Category Archives: Liga Super 2018

UNIFI Liga Super 2018 | Kelantan vs Perak (Preview)

UNIFI LIGA SUPER 2018

Sabtu, 24 Feb 2018.
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
9.00 Malam

Dua pasukan berada dalam dilema yang berbeza, Mehmet Duracovic mengharapkan beberapa tonggak utama mereka yang mengalami kecederaan, dan akan sembuh sepenuhnya sebelum perlawanan pada hari Sabtu ini, manakala dalam pasukan Kelantan pula kini memiliki nafas baharu dengan kehadiran semula penyerang import kesayangan mereka iaitu Ghaddar.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)

UNIFI Liga Super 2018 | Perak vs Pkns Fc(Result)

Sabtu, 10 April 2018
Stadium Tldm,Lumut
9.00 Malam

PERAK  0  -  2  PKNS FC

Ramazotti (M2/62)

Beraksi tanpa penonton, pasukan Perak memperagakan satu mutu persembahan yang agak longlai sehinggakan di awal awal minit perlawanan, gawang gol Perak di bolosi hasil bola yang terkena palang, selepas rembatan deras Morales yang melantun di hadapan Ramazotti dengan mudah beliau menjaringkan gol tersebut.

Continue reading

Likes(7)Dislikes(4)

UNIFI Liga Super 2018 | Perak vs Pkns FC (Preview)

Sabtu, 10 Feb 2018
Stadium TLDM, Lumut
9.00 Malam

(BERAKSI TANPA PENONTON)

Pasukan Perak terpaksa beraksi di laman sendiri tanpa riuhan dan sorakan penyokong akibat kesalahan segelintir penyokong ketika bertemu pasukan dari selatan tanah air dalam saingan Piala Fa musim lepas. Apa yang lebih memeritkan isu pembayaran gaji yang tertunggak juga mula hangat diperkatakan di akhbar dan laman sosial.

Sudah pasti ianya sedikit mengugat semangat barisan pemain tuan rumah, di mana musim lepas juga hukuman yang sama di lalui buat pasukan Perak.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)

UNIFI Liga Super 2018 | Kedah vs Perak (Result)

Rabu, 7 Feb 2018
Stadium Darulaman, Alor Setar
9.00 Malam

KEDAH  1  -  3  PERAK

Gilmar (m21)
Sandro – penalti(m79)
Robert(m87)
Nazirul(m90+4)

Pertemuan yang berada dalam suasana begitu panas sehingga 4 jaringan gol terhasil dan juga memaksa pengadil perlawanan Mohd Zamzaidi Katimin, melayangkan 8 kad kuning dan 1 kad merah melibatkan pemain dari kedua dua pasukan.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(8)