Piala Sumbangsih 2007/08
Posted in Piala Sumbangsih on September 20th, 2007 3 Comments »
![]()
Semua peminat bola sepak Liga Malaysia mengetahui bahawa satu perlawanan Piala Sumbangsih akan diadakan pada awal musim bagi menandakan bermulanya musim baru Liga Malaysia.
Untuk edisi 2007/08 perlawanan pembukaan tersebut akan diadakan pada 3 November 2007.(tertakluk kepada perubahan jadual) Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FAM pula, dua pasukan yang akan terlibat dalam perlawanan pembukaan seperti itu ialah juara Liga Super bertemu dengan juara Piala Malaysia.
Oleh kerana Kedah merupakan juara bagi kedua-dua piala tersebut, maka ada kemungkinan naib juara Piala Malaysia/Liga Super iaitu Perak akan dipilih untuk bertemu dengan Kedah nanti.
Saya lebih suka jika Perak dipilih untuk bertemu dengan Kedah dalam Piala Sumbangsih daripada dipilih mewakili Malaysia ke kejohanan AFC. Saya katakan begitu kerana jika Perak ke kejohanan AFC, maka ia akan melibatkan perbelanjaan yang banyak serta




