ke 12 kali telah dibuka dengan rasminya pada 31 Mei 2008 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. Perak yang menduduki tempat ketiga untuk 3 tahun berturut-turut pada 2002, 2004 dan 2006 telah menghantar kontinjen sebanyak 576 orang atlet termasuk pegawai sukan.

Sebanyak 31 acara sukan disertai oleh kontijen Perak kali ini yang diketuai oleh Y.B Dato’ Jamaluddin Al-Amin bin Haji Ahmad iaitu Pegawai Kewangan Negeri Perak.

Kontijen Sukma Perak 2008

Antara sebilangan atlet negeri Perak yang bakal merebut 404 pingat emas yang dipertandingkan pada Sukma kali ini…

Sukma 12 | Terengganu

Jumaat 30 Mei 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 ptg | Kumpulan A

Perak 1 - 0 Pahang

Peluang pasukan Sukma Perak untuk layak ke peringkat seterusnya kembali cerah apabila berjaya memenangi perlawanan terakhirnya pada petang tadi menentang pasukan Pahang dengan keputusan 1 gol tanpa balas.

Wira pasukan Perak pada petang itu ialah pemain tengah skuad senior Perak, Mohd Noor Hazrul yang menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma yang cantik dari jarak 25 meter pada minit ke 13 separuh masa pertama permainan.

Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan berbalas-balas serangan namun tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pihak selepas gol tersebut. Penolong jurulatih skuad Sukma Perak, Abu Bakar Fadzim nyata gembira dengan kemenangan tersebut walaupun perlawanan cukup sengit.

“Kemenangan ini meletakkan kita 90% dalam kedudukan selesa untuk…

Next »

[Valid CCL]