Category Archives: Piala FA 2014

Piala FA 2014 | Perak vs Pahang (result)

SDN KV JATA

Selasa, 21 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perak 2 – 2 (Penalti 4-5) Pahang

Jujur dikatakan bahawa ini merupakan tahun terbaik Perak untuk bangkit TETAPI perlu kekalkan corak permainan sekurang-kurang seperti semalam. Respon yang positif diterima hasil daripada keputusan semalam biarpun tewas dengan penentuan sepakan penalti.

Secara keseluruhannya, Perak adalah mangsa kekejaman BOLASEPAK yang mana telah beraksi baik sepanjang 120 minit tetapi gagal dipenghujung penceritaan semalam. Disimpulkan bahawa pengalaman para pemain menjadi punca adakah ianya benar? Pengalaman mengambil sepakan penalti? Atau faktor lain? Anda boleh berkongsi pandangan anda.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala FA 2014 | Perak vs Pahang (preview)

SDN KV JATA

Selasa,21 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Langsung Astro Arena 801

Tahun lalu, Perak tewas 0-1 kepada Darul Takzim FC di Larkin. Masih segar dalam ingatan, di mana Perak ketika itu dibarisi kebanyakannya pemain muda yang bertenaga. Cuma nasib tidak menyebelahi kita tewas.

Musim ini, cabaran getir sekali lagi menanti, Juara Piala Malaysia 2013 menanti kita seawal cabaran Piala FA 2014. Pahang, sebuah pasukan yang kental, melalui banyak cabaran berliku untuk berada di tahap sekarang. Jatuh bangun mereka menjadi GURU terbaik untuk mereka mendakap trofi, terbaru Piala Sumbangsih minggu lalu di Kuantan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)