Posted in Piala Malaysia 2011 on October 8th, 2011 2 Comments »

Isnin ,10 Okt 2011
Stadium Shah Alam
8:45 Malam
Kecoh didada akhbar, di medium-medium lain seperti laman sosial perang psikologi menjelang pertemuan suku akhir ini. Terima kasih kerana menghangatkan suasana bolasepak Malaysia. Ternyata bolasepak Malaysia ‘masih hidup’ dengan sokongan kita semua.
Pertembungan dua gergasi bolasepak Malaysia iaitu Sang Seladang dan The Red Giant dilihat bukan sahaja pertembungan antara dua pasukan semata-mata, tetapi juga pertembungan dua penyokong yang fanatik. Ternyata penyokong kedua-dua belah pihak tidak sabar menantikan pertemuan yang disifatkan klasik ini.
Bagi pengendali Perak Norizan Bakar, beliau tetap dengan sikap ‘low profile’ nya yang menganggap ini pertemuan yang biasa seperti perlawanan-perlawanan lain. Ternyata kenyataannya mendatangkan gusar kepada P Maniam yang mengatakan mereka tidak gentar dengan perang psikologi Perak.
Biar apa pun kenyataan atau spekulasi, pertemuan ini amat dinantikan. Penyokong-penyokong Yob sudah Continue reading
Posted in Piala Malaysia 2011 on September 28th, 2011 2 Comments »

Selasa , 27 Sept 2011
Stadium Darul Aman, Alor Star
8:45 Malam
Perak 1 - 1 Kedah
Malam yang panjang buat Sang Kenari tatkala Sang Seladang mengasah tanduknya menjelang Suku Akhir 10 Okt 2011 nanti, Kedah tersisih biarpun berjaya mengikat Perak di Alor Setar semalam.
Perlawanan semalam bukanlah yang terbaik dipamerkan Perak. Namun begitu, beberapa insiden yang menyaksikan keputusan pengadil perlawanan membatalkan dua gol di babak pertama, telah menjadi isu panas diperkatakan semalam. Biarpun begitu keputusan pengadil adalah mukatamad.
Gol Perak terhasil ke 53 apabila Mohd Syafiq Jamal bijak menyudah jolokan Mohd Failee Ghazali yang sebelum itu berjaya melepas bek kanan Kedah.
Kedah kembali bernafas apabila Mohd Faizal Abu Bakar menanduk masuk gol penyamaan berpunca daripada sepakan penjuru selepas 3 minit berselang.
Secara keseluruhannya, Kedah menguasai permainan dengan baik sekali. Biar pun begitu serang balas… Continue reading
Posted in Piala Malaysia 2011 on September 26th, 2011 8 Comments »

Selasa , 27 Sept 2011
Stadium Darul Aman, Alor Star
8:45 Malam
Biarpun Perak sudah mengesahkan tempat ke Suku Akhir, namun perlawanan terakhir peringkat Kumpulan ini sudah semestinya tidak akan diambil mudah oleh semua pemain-pemain Perak.
Perlawanan ini juga adalah perlawanan maruah dan Perak tidak akan sekali-kali menyerah kalah. Kedah dilihat amat tertekan untuk meraih kemenangan dengan jaringan yang banyak untuk mengiringi Perak ke pusingan seterusnya. Begitu juga dengan Sabah yang kini berkongsi 7 mata dengan Kedah hanya jumlah jaringan yang memisahkan.
Secara amnya, berdasarkan keadaan sebenar ketika ini, Perak tiada tekanan langsung bertandang ke Alor Star, besar kemungkinan Norizan Bakar akan merehatkan pemain-pemain utama dan memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan untuk membarisi kesebelasan utama malam Rabu nanti.
Biar apa pun yang terjadi, Perak harus mempertahankan maruah dan rekod tanpa kalah… Continue reading