feed rss2

Archive for the 'Piala Belia 07/2008' Category

Piala Belia | Perak vs Kedah | 11 Jun 2008

Piala Belia 07/2008
Rabu 11 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Skuad belia Perak yang berehat minggu lalu akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Kedah di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada pukul 4:45 petang nanti.

Perlawanan di jangka menarik dan sengit memandangkan pasukan Perak pada perlawanan lalu telah tewas kepada satu lagi pasukan kelab yang mewakili Kedah. Kuala Muda dengan keputusan 3 gol berbalas 1.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 11 Jun 2008

ATM vs Selangor
Stadium Mindef, Kuala Lumpur

Pulau Pinang vs Plus FC
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Kuala Muda vs Kelantan
Kompleks Sukan NAZA, Gurun

Negeri Sembilan vs PDRM
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Melaka vs Perlis
Stadium Tun Fatimah, Melaka

SSBJ vs PKNS
Padang D MSN Bukit Jalil

Terengganu vs Pahang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang…

Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM

Kuala Muda 3 - 1 Perak

Seakan satu kesinambungan skuad Sukma yang tewas petang tadi, skuad belia Perak turut kecewa apabila tumpas kepada pasukan tuan rumah dengan keputusan 3 gol berbalas 1. Gol-gol Kuala Muda dijaringkan seawal minit ke 2 melalui tendangan pecuma dari jarak 30 meter manakala gol kedua dan ketiga dijaringkan pada minit ke 35 dan 37.

Penolong jurulatih skuad belia, Johari Hamzah ketika dihubungi berkata ketiadaan penjaga gol utama Khairul Amri yang beraksi dengan skuad Sukma Perak benar-benar menyentap semangat anak buahnya. Tuan Khairul Ikhwan yang diberi kepercayaan mengawal gawang gol dilihat agak gugup dan memaksa beliau membuat pertukaran dengan memasukkan Nik Mohd Shahrin.

Malang bertimpa apabila pada minit ke 39 separuh masa pertama, pasukan Perak terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Zulfadli Shuib dilayangkan kad merah…

Piala Belia | Kuala Muda Vs Perak | 3 Jun 2008

Piala Belia 07/2008
Selasa 3 Jun 2008
Kompleks Sukan NAZA Gurun
4:45PM

Perak akan berkunjung ke Kompleks Sukan NAZA Gurun petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan Kuala Muda. Pasukan seladang pada perlawanan lalu menentang ATM terpaksa ditunda pada tarikh yang akan diputuskan kemudian oleh kerana hujan lebat.

Skuad hari ini akan dipimpin oleh penolong skuad belia iaitu saudara Johari Hamzah setelah ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim bertugas di Sukma, Terengganu. Perak kehilangan 2 tonggak utama ialah penjaga gol Khairul Amri Bin Salehuddin dan pemain tengah Mohd Safwan Bin Mahayudin setelah khidmat mereka ditagih oleh skuad Sukma Perak.

Ketika dihubungi, saudara Johari Hamzah menyatakan bahawa walaupun tanpa ketua jurulatih dan 2 tonggak utama pasukan beliau yakin Perak mampu memenangi perlawanan itu nanti. ”Saya akan pastikan kemenangan berada di genggaman kita petang ini kerana pemain pengganti yang ada mampu untuk mengimbangi kekurangan…

Piala Belia 07/2008
Ahad 25 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Skuad belia Perak yang tidak bermain tempohari menentang ATM kerana perlawanan yang ditunda akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Pulau Pinang di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh.

Kepada mereka yang berkesempatan mungkin boleh menonton perlawanan ini di tempat yang dinyatakan di atas untuk melihat sendiri aksi pemain-pemain skuad belia Perak yang khabarnya sudah menemui sentuhan kemenangan sejak akhir-akhir ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 25 Mei 2008

Plus FC vs Melaka
Stadium UPM, Serdang

Kelantan vs Negeri Sembilan
Stadium Mini Pasir Mas

Kedah vs ATM
Stadium Mini, Jitra

PDRM vs Perlis
Padang Utama Pulapol

PKNS vs Pahang
Padang Kompleks Sukan PKNS

Proton FC vs Johor
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam

Kuala Lumpur vs My Team FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor FC vs Felda United FC
Stadium Jcorp Pasir Gudang

SSBJ vs Shahzan…

Piala Belia 07/2008
Rabu 21 Mei 2008
Stadium Mindef, Kuala Lumpur
4:45PM

Perak akan berkunjung ke Stadium Mindef Kuala Lumpur petang ini untuk menghadapi perlawanan Piala Belia menentang pasukan ATM. Pasukan seladang yang telah berjaya menumbangkan Negeri Sembilan tempohari dengan keputusan dramatik 3 gol berbalas 2, pasti akan cuba meneruskan tempo kemenangan ini.

