Category Archives: Piala Emas Raja-Raja 2013

Piala Emas Raja-Raja | Perak vs Perlis (Suku Akhir 1) (preview)

A

 

 

 

 

 

Sabtu, 16 November 2013
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perak bakal menanti kehadiran Perlis untuk perlawanan suku akhir pertama di Ipoh. Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Utama, Kangar 23 November 2013 nanti.

Dalam perlawanan ini nanti, Perak bakal menurunkan barisan yang sama ketika peringkat kumpulan di Kota Bahru lalu. Pasukan Perak yang diketuai Syazwan Roslan bakal memberi tentangan sengit kepada Perlis yang merupakan naib johan kumpulan A.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Emas Raja-Raja 2013 | Perak Mara Ke Suku Akhir

A

Perak melangkah bergaya ke Suku Akhir selepas berjaya menundukkan ATM dan Kuala Lumpur di peringkat Kumpulan. Manakala keputusan seri ketika perlawanan terakhir bertemu Kelantan di peringkat kumpulan sudah memadai untuk menyingkirkan Kelantan daripada saingan.

Perak cemerlang dengan menewaskan ATM di Padang Penjara, Pengkalan Chepa dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Khairul Asyraf Sahizah dan Ketua Pasukan Syazwan Roslan. Selepas itu, Kuala Lumpur pula menjadi mangsa di padang yang sama dengan jaringan 1-0, gol dihasilkan oleh Norhakim Isa.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Emas Raja-Raja 2013 | Senarai Kumpulan dan Jadual Perlawanan

A

Perak bakal berentap merebut trofi Piala Emas Raja-Raja anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia yang akan berlangsung selama 3 hari mulai 8 November 2013 ini.

Perak yang diundi bersama Kelantan, ATM dan Kuala Lumpur dalam Kumpulan B akan bermain di Kota Bahru yang merupakan venue untuk peringkat kumpulan mulai 8 November hingga 10 November 2013.

Berikut adalah senarai penuh kumpulan dan jadual :

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)