Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Selangor 1 - 0 Perak
Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke 41 permainan melalui satu tandukan hasil hantaran lintang sudah cukup untuk pasukan Selangor menjuarai Piala Presiden musim 2008 di Stadium Shah Alam menewaskan juara bertahan musim lalu Perak dengan 1 - 0.
Hadiah utama sebuah trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM 100 ribu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pasukan Selangor selaku juara manakala Perak pula menerima hadiah wang tunai bernilai RM 50 ribu sebagai naib juara.
Penonton yang hadir dianggarkan kira-kira 3000 orang dengan pasukan Perak bermula garang apabila kerap menyerang namun gerakan yang tidak tersusun dari para pemain tengah menyukarkan barisan hadapan untuk menghasilkan sebarang gol.
Ada juga beberapa penonton yang kami ajukan soalan tentang kekalahan ini menjawab Continue reading
Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Perlawanan akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Shah Alam malam ini untuk menentang pasukan tuan rumah Selangor. Perak dijangka tidak menurunkan Ahmad Fakri Saarani yang menyertai skuad senior pada perlawanan terakhir kumpulan C, Sabtu ini menentang My Team di Kelana Jaya.
Dua pemain dari skuad senior yang akan diturunkan malam nanti ialah Noor Hazrul dan Wan Abu Yazid. Beliau (Wan Abu Yazid) turut diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan selepas ketiadaan Arif Fazlie yang menjalani penggantungan dua kad kuning.
Wakil seladang.net berkesempatan bertemu para pemain dan jurulatih Perak yang menjalani latihan di Stadium Shah Alam petang semalam turut melaporkan bahawa sesi latihan berjalan lancar serta pemain cukup komited menjelang pertemuan malam ini.
Perak dijangka menurunkan gandingan penyerang berbisa mereka iaitu Mohd Termizi… Continue reading
Selangor vs Perak
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Untuk makluman semua, perlawanan akhir Piala Presiden antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak yang dijadualkan pada hari Khamis 31 Julai 2008 telah ditunda pada hari Jumaat 1 Ogos 2008 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan melalui faksimili kepada Perak FA tengahari tadi.
Dengan itu juga harapan peminat Ahmad Fakri Saarani untuk melihat beliau turut serta pada perlawanan akhir itu lebur kerana difahamkan beliau akan bermain pada 2 Ogos 2008 untuk pasukan senior Perak ketika menentang pasukan My Team di Kelana Jaya.
Walaupun begitu kelibat seorang lagi pemain muda Perak yang mewakili pasukan senior iaitu Noor Hazrul dijangka akan diturunkan pada perlawanan itu bersama-sama penjaga gol utama Kamarul Effandy yang selesai menjalani penggantungan 2 kad kuning tempohari.
Penolong jurulatih Piala Presiden Perak Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata… Continue reading
Skuad Presiden Perak musim ini berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir untuk bertemu Selangor dan mungkin mengulangi pencapaian musim 2006/2007 di mana Perak muncul sebagai juara apabila menewaskan Kelantan di perlawanan akhir.
Persoalannya mampukah skuad yang dipimpin oleh ketua jurulatih Chong Yee Fat bersama pembantunya Abu Bakar Fadzim mengulangi kejuaraan sulung musim 2006/2007 sewaktu skuad Presiden Perak dibawah kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib?.
Pihak kami berkeyakinan tinggi Perak mampu mempertahankan kejuaraannya musim lalu kerana kebanyakan pemain yang menyarung jersi skuad Presiden Perak kini adalah pemain yang sama sewaktu Raja Azlan Shah Raja So’ib menjadi ketua jurulatih.
Berikut kami senaraikan sorotan keputusan perlawanan sewaktu di peringkat suku akhir berkumpulan dan separuh akhir peringkat timbal balik kalah mati yang dihadapi oleh pasukan Perak termasuk senarai nama penjaringnya.
Suku Akhir Kumpulan A
Perak
Terengganu
Kedah
PDRM
Kedah 1 - 3 Perak
Khamis 12 Jun 2008
Stadium… Continue reading