Category Archives: Piala FA 2015

Piala FA 2015 | Perak vs Terengganu

fa cup

 

 

 

 

 

 

Selasa, 21 April 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 0 – 2 Terengganu (AGG 1-3)

Ketika Perak cuba mempertahankan kelebihan 1 gol di tempat lawan, Terengganu pantas memadamkan kelebihan itu untuk meranap impian Perak ke Separuh Akhir setelah menanti sekian lama.

Paolo Rangel muncul sebagai pembuka cerita duka Perak apabila menanduk masuk hantaran silang menarik dari sebelah kanan gol Perak sambil dibantu oleh kepincangan pertahanan Perak yang turun tanpa Thiago Junio. Selepas gol pertama di minit ke 21 itu, Perak dilihat agak cemas untuk mencari gol penyamaan, namun dengan corak permainan yang ternyata berbeza dilihat agak sukar untuk menterjemahkan gerakan-gerakan yang dicipta dengan jaringan gol.

Continue reading

Likes(3)Dislikes(2)

Piala FA 2015 | Terengganu vs Perak (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Selasa, 7 April 2015
8.45 Malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin

Terengganu 1 – 1 Perak

Bukanlah sesuatu yang biasa untuk Perak mara ke peringkat ini dalam misi merebut Piala FA. Piala FA dan Dato’ M Karuthu ada ‘chemistry’. Semua sedia maklum apa cerita Dato’ M Karuthu dan Piala FA dalam Liga Malaysia.

Berbalik kepada cerita di Kuala Terengganu malam tadi. Permulaannya tampak agak sukar. Ini kerana lama keramat Sang Penyu jarang-jarang sekali dapat kita tawan. Tetapi, karektor Liga Super sudah mula sebati dengan tim Perak menyelinap dalam diri setiap pemain-pemainnya. Biarpun Perak kurang ‘hidup’ di bahagian tengah, tetapi, Dato’ M Karuthu cuba sebaiknya menggunakan apa yang ada ditambah kebijaksaannya mengatur strategi umpama Panglima Perang yang hanya mementingkan ‘end result’ tidak kiralah dengan cara apa sekali, dihujungnya ‘Perak Menang’.

Continue reading

Likes(23)Dislikes(2)

Piala FA 2015 | Perak vs T-Team (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Selasa, 17 Mac 2015
8.45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Perak 2 – 1 T-Team

Lagi kemenangan untuk Perak selepas diaibkan PDRM Sabtu lalu. Skrip agak berbeza malam tadi apabila Perak terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal oleh pasukan pelawat di minit ke 15. Namun, gol awal itu segera dibalas 2 minit selepas itu oleh siapa lagi kalau bukan pemain import Perak yang paling menyerlah iaitu Namkung Woong.

Selepas itu, di minit ke 32, sekali lagi Namkung Woong menjaringkan gol kedua untuk Perak bagi memastikan kemenangan dan membuka jalan untuk Perak ke Suku Akhir Piala FA kali ini.

Continue reading

Likes(13)Dislikes(2)

Piala FA 2015 | Shahzan Muda vs Perak (result)

fa cup

 

 

 

 

 

 

Sabtu, 28 Februari 2015
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Shahzan Muda 1 – 3 Perak

Apa pandangan anda? Dua tonggak import Perak menunjukkan taring. Paling menarik, penampilan sulung untuk musim 2015 Marco Tulio ibarat seladang terlepas kandang, pantas membuktikan ketajamannya.

Lontarkan nukilan, komentar dan apa sahaja. Hanya di SDN.

Likes(25)Dislikes(5)