Category Archives: Piala Malaysia 2012

Piala Malaysia 2012

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby FC (Result)

untitled.jpg

Jumaat,14 September 2012
8.45 malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 Sime Darby FC

Akhirnya, Jang Jung berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam kariernya bersama Perak selaku Ketua Jurulatih. Sebelum itu, Perak dilihat sukar mencatatkan kemenangan tidak seperti yang dipamerkan musim lalu. Kekecewaan jelas terpancar di wajah setiap penyokong Perak biarpun menang dalam perlawanan penting itu. Ini kerana Perak tetap gagal kerana dalam perlawanan lain Kumpulan C menyaksikan Felda United berjaya mengikat Negeri Sembilan untuk memastikan mereka ke Suku Akhir.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Perak Vs Sime Darby (Preview)

untitled.jpg

Jumaat 14 September 2012
8.45 Malam
Stadium Ipoh Perak

Perak yang terpaksa menempuh laluan sukar dalam saingan Piala Malaysia ini bakal turun menentang Sime Darby yang kini berada di atas Perak di tangga ketiga Kumpulan C di Ipoh Jumaat nanti. Perak yang kini tanpa sebarang kemenangan dikatakan masih memiliki peluang dengan syarat menang dengan margin gol yang besar ke atas lawan terakhir ini. Dalam bolasepak, ianya bukanlah mustahil. Namun Sime Darby juga turut memasang impian untuk turut layak ke Suku Akhir selain Felda United dan Negeri Sembilan.

Perak kini mengharapkan Felda United tewas dengan jaringan besar kepada Negeri Sembilan sedangkan Felda United pula mengharapkan sebaliknya untuk mara ke pusingan seterusnya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (result)

Selasa, 4 Sep 2012
Stadium Hang Jebat, Melaka
8:45 Malam

Felda United 2 – 2 Perak

Perak sekali lagi hambar biarpun sebelum perlawanan berlangsung harapan menggunung disandarkan untuk meraih 3 mata penting bagi mencerahkan peluang ke Suku Akhir nanti.

Keputusan ini telah mencetuskan rasa kurang senang dikalangan para penyokong yang amat mengharapkan kemenangan. Semua perkara berkaitan pasukan Perak kini menjadi perhatian penyokong yang mula mempertikaikan kredibiliti pihak yang bertanggungjawab.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2012 | Felda United Vs Perak (Preview)

Selasa 4 September 2012
8.45 Malam
Stadium Hang Jebat Melaka

Berbaki 2 perlawanan untuk pasukan Perak melengkapkan jadual saingan Piala Malaysia. Di atas kertas sudah menunjukkan jalan keluar buat pasukan Perak yang kini sekadar berada di tangga tercorot dalam kumpulan C dengan hanya mengumpul 2 mata keseluruhan berbanding pendahulu, tempat kedua dan tempat ketiga masing masing mengumpul 8 dan 5 mata.

Pasukan Perak perlu menang besar keatas pasukan Felda United dan Sime Darby selepas ini untuk memiliki 8 mata dan penentuannya seterusnya perlu mengharapkan bantuan ihsan dari pasukan lain bagi melayakkan pasukan Perak ke peringkat seterusnya

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)