feed rss2

Archive for the 'Media' Category

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk semua Pasukan menghadapi Saingan Liga Malaysia Musim 2012. Oleh yang demikian, Skuad Seladang tidak ketinggalan untuk memperkenalkan barisan pemain bagi musim baru nanti.

Justeru itu, Pihak Persatuan Bola Sepak Perak(PAFA) akan mengadakan Sesi Pengenalan Pemain-Pemain Dan Pegawai Untuk Musim 2012, serta Merasmikan Jersi Pasukan Perak yang baru, butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tempat: Kediaman Menteri Besar Perak
Tarikh:   02 Januari 2012
Masa:      9.00 Pagi.

Difahamkan, para penyokong boleh turut serta untuk menyaksikan perasmian tersebut. Hebahan mengenainya juga boleh dibaca di laman-laman web/sosial dan akhbar serta boleh didengari di radio-radio terutama Perak FM.

Diharap para Penyokong Skor Yob Skor tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah ini dan boleh dikatakan sebagai tradisi Perak setiap tahun sebelum memulakan musim baru Liga Malaysia… Continue reading

Pada 1 September 2010 pihak Astro Arena melalui rancangan Formasi yang dikendalikan oleh Zainal Abidin Rawop telah menjemput jurulatih Perak, Raja Azlan Shah Raja So’ib sebagai ahli panel. Berikut adalah sebahagian dari sedutan rancangan tersebut.

[MEDIA=43] Continue reading

Perjumpaan antara penyokong bolasepak Perak yang tinggal di sekitar Lembah Klang dengan wakil media dari Bernama TV telah berjalan dengan lancar di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada pukul 11.35 pagi, 2 November 2008.

Sekitar lebih 40 orang penyokong hadir bagi menjayakan perjumpaan tersebut untuk membantah sikap sambil lewa pengurusan Perak FA kini yang masih bergelut dengan isu penyerahan kuasa kepada Menteri Besar Perak dan masalah gaji pemain yang tertunggak.

Rakaman video dari Bernama TV ada disediakan dibahagian MEDIA… Continue reading

TM Liga Super

TM Liga Super 07/2008
26 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 - 1 My Team FC

Rangkuman jaringan perlawanan tersebut hanya boleh dilayari Ahli Berdaftar sahaja dibahagian MEDIA. Kepada yang belum berdaftar, sila daftarkan diri anda terlebih dahulu untuk menonton video tersebut.

Terima Kasih
admin… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]