feed rss2

Archive for the 'Piala Presiden 07/2008' Category

Piala Presiden | Perak Vs PDRM - Suku Akhir

Piala Presiden 07/2008
Khamis 19 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan antara pasukan Perak menentang PDRM untuk perlawanan kedua Piala Presiden 07/2008 peringkat suku akhir di Stadium Perak, Ipoh. Perak pada perlawanan pertama lalu telah menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 3 gol berbalas 1 di tempat lawan.

Semoga para pemain mampu mengekalkan kecemerlangan permainan untuk memastikan pasukan pulang dengan 3 mata penuh. Kepada peminat yang berkesempatan terutama yang tinggal di sekitar Ipoh dijemput hadir pada perlawanan ini untuk memberi sokongan kepada skuad Presiden Perak…

Piala Presiden 07/2008
Khamis 12 Jun 2008
Stadium Mini Jitra, Kedah
4:45PM

Kedah 1 - 3 Perak

Petang semalam telah berlangsung perlawanan antara pasukan Kedah menentang Perak untuk kempen Piala Presiden 07/2008 peringkat suku akhir di Stadium Mini Jitra yang menyaksikan Perak menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 3 gol berbalas 1.

Gol-gol Perak telah dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad dan Mohd Termizi Abdul Rahman pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua pasukan tuan rumah membalas dengan satu gol sebelum Mohd Termizi Abdul Rahman menambah gol ketiga buat pasukan Perak.

Perak diletakkan bersama-sama dengan pasukan Terengganu, Kedah dan PDRM untuk peringkat suku akhir yang dijalankan secara liga dengan perlawanan timbal balik. Bagi pasukan Selangor, mereka diletakkan bersama-sama pasukan Kelantan, Kuala Muda dan My Team.

Pada peringkat ini juga tiada bantuan 3 pemain dari skuad senior boleh digunakan. Semua pasukan hanya boleh menggunakan pemain yang berumur…

Piala Presiden 07/2008
Khamis 15 Mei 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Presiden antara pasukan Perak menentang pasukan Sabah. Perak yang menang 3 gol berbalas 2 pada perlawanan menentang Perlis tempohari sudah tentu akan cuba memenangi perlawanan ini untuk memastikan tempat sebagai 2 pasukan terbaik dalam kumpulan A.

Ini adalah perlawanan terakhir buat semua pasukan dalam liga Piala Presiden musim 2007/2008. 2 pasukan terbaik dari kumpulan A dan B akan berentap pula dalam saingan peringkat separuh akhir sebelum perlawanan akhir yang akan menentukan juara keseluruhan Piala Presiden nanti.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 15 Mei 2008

Plus FC vs Selangor
Stadium Petronas, Bangi

Pahang vs PDRM
Padang MPK 1B Kuantan

Johor vs Perlis
Stadium Mini Mersing, Johor

Kuala Muda vs Melaka
Kompleks Sukan NAZA Gurun

Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Proton FC vs PKNS
Stadium UITM Shah…

Piala Presiden 07/2008
Khamis 8 Mei 2008
Stadium Utama, Kangar
4:45PM

Beberapa lagi perlawanan Piala Presiden akan diadakan hari ini termasuk pertemuan antara pasukan Perak menentang Perlis di Kangar. Perak mencatatkan keputusan seri 2 sama bertemu PDRM walaupun mendahului pada satu ketika.

Pemain perlu lebih fokus untuk memperbaiki mutu persembahan mereka supaya tidak mengulangi kealpaan mudah pertahanan yang melepaskan gol walaupun telah mendahului pada satu ketika dengan selesa. Tiada erti jaringan besar jika bolosnya lebih dari itu.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 8 Mei 2008

Selangor vs Pahang
Stadium Shah Alam, Selangor

PDRM vs Johor
Padang Utama Pulapol

Sabah vs Kuala Muda
Stadium Likas,Sabah

Melaka vs Pulau Pinang
Stadium Hang Tuah, Melaka

Negeri Sembilan vs ATM
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

SSBJ vs Kuala Lumpur
Padang D MSN Bukit Jalil

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang kecuali di Stadium Likas pada 4:15 petang dan 8:45 malam…

Piala Presiden 07/2008
Isnin 5 Mei 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Presiden antara pasukan Perak menentang pasukan PDRM. Perak yang tewas pada perlawanan menentang Selangor tempohari sudah tentu akan cuba memenangi perlawanan ini untuk meraih sebanyak mata yang mungkin untuk terus kekal bersaing.

Dengan hanya tinggal berbaki 2 lagi perlawanan untuk dilalui oleh skuad presiden Perak selepas ini, kita mengharapkan supaya mereka mampu untuk mengulangi kejayaan tahun 2007 walaupun persembahan tahun ini tidaklah sebaik tahun lalu di bawah kendalian jurulatih Raja Azlan Shah Raja So’ib.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 5 Mei 2008

Johor vs Selangor
Stadium Mini Mersing, Johor

Pahang vs Plus FC
Padang MPK 1B Kuantan

Kuala Muda vs Perlis
Kompleks Sukan NAZA Gurun

Pulau Pinang vs Sabah
Stadium Bandaraya, P.Pinang

ATM vs Melaka
Stadium Mindef, Kuala Lumpur

PKNS vs Kuala Lumpur
Padang Kompleks Sukan PKNS

SSBJ vs Proton…

Piala Presiden 07/2008
Khamis 1 Mei 2008
Stadium Shah Alam
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan antara pasukan Selangor menentang Perak untuk kempen Piala Presiden 07/2008. Perak pada 24 April 2008 yang lalu telah berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Plus FC dengan jaringan 1 gol.

Kemenangan pada perlawanan ini amat penting untuk memintas Selangor di tangga pertama yang dipisahkan dengan 2 mata. Selangor pada perlawanan lalu tumpas kepada Kuala Muda dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 1 Mei 2008

Plus FC vs Johor
Stadium Petronas, Bangi

PDRM vs Kuala Muda Naza
Padang Utama Pulapol

Perlis vs Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri

Sabah vs ATM
Stadium Likas,Sabah

Melaka vs Negeri Sembilan
Stadium Hang Tuah, Melaka

Felda United FC vs PKNS
Stadium Petronas, Bangi

Kuala Lumpur vs Proton FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Shahzan Muda vs Sarawak
Stadium Mini, Temerloh

Johor FC vs Terengganu
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

My Team…

Piala Presiden 07/2008
Khamis 24 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan antara pasukan Perak menentang Plus FC untuk kempen Piala Presiden 07/2008. Perak pada 17 April 2008 yang lalu telah berjaya mencatatkan keputusan seri bertemu Pahang di tempat lawan dengan jaringan 1 sama.

Nampaknya skuad Presiden Perak agak lebih baik prestasinya apabila menduduki tangga kedua kumpulan A dengan 36 mata di belakang pasukan Selangor yang memungut 41 mata dari 19 perlawanan. Namun sedikit yang membanggakan kita ialah kekebalan barisan pertahanan Perak yang hanya melepaskan 9 gol setakat ini serta telah menjaringkan 26 gol.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Presiden untuk 24 April 2008

Kuala Muda vs Selangor
Kompleks Sukan NAZA, Gurun

Johor vs Pahang
Stadium Mini Mersing, Johor

Pulau Pinang vs PDRM
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

ATM vs Perlis
Stadium Mindef, Kuala Lumpur

Negeri Sembilan vs Sabah
Stadium Tuanku Abdul Rahman…

« Prev

[Valid CCL]