Walaupun bermula dengan agak kurang baik di awal musim ini, pasukan Perak nampaknya telah berjaya memperolehi beberapa keputusan yang positif sejak akhir-akhir ini. Diharapkan pemain belia Perak mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik musim ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 21 Mei 2008

Perlis vs Selangor
Stadium Utama Negeri

Sarawak vs Plus FC
Stadium Sarawak, Kuching

Melaka vs Kelantan
Stadium Tun Fatimah, Melaka

Negeri Sembilan vs Kedah
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pulau Pinang vs Kuala Muda
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Terengganu vs PKNS
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pahang vs Proton FC
Padang MPK…

Piala Belia 07/2008
Ahad 18 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia membabitkan pasukan Perak menentang pasukan Negeri Sembilan di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh. Selepas mencatatkan kemenangan memberangsangkan ketika membenam Melaka tempohari, Perak seharusnya mampu untuk menewaskan pasukan Negeri Sembilan di tempat sendiri pada perlawanan ini.

Menurut ketua jurulatih skuad Belia Perak saudara Abu Bakar Fadzim, prestasi terumbang-ambing skuad belia Perak pada awal musim adalah disebabkan oleh persiapan singkat yang terpaksa dilalui oleh beliau untuk merangka dan menyusun senarai pemain Perak dalam tempoh kurang dari 2 minggu.

Kini pasukan belia Perak di bawah bimbingan beliau sudah semakin mantap dan mempunyai keserasian setelah melalui beberapa perlawanan bersama. Ujar beliau lagi, skuad bimbingannya tidak meletakkan sebarang sasaran namun mereka akan terus memberikan saingan sengit kepada setiap perlawanan yang dihadapi.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala…

Piala Belia 07/2008
Ahad 11 Mei 2008
Stadium Tun Fatimah Melaka
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia pasukan Perak menentang pasukan Melaka di Stadium Tun Fatimah, Melaka. Keputusan perlawanan itu nanti akan kami bawakan kepada peminat sejurus selepas perlawanan tamat.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 11 Mei 2008

PDRM vs Plus FC
Padang Utama Pulapol

Perlis vs Kelantan
Stadium Utama Negeri

Sarawak vs Kedah
Stadium Sarawak, Kuching

Melaka vs Perak
Stadium Tun Fatimah, Melaka

Negeri Sembilan vs Kuala Muda
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Sabah vs Proton FC
Stadium Likas, K.Kinabalu

Terengganu vs Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United FC vs Pahang
Staium. Pusat Latihan BSN Bangi

Johor vs Shahzan Muda
Stadium MP Kluang

MyTeam FC vs Johor FC
Stadium Mini Bandaran Gerik

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang kecuali di Stadium Likas dan Stadium Sarawak iaitu 4:15 petang…

Piala Belia 07/2008
Rabu 7 Mei 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Petang nanti akan berlangsung perlawanan Piala Belia yang ke-12 pasukan Perak menentang pasukan Melaka di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh. Prestasi skuad belia seawal pusingan pertama ini dilaporkan kurang memberangsangkan. Skuad ini dipimpin oleh jurulatih Abu Bakar Fadzim yang juga merangkap penolong jurulatih skuad Piala Presiden Perak.

Keputusan dan carta liga yang diperolehi dari FAM tidak dikemaskini termasuk halaman PAFA sendiri. Oleh itu pihak kami akan cuba mengambil satu usaha tersendiri untuk mendapatkan maklum balas secara peribadi dari saudara Abu Bakar Fadzim pada masa terdekat ini tentang prestasi semasa skuad belia Perak.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 7 Mei 2008

Plus FC vs PDRM
Stadium UPM, Serdang

Kelantan vs Perlis
Stadium Mini Pasir Mas

Kuala Muda vs Negeri Sembilan
Kompleks sukan NAZA Gurun

Pulau Pinang vs ATM
Stadium Kompleks Sukan…

« Prev

[Valid CCL]