Posted in Piala Belia 07/2008 on June 29th, 2008 1 Comment »
Piala Belia 07/2008
Ahad 29 Jun 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
4:45PM
Hari ini skuad belia Perak akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menentang pasukan Selangor. Perlawanan yang dijadualkan di Stadium Shah Alam pada awalnya terpaksa ditukar untuk memberi laluan kepada persiapan awal Kejohanan Piala Sultan Selangor pada 6 Julai ini.
Kehadiran penonton memang sesuatu yang di nanti pada perlawanan ke 21 ini bagi meniup semangat pemain Perak yang memerlukan kemenangan selain mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir nanti.
Masuk adalah percuma.
Jadual perlawanan Piala Belia untuk 29 Jun 2008
Plus FC vs Kedah
Stadium UPM, Serdang
PDRM vs Kuala Muda
Padang Utama Pulapol
Perlis vs Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri
Sarawak vs ATM
Stadium Sarawak, Kuching
Melaka vs Negeri Sembilan
Stadium Tun Fatimah, Melaka
PKNS vs Felda United FC
Padang Kompleks Sukan PKNS
Kuala Lumpur vs Proton FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Shahzan Muda vs Sabah
Stadium Mini Temerloh
Johor…
Piala Belia 07/2008
Ahad 22 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Perak 4 - 1 Plus FC
Skuad belia Perak beraksi pada petang tadi dengan semangat juang yang tinggi untuk meraih satu lagi kemenangan besar menewaskan pasukan Plus FC di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh dengan keputusan 4 gol berbalas 1.
Pasukan Perak terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal oleh pasukan pelawat pada minit ke 39 permainan melalui Mohd Asyididil Ashar sebelum Mohamad Khalis Ibrahim menjaringkan gol penyamaan 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan terikat dengan 1 sama.
Pada separuh masa kedua, Perak memperolehi 2 gol melalui pemain yang baru dimasukkan iaitu Ahmad Hamidi Abdul Rahman pada minit ke 74 dan minit ke 84 untuk membolehkan Perak mendahului Plus FC dengan 3 gol.
Malang menimpa Plus FC apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke 89 apabila…
Posted in Piala Belia 07/2008 on June 22nd, 2008 1 Comment »
Piala Belia 07/2008
Ahad 22 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Skuad belia Perak yang menang bergaya menewaskan pasukan Kelantan tempohari akan beraksi lagi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan Plus FC di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada pukul 4:45 petang nanti.
Buktikan kepada semua bahawa pasukan Perak tidak ketandusan bakat-bakat muda yang berkaliber untuk membawa cabaran skuad senior pada masa hadapan kelak. Kepada peminat yang berkesempatan, bolehlah datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan muda Perak ini.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 22 Jun 2008
Kuala Muda vs Selangor
Kompleks Sukan NAZA Gurun
Kedah vs Kelantan
Stadium Mini, Jitra
Pulau Pinang vs PDRM
Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang
ATM vs Perlis
Stadium Mindef, Kuala Lumpur
PKNS vs Shahzan Muda
Padang Kompleks Sukan PKNS
Proton FC vs Felda United FC
Padang Proton Seksyen 26, Shah Alam
SSBJ vs Kuala Lumpur
Padang D MSN…
Piala Belia 07/2008
Selasa 17 Jun 2008
Stadium Mini Pasir Mas
4:45PM
Kelantan 2 - 4 Perak
Petang tadi, skuad belia Perak dengan penuh bergaya telah menewaskan pendahulu kumpulan A, Kelantan dengan jaringan 4 gol berbalas 2 di Stadium Mini Pasir Mas. Namun skuad Kelantan terlebih dahulu mendahului seawal minit ke 9 melalui sepakan penalti setelah pemain mereka dikasari di dalam kotak penalti Perak.
Hakim Roslee menyumbangkan gol pertama Perak pada minit ke 25 sebelum Mohamad Izham Ruslan menjaringkan gol kedua pada minit ke 31 hasil tendangan penalti. Pada minit ke 51, satu lagi tendangan penalti disudahkan dengan baik oleh pemain termuda skuad belia Perak, Shahrul Mohd Saad untuk gol ketiga pasukan.
