Category Archives: Liga Super 2013

Liga Super 2013

Liga Super 2013 | ATM vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 06 Julai 2013
Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi
8:45 Malam

ATM 0 – 1 Perak

Perak menamatkan aksi Liga Super 2013 dengan 3 mata berharga sambil dibantu aksi yang kurang memberansangkan ATM.

Perak memulakan perlawanan dengan baik biarpun gagal memecah kebuntuan dibabak pertama. Babak kedua, kedua-dua pasukan mengatur gerakan untuk mencari gol pertama perlawanan, namun gagal sehinggalah Perak berjaya memaksa pertahanan ATM melakukan kesilapan yang menghadiah sepakan penalti kepada Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | ATM vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 6 Julai 2013
8.45 malam
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi

Rekod ATM 5 perlawanan terakhir – M K K S K

Rekod Perak 5 perlawanan terakhir – K M S S K

**Nota: MMenang ; KKalah ; S - Seri

Misi 3 mata diteruskan ke Paroi sambil ATM menanti dengan penuh harapan memungut 3 mata penuh bagi menyelamatkan kedudukan ke 4 mereka ketika ini. Jika gagal, mereka akan jatuh satu atau dua anak tangga itu pun jika pasukan di bawahnya iaitu Kelantan dan Pahang cemerlang menghadapi lawan masing-masing.

Skuad Seladang, hanya inginkan mata untuk kekal di tangga ke 8 atau jatuh di tangga ke 9 yang kini dihuni Terengganu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Kelantan (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa , 2 Julai 2013
Stadium Perak , Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Kelantan

Tidak bernasib baik. Itu adalah ungkapan yang sesuai untuk aksi semalam. Kegagalan barisan serangan memanfaatkan peluang terhidang melenyapkan sorakan ribuan penonton yang hadir.

Kelantan yang tidak menurunkan sepenuhnya kekuatan mereka seperti yang dijangka sebelum ini. Perak menggunakan peluang ini dengan serangan bertali arus ke muka gol Kelantan. Perak memiliki sekurang-kurangnya 3 peluang terbaik untuk jaringan gol tetapi gagal disudahkan dengan baik atau dinafikan oleh penjaga gol lawan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Kelantan (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Selasa, 2 Julai 2013
8.45 malam
Stadium Perak , Ipoh

Rekod 5 Perlawanan Terakhir Perak:

1. Perak (2) vs Negeri Sembilan (1) – Menang

2. Selangor(1) vs Perak (1) – Seri

3. Perak (1) vs Terengganu (3) – Kalah

4. Pahang (1) vs Perak (2) – Menang

5. Perak (1) vs Lions XII (1) – Seri

Rekod 5 Perlawanan Terakhir Kelantan :

1. Negeri Sembilan (0) vs Kelantan (3) – Menang

2. Kelantan (1) vs Selangor (1) – Seri

3. Darul Takzim (2) vs Kelantan (0) – Kalah

4. Terengganu (0) vs Kelantan (4) – Menang

5. Kelantan (2) vs Pahang (0) – Menang

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)