Posted in Soccer Kids on June 17th, 2011 No Comments »
Persatuan Bolasepak Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak, Jabatan Belia & Sukan dan Dewan Bandaraya Ipoh akan mengadakan Karnival Remaja ‘First Touch Soccer Kid’ pada hari Sabtu 25 Jun 2011, pukul 8:00 pagi bertempat di Padang Ipoh.
Berikut adalah kategori yang dipertandingkan :
Kategori bawah 8 tahun - 4 sebelah tanpa penjaga gol / pendaftaran 6 pemain.
Kategori bawah 10 tahun - 5 sebelah dengan penjaga gol / pendaftaran 7 pemain.
Kategori bawah 12 tahun - 5 sebelah dengan penjaga gol / pendaftaran 7 pemain.
Format Pertandingan :
Ukuran Padang - 40′ x 35′
Masa Permainan - 8 minit (separuh pertama) - 2 minit (rehat) - 8 minit (separuh kedua)
Sebanyak 16 pasukan akan dipilih pada setiap kategori dan terbahagi kepada 4 kumpulan serta pertandingan akan dijalankan secara liga. Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak Continue reading
Posted in Soccer Kids on August 17th, 2009 1 Comment »
Program Soccer Kids yang dilancarkan pada 11 2009 di Ipoh telah berjalan lebih kurang sebulan dan berjaya menarik minat kira-kira 40 pemain dari pelbagai peringkat usia. Fasa latihan selama 3 bulan ini akan dihentikan sementara waktu pada bulan Ramadan dan dijangka akan bersambung semula pada bulan Oktober nanti.
Selain dari sesi latihan yang dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pemain-pemain juga turut didedahkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan. Setakat berita ini ditulis, pasukan Soccer Kids telah mengadakan 3 perlawanan persahabatan iaitu menentang pasukan Ipoh Friday Club, Mutiara FC dan Pasak FC.
Rangkuman gambar peserta Soccer Kids:
…
Continue reading
Posted in Soccer Kids on July 9th, 2009 1 Comment »
Untuk makluman semua, Unit Pembangunan Bolasepak Perak akan menganjurkan Program Seladang Soccer Kids yang dijadualkan pada hari Sabtu 11 Julai 2009 bertempat di Padang Kompleks MBI, Ipoh. Program ini telah diadakan sejak 7 tahun yang lalu dan untuk tahun ini terdapat 3 kategori dijalankan iaitu bawah 8 tahun, 10 tahun dan 12 tahun.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, sila rujuk maklumat dibawah:
- Pendaftaran: 3:00 - 6:00 petang - Sabtu 11 Julai 2009
- Lokasi: Padang Kompleks MBI, Ipoh
- Kategori: Bawah 8 tahun, Bawah 10 tahun dan Bawah 12 tahun
- Jadual Latihan: Sabtu - 4:00 - 6:00 petang / Ahad - 8:00 - 10:00 pagi
- Tempoh Latihan: 3 bulan
50 pendaftaran terawal akan menerima cenderahati berupa kemeja T atau topi.
Untuk sebarang pertanyaan… Continue reading