Walaupun ketinggalan dengan 3 gol, pasukan Kelantan berjaya juga menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke 65. Pada minit ke 86 permainan, Perak berjaya memperolehi…
Piala Belia 07/2008
Selasa 17 Jun 2008
Stadium Mini Pasir Mas
4:45PM
Petang esok, skuad belia Perak akan berkunjung ke Stadium Mini Pasir Mas menentang pasukan Kelantan setelah membenam cabaran ATM tempohari dengan jaringan besar 6 gol. Pasukan Kelantan adalah antara pasukan pilihan yang menduduki 3 tangga terbaik dalam kumpulan A selain pasukan Selangor dan Kedah.
Namun begitu skuad belia Perak juga tidak kurang hebatnya sejak akhir-akhir ini dengan mencatatkan beberapa keputusan yang memberangsangkan. Semoga para pemain mampu untuk mencapai satu lagi kemenangan esok.
Jadual perlawanan Piala Belia untuk 17 Jun 2008
Selangor vs Pulau Pinang
Stadium Shah Alam
Plus FC vs Kuala Muda
Stadium UPM, Serdang
PDRM vs ATM
Padang Utama Pulapol
Perlis vs Negeri Sembilan
Stadium Utama Negeri
Sarawak vs Melaka
Stadium Sarawak, Kuching
Johor FC vs PKNS
Stadium Jcorp. Pasir Gudang
Shahzan Muda vs Proton FC
Stadium Mini Temerloh
Kuala Lumpur vs Felda United FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
My…
Piala Belia 07/2008
Sabtu 14 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
ATM 1 - 6 Perak
Skuad Belia Perak pada petang tadi, berpesta gol di Padang 2 Renjer Tambun menentang pasukan ATM dengan jaringan 6 gol berbalas 1. Namun sebelum itu Perak dikejutkan oleh pasukan tuan rumah, ATM seawal minit ke 5 melalui tendangan penalti setelah berlaku kekasaran di dalam kotak penalti Perak.
Permainan Perak agak goyah pada 10 minit pertama permainan sehinggalah Nor Shahrul Ainol Zakariah menyumbangkan gol pertama pada minit ke 11. Pada minit ke 36, Abdul Hafis Amran menghasilkan gol kedua sebelum Mohamad Izham Ruslan menjaringkan penalti pada minit ke 40 untuk meletakkan Perak mendahului ATM 3 gol berbalas 1.
7 minit separuh masa kedua, Mohamad Izham Ruslan menjaringkan gol keempat Perak dituruti oleh Abdul Hafis Amran pada minit ke 58 untuk…
Piala Belia 07/2008
Sabtu 14 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Skuad Belia Perak akan bermain petang ini di Padang 2 Renjer Tambun menentang pasukan ATM sebagai pasukan pelawat setelah kunjungan tempohari di Stadium Mindef Kuala Lumpur pada 21 Mei di batalkan kerana hujan lebat.
Perak yang masih segar dengan kejayaan menewaskan pasukan Kedah pada perlawanan lalu, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang membenam cabaran ATM hari ini. Kepada peminat bolasepak Perak yang mempunyai kelapangan, dijemput untuk hadir memberikan sokongan kepada skuad belia Perak petang nanti…
Piala Belia 07/2008
Rabu 11 Jun 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Perak 2 - 0 Kedah
Skuad belia Perak mencatatkan kemenangan memberangsangkan pada persaingan Piala Belia apabila menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2 gol tanpa balas di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh sebentar tadi.
Gol pertama pasukan Perak hadir pada minit ke 80 melalui Wan Hossein Wan Abdul Ghani yang mudah menendang masuk bola di dalam kotak penalti lawan setelah menerima hantaran dari pemain lincah berjersi nombor 15, Mohd Khalid.
6 minit kemudian, Mohamad Shafiq Mohamed Ali menambah derita Kedah apabila menjaringkan gol kedua juga melalui rembatan di dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol lawan.
Penolong jurulatih skuad belia, Johari Hamzah yang nyata gembira dengan keputusan ini berkata “Kehadiran semula penjaga gol utama Khairul Amri nyata memberi satu kekuatan kepada benteng terakhir Perak di samping kembalinya…