Posted in Liga Super 2012 on May 6th, 2012 6 Comments »

Sabtu, 14 April 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
8:45 Malam
Terennganu 2 - 2 Perak
Perak bertandang ke Kuala Terengganu dengan penuh tekad untuk meraih 3 mata penuh dikala pasukan Terengganu dalam keadaan yang tidak menentu. Apa tidaknya, sebelum ini pelbagai isu melanda Skuad Peteh ini sehinggakan pada perlawanan lalu Mat Zan Mat Aris direhatkan buat seketika.
Bukan setakat itu sahaja, pemain-pemain utama mereka juga turut direhatkan memberi gambaran awal betapa mereka yakin untuk menghadapi Perak.
Namun begitu, Terengganu tetap garang dengan awal seawal minit permainan menyentap Perak yang terleka ketika itu. Tersentak dengan gol awal itu, Perak bingkas bangkit menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke 41, Mohd Rafiuddin berjaya meledakkan gol kedua peribadinya sekali gus menyamakan kedudukan untuk menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat… Continue reading
Posted in Liga Super 2012 on May 2nd, 2012 28 Comments »

Jumaat, 4 Mei 2012
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin
8.45 Malam
Sang Seladang bakal ‘menziarahi’ Sang Penyu yang terluka dan mungkin sedang menangisi kehampaan apabila ditunjukkan jalan keluar oleh kelab kerdil Sime Darby FC dalam perebutan slot ke perlawanan akhir Piala FA 2012.
Perak pula semakin ghairah memburu kedudukan terbaik liga dan keghairahan itu hadir bersama ‘permata hitam’ yang baru diserapkan ke dalam pasukan yang dahagakan aksi untuk memburu jaringan sulung. Bodjongo Dika, dilihat semakin serasi dengan rakan-rakan sepasukannya, ini dibuktikan dengan berjaya menjaringkan gol dalam aksi persahabatan lalu.
Bagi Skuad Peteh pula, mereka ibarat ’sudah jatuh ditimpa tangga’ kerana mengiringi kekalahan mereka adalah kecederaan penyerang import utama mereka Forkey Doe yang hanya sempat beraksi pada separuh masa ketika mereka mengunjungi Stadium Selayang untuk separuh akhir Piala FA lalu… Continue reading
Posted in Liga Super 2012 on April 17th, 2012 19 Comments »

Selasa, 17 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam
Perak 2 - 2 Sabah
Sabah hampir melakar kemenangan pertama setelah sekian lama gagal meraih 3 mata di Ipoh. Perak pula tampil dengan formasi 4-5-1 sebagai taruhan. Percaturan Haji Norizan Bakar dilihat berkesan dengan serangan diatur dari bawah dengan baik. Biarpun Sabah yang dilihat kerap mengucar-ngacirkan kubu pertahanan Perak, namun bahagian tengah Perak dilihat cukup tenang menyerap setiap serangan pasukan Sabah.
Babak pertama, Perak sekali sekala menggusarkan pertahanan Sabah dengan gerakan menarik. Antara percubaan jarak jauh yang terbias pemain lawan dan diselamatkan penjaga gol Sabah yang kemudiannya terpaksa diusung keluar akibat kecederaan serius di bahagian muka terhantuk tiang gol. Pemain import baru Perak, Bod Jongo tidak kurang hebatnya dengan sekurang-kurangnya satu percubaan menarik namun bola… Continue reading
Posted in Liga Super 2012 on April 16th, 2012 7 Comments »

Selasa, 17 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam
Selepas berjaya melenyapkan kesukaran mengutip 3 mata di Kota Kinabalu Sabtu lalu, Perak bakal menjadi Tuan Rumah kepada Sabah yang terluka di laman sendiri tempohari.
Persoalan siapa pengganti Lazar Popovic sudah terjawab apabila PAFA mengumumkan anak muda dari Cameroon berusia 21 Tahun Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika sebagai pengganti. Beliau dijangka bakal diturunkan untuk bertemu Sabah sekiranya mendapat ITC dalam masa terdekat ini.
Sudah semestinya para penyokong Perak menantikan sentuhan pertama pemain dari Cameroon ini nanti. Tiada apa yang diharapkan melainkan untuk memulihkan jentera serangan yang agak tumpul sejak kebelakangan ini.
Jika musim lalu, Perak berjaya diikat Sabah di Ipoh dengan jaringan 1-1 apabila mereka memperoleh gol penyamaan di masa tambahan 3 minit hasil jaringan Mohd Rozaimi Abd Rahman, kini… Continue reading